Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, January 21, 2017

Umrah ziarah Taif bulan April 2017 bersama Baba Abdul Qadir Fatani dan U Helmi Assyafie Kedah.

UMRAH ZIARAH TAIF
Menyelusuri Bulan Rejab (Israk Mikraj)

Eksklusif Bersama
*TUAN GURU BABA ABDUL QADIR FATANI & USTAZ HELMI AS-SYAFIE KEDAH*

BULAN APRIL 2017
Pakej RM 6690 (Bilik ber4)
Flight Emerites Transit Dubai.
✈KUL-DUBAI-MEDINAH

Hotel Makkah :
Saraya Ajiyad @ Saraya Iman
250 meter

Hotel Madinah :
Concorde 180 meter

Istimewa Trip Kali ini Bersama Red Sea Tours & Travel Sdn. Bhd.
*(Muasasah Umrah Diiktiraf / Visa Umrah Sendiri)*
- Ziarah Taif
- Umrah 4 Kali (BirAli, Tana'im, Jaqranah@Hudaibiyah, Qornul Manazil)
- Solat Jumaat 2 Kali di Tanah Suci (Madinah dan Makkah)
- Eksklusif Umrah bersama Ulamak
- Ziarah Ulama di Makkah.
- Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Maulid di Jabal Rahmah (Nasi Arab Mandy Kambing / Ayam)
- Menaiki Train Arafah Mina *(jika mendapat kebenaran)*

Sila Hubungi & Daftar Kepada :

Ustaz Syukri
011-29417932/013-5936295

Ustaz Helmi : 0134044259

Hj Arif : 0194107779

Thursday, January 19, 2017

Bicara Aqidah 14-01-2017

Kuliah kitab tauhid setiap Isnin minggu 2 & 4 - Masjid Bukhary Alor Setar


Kitab Tauhid Misbahul Munir 
Setiap Isnin minggu ke 2 dan 4 selepas maghrib
Di Masjid Albukhary Alor Setar jalan Langgar.

Oleh Ustaz Helmi Assyafie 
Jemput terutama anak anak muda jom kita muzakarah.
Bermula Isnin 23.1.2017 ini. 

Monday, January 16, 2017

Dato Mursyid Diraja gelaran bagi Mufti Kedah .


Tahniah 
Mufti Kedah terima darjah kebesaran ( Dato Mursyid Diraja) dari DYMM Sultan Kedah Sultan Abdul Halim sempena ulang tahun keputraan yang ke 89. 
Moga Allah berkati Mufti Kedah moga beliau diberi kesihatan yang baik dan dapat kekuatan untuk menjaga ahli sunnah wal jamaah di Kedah.
Kami dibelakang Dato Mursyid Diraja Syeikh Muhamad Baderudin Hj Ahmad 







Himpunan ulama Kedah menyanggah fithnah terhadap pondok dan kitab turath

Himpunan ulama pondok Kedah - 16 jan 2017


 Himpunan ulama pondok Kedah
 menyanggah fithnah terhadap pondok dan kitab turath
 pada 16 jan 2017 Isnin di Surau Perwaja
 anjuran
 HESA Kedah
 Majlis Ulama Kedah
 Surau Perwaja
 Majlis Talim Asyairah



Saf kepimpinan ulama pondok kedah



Syeikh Aminuddin Abdul Rahim



Tuan Guru Hj Rifae Carok Sanglang
Ustaz Nasir pondok pematang kaka.
TGH Rifae Carok Sanglang Baling





TGH Adnan Pondok Karangan
















Thursday, January 12, 2017

Kembara dakwah Helmi Assyafie ke Selangor dan Putrajaya

MISI DAKWAH 
PENERANGAN ILMU TAUHID / AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH 
KE SELANGOR DAN PUTRAJAYA 

Tolong doakan 
Misi kembara dakwah penerangan tauhid ahlus sunnah wal jamaah ke Selangor dan Putrajaya.
Tolong doakan agar selamat perjalanan pergi dan pulang dan doakan kejayaan buat dakwah mengajak ummah kepada Allah dan Rasul. Tolong doakan agar misi ini di qabul oleh Allah sebagai khidmat untuk ummat Rasulullah.
Jemput orang yang berdekatan dan ada kelapangan kita hubung silaturahim dan tukar pandangan agar faedah sama sama kita mena
faat untuk Islam.
Jadual seperti diatur pihak penganjur .
Pengurusan dibantu sepenuhnya oleh Ust Mhd Sukri Yusoff Pondok Pasir Tumbuh.
Tolong doa misi dakwah ke Selangor dan Putrajaya qabul ..
...





Wednesday, January 11, 2017

Ulama Pondok Kedah berhimpun sanggah tuduhan kitab turath guna hadis palsu



Ulama Pondok Kedah akan berhimpun lagi pada 16.1.17
Untuk menyatakan pendirian.
*Himpunan Ulamak: Menyanggah Fitnah Terhadap Pondok & Kitab Turath*

Tarikh : 16hb Jan 2017
Hari : Isnin
Masa : 9.00pg - 12.30tghr
Tempat : Surau PERWAJA, Gurun,Kedah
*Objektif himpunan* :
1-Menghimpun dan menyatukan suara para Ulamak
2-Bermuzakarah secara ilmiah kaedah penulisan kitab dan periwayatan Hadith
3-Menjawab fitnah dan tuduhan terhadap kitab karangan Ulamak silam
*Tentatif*
9.00pg > Kehadiran para tetamu, Ulamak, asatizah
9.30 pg > Muzakarah ilmiah
12.30 tghr > Resolusi,kenyataan media
Para Ulamak, Tuan-Tuan Guru Pondok, Asatizah dan pendokong pendidikan Islam dijemput hadir.
Anjuran : Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) & Majlis Ulamak Negeri Kedah

Mesyuarat program hari ini 11.1.2017 memutuskan ;
Himpunan ulama Pondok Kedah
Menyanggah fithnah terhadap pondok dan kitab turath.
Keputusa:
Himpunan melibatkan seluruh tuan tuan guru para alim ulama pondok seluruh Kedah.
Himpunan pada 16.1.2017 Isnin
Di Surau Perwaja.
9 pagi.
Mesyuarat bersama YB Ust Ahmad Yahaya Ust Muhammad Zakaria Zulkifli HESA.
Ust Mohamad Ismail HESA dan U Mohd Amin Ismail.




Tuesday, January 10, 2017

Maulidur Rasul di wadihana Johor

Maulidur Rasul 2017 di Wadihana Johor





 Alhamdulillah nikmat perhimpunan silaturahim bersama alim ulama para habaib
di Majlis Maulidur Rasul 2017 di Wadihana Johor Rumah Ust Nordin bin Ibrahim.
Tamu vip yang hadir.
1.Habib Abbas B Muhamad Assegaf- Singapura
2.Habib Abdul Qadir Jilani Assyatiri -Yaman
3.Habib Muhamad b Abu Bakar Al Habsyi- Surabaya.
4.Habib Abu Bakar bin Ali Al Haddad -Johor
5.Habib Fadly bin Syeikh Abu Bakar -Bondowoso.
6.Habib Hassan bin Muhamad bin Abu Bakar Al Habsyi - Banjar Masin
7.Habib Umar bin Salleh Al Hamid - Surabaya
8.Habib Alwi Asyatiri - Yaman
9.Syeikh Ahmad Bafadal -Yaman
10 Ust Mohd Basyir Al Azhari - Johor
11.Ust Abdul Hakem Al Marawi
Di 25 jalan Mohd Taib 15-10 The Wadihana
80300 Johor Baharu.































kenangan Helmi Assyafie ke Maulid di Johor 2017 

20170109 SR19 samb. "KITAB BAKURATULAMANI" UST HELMI AS SYAFIE

20170109 SR19 "KITAB BAKURATULAMANI" UST HELMI AS SYAFIE



9 jan 2017 .
kitab tauhid .
Kitab Bakurah amani.
bab ilmu 

Tuesday, January 3, 2017

ALMARHUM SYEIKH TOYYIB AL MAKKI DALAM KENANGAN - AL FATIHAH





Syeikh Toyyib yang ku kenali.
Sama kita hadiahkan Fatihah buat almarhum
Allahuakbar.
Mula kenali beliau tahun 2010.
Masa itu beliau ziarah almrhum Tuan Guru Haji Salleh di Pondok Sik.
Kebetulan stau hari diwaktu pagi beliau datang saya ada urusan di luar. Bila saya pulang petangnya rakan rakan bagi tahu tadi ada ulama (dok) tinggal di Makkah anak murid Pak Da Eil anak murid Syeikh Hassan Masyath (mai) datang ziarah baba ( almarhum TGH Salleh)
Rakan rakan saya bagi tahu lagi beliau mai (dtang ziarah)naik motor sahaja dan dia ( syeikh Toyyib ) tak makan masi hanya makan roti sahaja.
Hati saya tekat berhajat juga untuk zirah beliau dalam masa yang terdekat. Kebetulan rumah beliau di Baling hampir dengan sik.
Beliau orang baling menetap di Makkah lapan bulan dan lebih kurang empat bulan akan balik Malaysia empat bulan kemudia pualang ke Makkah lagi. Anak anak beliau tinggal di Makkah. Di Malaysia ada anak dan isetri muda beliau.
Esok harinya saya ajak rakan rakan pondok ziarah Syeikh di rumah beliau Kg Asam Jawa Baling.
Allahuakbar...
Jumpa beliau kali pertama, Allah buat beliau lain dari yang lain.
Rumah beliau didalam kebun pendalaman. Semasa pergi beliau tengah berkebun dan buat pagar rumah.
Sewaktu ziarah pertama saya dan rakan pondok pada tahun 2010 masa itu Syeikh hampir nak pulang ke Makkah. Beliau kata 
" Tok wan nak balik Makkah dah, tok wan nak buat kerja kebun menebas buat pagar bagi siap tok wan nak balik dah Makkah. Sambil buat kerja tu kita zikir ponok kita (seronok) suka dan tok wan nak balik dah nak pi pesan pesan dekat malaikat jaga kebun tok wan"
Beliau bual panjang. Kami tanya pengalaman beliau belajar dengan masyaikh di Makkah.
Beliau ke Makkah dan tinggal di Makkah dari zaman tamat perang Jepun hingga akhir hayat beliau malam ini 28.12.16
Beliau cerita beliau tidak makan nasi sebab beliau bernazar waktu kehidupan susah di masa tamat perang Jepun beliau bernazar " jika dapat ke Makkah ,aku tak makan nasi pon tak apa" dari situlah beliau tak makan nasi sebab beliau orang susah. Beliau hanya makan roti kuih mee dan lain dari nasi.
Di Makkah beliau belajar dengan
Syeikh Ismail Fatani
Syeikh Yassin Fadani
Syeikh Hassan Masyath
Syeikh Syed Amin Qutubi
Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan ramai ulama lain lagi.
Beliau sangat wara. 
Beliau sangat tegas 
Beliau tidak izinkan percampuran kedudukan lelaki perempuan yang ajnabi.
Beliau juga sangat tegas agar anak anak kita mesti mendapat didikan agama.
Bliau sangat kuat beramal.
Allah bagi kelebihan karomah istiqomah ini pada beliau. Beliau akan zikir selawat Istifar dan baca quran. Selalu selawat zikir 1000-10,000 setiap hari.
Saya teman beliau ke Sigapura dan Johor, sewaktu saya dengan beliau tiap tiap malam beliau beramal berzikir selawat dan baca quran.
Beliau hanya tidur seketika dan melelapkan mata. Lepas itu sedar beliau sambung lagi amalan. Demi Allah saya amat amat malu sebab saya tak mampu ikut beliau.
Beliau amat ikhlas, hatinya jujur
Hati beliau amat benar dan teguh dengan Allah.
Wataknya tawakal sentiasa ingat Allah, hargai orang. Kuat beramal.
Beliau tidak suka berpura pura.
Beliau suka terus terang dan terkadang nasihat dan kata kata beliau tajam dan pahit untuk didengari menyebabkan ramai orang kampung beliau kurang suka kepada beliau.
Tegas
Beliau suka pertahan prinsip hukum. 
Bab hukum beliau tak hiraukan siapa ,dimana sahaja, jika sesuatu tidak betul dengan syarak beliau akan tegur.
Tawakal 
Setelah usaha beliau amat kuat penyerahan kepada Allah. Jika ada masalah beliau akan solat hajat dan berdoa. Banyak doa yang beliau hajati makbul. 
Sebagai contoh beliau hanya memiliki rumah usang. Apabila orang ramai ziarah beliau keisan kepada tetamu sebab rumah usang beliau sangat daif dan jauh dalam kebun. Beliau tidak ada duit. Beliau solat hajat doa maka Allah kabulkan jabatan zakat buat rumah kepada beliau hampir harga rm 40 ribu lebih kurang.
Zuhud
Dunia tidak ada dalam hati beliau .
Ada seorang dari Singapura Ust Nordin beri hadiah kepada Syeikh RM 500 beliau terima kemudian beliau jemput Ust itu kerumah beliau di Baling Kedah dan jamu nasi. Setelah setelah selesai semua nak pulang beliau bagi sesuatu ternyata duit rm500 dikembali semula kepada ust Nordin.
Sedangkan Syeikh bukan orang berada. Oleh kerana beliau zuhud beliau tidak pandang keduniaan. 
Lagi cerita zuhud beliau.
Ust Nordin selalu hubungi anak beliau di Makkah . Selalu ust Nordin Singapo ingin suport tiked pulang ke Makkah jika beliau tahu beliau beri tahu saya beliau akan elakkan. Beliau tidak mahu susahkan orang .
Sangat meraikan orang dan ramah mesra dengan orang.
Setiap yang ziarah beliau pasti tahu beliau jika berbual seperti keluarga, mesra, dan banyak nasihat akan keluar seperti nasihat seorang ayah pada anak atau datuk pada cucu.
Beliau orang alim. Tetapi beliau bukan ahli khusus dalam mengajar beliau ahli dalam bab amalan dan nasihat. Banyak kelebihan beliau diantaranya.
kelebihan saya dapati pada beliau sukar dijumpai kepada orang lain
1. Hati jujur ikhlas dengan Allah dan makhluk
2. Kuat amal ibadat
3. Zuhud
4. Doa beliau makbul
Beliau sangat berhajat dan selalu doa agar Allah matikan beliau di Makkah .Alhamdulillah
Allah kabulkan.
Pesan beliau selawat 1000 waktu pagi dan 1000 waktu petang.
Pesanan akhir Syeikh Toyyib jika Tok Wan tiada tolong hadiah 11 atau 100 kali qul hu ( surah ikhlas) kepada tok wan. Moga kita dapat tunaikan hajat beliau.
Al Fatihah
Catatan malam wafat Syeikh Toyib sebagai kenangan buat ummat belakang.
Wafat 9.30 mlm waktu Malaysia.28.12.16
Catatan jam 2 pagi 29.12.16.
Catatan Al Fakir Helmi Assyafie.
Biodata ringkas
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,
Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan
beliau ke Makkah sejak British jejak tanah
melayu sehingga sekarang .. Selama di
Makkah , beliau sempat menuntut ilmu
dgn Masyeikh Makkah yang terkenal
antaranya:
-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll
*Antara rakan seguru beliau d Makkah
adalah:
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll
Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj
Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..
Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang
bakal beliau beri bertepatan dengan
peribadi orang yg meminta nasihat. .
Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.
Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh
kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan
keras dan sekapit simen lama sebagai
bantal..
إنا لله وإنا إليه راجعون
Telah kembali kerahmatullah 
Syeikh Toyib Al Makki di Makkah malam ini
Saya mendapat panggilan dari cucu beliau pada jam 10.30 malam tadi melaporkan Syeikh Meninggal kira kira jam 10.15 malam waktu Malaysia. 28.12.16
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ..
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
Sama sama kita sedekah Al Fatihah buat roh beliau.
Moga ALLAH ampunkan dosa beliau dan tempatkan roh beliau bersama orang beriman.

ALLAH KABULKAN HASRAT ALMARHUM SYEIKH TOYYIB
INGIN WAFAT DI MAKKAH.
28.12.2016







SYEIKH TOYYIB ROTI DALAM KENANGAN













ampuni kami