Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, April 5, 2010

SYEIKH QADIR MANDILI


SYEIKH QADIR merupakan guru kepada gyru saya TN GURU HJ SALLEH MUSA .
Syeikh Qadir merupakan guru yang paling mashur yang mengajar di Makkah .
Beliau sangat tahkid atau sangat ditilkan pembahasan semasa mengajar .

Disini saya ingin berkongsi pengelaman yang dicerita oleh guru saya Tn Guru Hj Salleh tentang perjalanan susah payah guru beliau SHEIKH QADIR dalam menuntut ilmu dan dakwah , mudahan menjadi motivasi kepada kitan yang sedang belajar .

Sheikh merupakan orang keturunan Banjar berasal dari Indonisia , maka beliau semasa remaja datang ke Pondok Kedah . Beberapa buah pondok di Kedah beliau duduk akhir sekali di PONDOK PAK CHU HIM (TN GURU HJ IBRAHIM ) GAJAH MATI PENDANG .
Sheikh sangat tekun belajar . Pada musim cuti beliau berkerja mengambil upah memukul padi kerana pondok itu terletak dikawasan padi . Sambil memukul sambil menghafaz . Maka majikannya tertarik denagan akhlak , kesunguhan belaiu maka tuannya menawar anak perempuannya untuk dinikahkan dengan beliau . Syeikh terima . ]
Selepas menikah ayah mertua menyara beliau melanjutka pelajaran ke Makkah .

Semasa di Makkah beliau sangat tekun belajar . Diceritakan 2 bulan masanya asyik dalam MASJID HARAM , mengaji , menghafaz ,. tawaf , minum zam2 hingga mata belaiu sangat merah kerana tekun belajar dan menghafaz . Akhirnaya beliau dapat mengajar didalam MASJIDIL HARAM .

Syeikh sangat aktif mengajar . Ribuan muridnaya . Selain itu beliau menghasilkan sebanyak lebihkurang 15 buah kitab . Yang paling mashur KITAB PENAWAR BAGI HATI , ANAK KUNCI SYURGA, SENJATA TOK AJI TOK LEBAI dan banyak lagi .

Saya ingin mengambarkan disini bahawa perjuangan menuntut ilmu dan dakwah sangat tinggi. Sheikh Qadir sangat2 tekun mengajar dan merupakan guru yang sangat tepat masa.
Selain itu beliau ditawar menjadi mufti Makkah tetapi beliau menolaknya kerana tidhak mahu dakwahnya terikat dengan kerajaan . Beliau berkata "biar susah makan ikan kering asalkan dakwah aku tak tersekat" . Inilah ulama yang ikhlas berdakwah kerana agama ALLAH . Pada satu hari ,kaki Sheikh luka , cedera parah tetapi beliau mengajar juga dan sentiasa senyum , murid bertanya "tunan guru tak sakit ka , nampak senyum ja" lalu sheikh jawab" kalau menangis pun bukan nak lega"...MASYALLAH murninya perjuangan ulama.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami