Tuesday, April 27, 2010
WASIAT IMAM SYAFIE RA. ULAMA MUJTAHID KITA
Mutiara Kata:
“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)
WASIAT IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH
Muhammad bin Ali bin Shabbah Al-Baldani berkata: “Inilah wasiat Imam Syafie yang diberikan kepada para sahabatnya:
"Hendaklah anda bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagiNya. Dan sesungguhnya Muhammad bin Abdullah adalah hamba dan RasulNya. Kami tidak membezakan para rasul antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah SWT semata, Tuhan semesta alam yang tiada bersekutu dengan sesuatu pun. Untuk itulah aku diperintah, dan saya termasuk golongan orang yang menyerahkan diri kepadaNya."
"Sesungguhnya Allah SWT membangkitkan orang dari kubur dan sesungguhnya syurga itu haq, neraka itu haq, azab neraka itu haq, hisab itu haq dan timbangan amal serta jambatan itu haq dan benar adanya. Allah SWT membalas hambaNya sesuai dengan amal perbuatannya. Di atas keyakinan ini aku hidup dan mati, dan dibangkitkan lagi, insya Allah."
"Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kalam Allah SWT, bukan makhluk ciptaanNya. Sesungguhnya Allah SWT di hari akhir nanti akan dilihat oleh orang-orang mukmin dengan mata telanjang, jelas, terang tanpa ada suatu penghalang, dan mereka mendengar firmanNya. Sesungguhnya takdir, baik buruknya adalah berasal dari Allah Yang Maha Perkasa dan Agung. Tidak terjadi sesuatu kecuali apa yang Allah SWT kehendaki dan Dia tetapkan dalam qada’ qadarNya."
"Sesungguhnya sebaik-baik manusia setelah Baginda Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhiallahu’anhum. Aku mencintai dan setia kepada mereka, dan memohonkan ampun bagi mereka, bagi pengikut perang Jamal dan Shiffin, baik yang membunuh mahupun yang terbunuh, dan bagi segenap Nabi. Kami setia kepada pemimpin negara Islam (yang berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah) selama mereka mendirikan solat. Tidak boleh membangkang serta memberontak mereka dengan senjata. Kekhalifahan (kepemimpinan) berada di tangan orang Quraisy. Dan sesungguhnya setiap yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun diharamkan. Dan nikah mut’ah adalah haram."
"Aku berwasiat kepadamu dengan taqwa kepada Allah SWT, konsisten dengan sunnah dan atsar dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Tinggalkanlah bid’ah dan hawa nafsu. Bertaqwalah kepada Allah SWT sejauh yang engkau mampu. Ikutilah solat Jumaat, jamaah dan sunnah (Rasulullah SAW). Berimanlah dan pelajarilah agama ini. Siapa yang mendatangiku di waktu ajalku tiba, maka bimbinglah aku membaca “Laa ilahaillallah wahdahu lasyarikalahu waanna Muhammadan ‘abduhu warasuluh”.
Di antara yang diriwayatkan Abu Tsaur dan Abu Syu’aib tentang wasiat Imam Syafie adalah:
“Aku tidak mengkafirkan seseorang dari ahli tauhid dengan sebuah dosa, sekalipun mengerjakan dosa besar, aku serahkan mereka kepada Allah Azza Wajalla dan kepada takdir serta iradah-Nya, baik atau buruknya, dan keduanya adalah makhluk, diciptakan atas para hamba dari Allah SWT. Siapa yang dikehendaki menjadi kafir, kafirlah dia, dan siapa yang dikehendakiNya menjadi mukmin, mukminlah dia. Tetapi Allah SWT tidak redha dengan keburukan dan kejahatan dan tidak memerintahkan atau menyukainya. Dia memerintahkan ketaatan, mencintai dan meredhainya. Orang yang baik dari umat Muhammad SAW masuk syurga bukan kerana kebaikannya (tetapi kerana rahmatNya). Dan orang jahat masuk neraka bukan kerana kejahatannya semata-mata. Dia menciptakan makhluk berdasarkan keinginan dan kehendakNya, maka segala sesuatu dimudahkan bagi orang yang diperuntukkannya, sebagaimana yang terdapat dalam hadis."
"Aku mengakui hak pendahulu Islam yang soleh yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai NabiNya, mengambil keutamaannya. Aku menutup mulut dari apa yang terjadi di antara mereka, pertentangan ataupun peperangan baik besar mahupun kecil. Aku mendahulukan Abu Bakar, kemudian Umar kemudian Uthman kemudian Ali radhiallahu ‘anhum. Mereka adalah Khulafaur Rasyidin. Aku ikat hati dan lisanku, bahawa Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan, bukan makhluk yang diciptakan. Sedangkan mempermasalahkan lafaz (ucapan seseorang yang melafazkan Al-Quran apakah makhluk atau bukan) adalah bid’ah, begitu pula sikap tawaqquf (diam, tidak mahu mengatakan Al-Quran itu bukan makhluk, juga tidak mahu mengatakan Al-Quran itu makhluk”) adalah bid’ah. Iman adalah ucapan dan amalan yang mengalami pasang surut." (Lihat Al-Amru bil Ittiba’, As-Suyuthi, hal. 152-154, tahqiq Mustofa Asyur; Ijtima’ul Juyusyil Islamiyah, Ibnul Qayyim, 165).
Wallahua'lam... ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
Kajian Sanad & perawi kata-kata Imam Syafie yang diriwayatkan oleh Abu Syu;aib:
ReplyDeleteTerdapat juga pemalasuan dan Sanad yg lemah dan mungkar disandarkan kepaaa Imam Syafie:
Perlui berhati-hati dllm hal ini :
Abu Syu'aib yang dikatakan meriwayatkan perkataan ini dari Imam AS-Syafi'e juga tidak pernah bertemu dengan Imam As-Syafi'e r.a.. Jadi, secara sanadnya sudah lemah dari jalan ini.
Sebahagian ulama' menegaskan bahawasanya, Abu Syu'aib (yang dikatakan meriwayatkan perkataan ini dari As-Syafi'e) tidak pernah bertemu dan meriwayatkan sesuatupun daripada Imam As-Syafi'e kerana dia lahir dua tahun setelah kewafatan Imam AS-Syafi'e r.a. sebagaimana disebutkan dalam tarikh Baghdad (9/436).
Aku ikat hati dan lisanku, bahawa Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan, bukan makhluk yang diciptakan. Sedangkan mempermasalahkan lafaz (ucapan seseorang yang melafazkan Al-Quran apakah makhluk atau bukan) adalah bid’ah, begitu pula sikap tawaqquf (diam, tidak mahu mengatakan Al-Quran itu bukan makhluk, juga tidak mahu mengatakan Al-Quran itu makhluk”) adalah bid’ah. Iman adalah ucapan dan amalan yang mengalami pasang surut." (Lihat Al-Amru bil Ittiba’, As-Suyuthi, hal. 152-154, tahqiq Mustofa Asyur; Ijtima’ul Juyusyil Islamiyah, Ibnul Qayyim, 165).
ReplyDelete~ dzat Allah yang maujud tapi ada permulaan melalui lisan baginda dengan perantaraan jibril seperti iradatNya lagi hakiki dan baqa' tiada yang menyamai akan sesuatu. Akan halnya baginda rasul sebagai penghulu rasul akan dzatnya sebagai manusia sempurna. (baca di mana yer. saya lupa. akan berkenalan kita akan baginda nabi itu sendiri. kenal kita akan dia kerana dia yang memperkenalkan kita akan tuhan.
~ satu hal tentang perbzaan fahaman jesus tiba2 muncul mejadi anak tuhan walhal kewujudan nabi Muhammad adalah keterangan fizik nyata akan zat sempurna kemanusiaan yang bukan ank tuhan. nanti saya cari cari lagi.