Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, January 28, 2019

Syeikh Uthman Penanti

Al Allamah Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti al Kalantani  ( 1880 - 1952 )

Pengasas Pondok Penanti yang mahsyur di Pulau Pinang ini lahir di Kampung Panjang daerah Sering , Kota Bahru .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Jamal Perupok
2. Sohibus Samahah Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Abdul Samad - Mufti Kelantan @ Anak kepada Tuan Tabal
3. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang - Mahaguru sekalian guru
4. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali
5. Syeikh Umar Hamdan
6. Al Allamah Syeikh Ali al Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
7. Al Allamah Syeikh Said Yamani - Mufti Mazhab Syafie Mekah
8. Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Mukhtar Attarid Bogor
9. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani
10. Al Allamah Tok Pulau Ubi

Pada 1932 , beliau telah pulang ke tanah air dan hasil daripada perbincangan dengan beberapa jemaah haji yang ingin mewakafkan tanah mereka untuk di buat pondok , Syeikh Osman Jalaluddin telah membina sebuah pondok di Penanti dan diberi nama Manabi'ul Ulum Wa Mathali' Al-Nujum (Tempat Terpancarnya Ilmu Pengetahuan dan Tempat Munculnya Bintang - Bintang) atau mahsyur dengan nama Pondok Penanti .

Diantara anak muridnya ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Rahman - Pengasas Pondok Lubuk Tapah
2. Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Said - Mudir Madrasah  Irayad al Ishraf al Wataniah , Sungai Bakap
3. Tuan Guru Haji Talib Bin Haji Puteh
4. Tuan Guru Haji Abdul Rahman - Pondok Sungai Durian
5. Tuan Guru Haji Salleh Penanti - Anak beliau
6. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Tahir - Mufti Selangor
7. Tuan Guru Haji Abdullah Kampung Laut
8. Tuan Guru Haji Abdullah Lati
9. Tuan Guru Haji Hassan Ketereh
10. Tuan Guru Haji Abu Bakar Bukit Tiu
11. Tuan Guri Haji Mohd Ibrahim Akibi Pulau Pinang
12. Tuan Guru Haji Ismail Merbok
13. Tuan Guru Haji Hussien Umbai
14. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban

Berikut pula ialah diantara karya Syeikh :

1. Mir'at al-Iman wa Mirqat al-Ghilman ( Cermin Bagi Iman Dan Tangga Bagi Kanak-Kanak )- Tauhid & Tasawuf ( 1339H )

2. Misbah al-Hanan wa Miftah al-Jinan ( Pelita Bagi Hati Dan Kunci Bagi Syurga) - Tasawuf ( 1330H )

3. Siraj al-Islam wa Taj al-Ghulam ( Pelita Bagi Islam Dan Mahkota Kanak-Kanak ) - Sirah Nabawiyah

4. Fath al-Mu'in Arab Melayu - Terjemahan dari kitab arab Fath al-Mu'in ( 1355H )

5. Nujum al-Muhtadim wa Rujum al-Mu'tadin - Sirah Para Anbiya ( 1934 )

6. Matali' al-Anwar wa Majami' al-Azhar - Membicarakan mengenai tarikh alim ulama', perpecahan alim ulama', perselisihan Mazhab Wahhabi, Ibnu Hazm dan Ibnu Taimiyah dan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah serta sejarah dirinya sendiri. ( 1353 H )

7. Anwar al-Huda wa Amtar al-Nada (Beberapa Cahaya Bagi Penuntut Dan Hujan Bagi Embun) - Terjemahan Tafsir Jalalain( 1354 H )

8. Al-Syarh al-Kabir ( Bahasa Arab ) - Buku ini dibuat taqyid dan hasyiah untuk menjelaskan kandungannya dengan bentuk syarah yang pendek ( 1358 H )

9. Tasrif al'Arffi Tasrif al-Sarf ( Bahasa Melayu ) ( Pilihan Dari Bau-Bauan Yang Harum Pada Tasrif Ilmu Saraf ) - Syair

10. Durat al Nafi'ah ( Alamat-Alamat Kiamat ) - Kitab yang mahsyur sehingga ke hari ini . Membicarakan hal hal Kiamat dan barang sebagainya .

Beliau hidup sezaman dengan beberapa orang alim ulamak dan bersahabat baik dengan mereka iaitu :

1. Pak Da Eil Mekah
2. Tok Seridik
3. Sohibus Samahah Mufti Haji Ismail Pontianak
4. Tuan Guru Haji Omar Banggol Kulim
5. Dato' Perdana Haji Mat Jebeng

Beliau merupakan seorang yang bersederhana dalan hidupnya , suka mengumpul buku buku agama , perbualannya sentiasa lantang apabila membicarakan hal ehwal Islam , tidak suka bermewah , kuat beribadat , warok dan gigih dalam tugas dakwahnya .

Syeikh meninggal dunia pada usia 72 tahun di Mekah dan disemadikan jasadnya di Haudh al-Naqsyabandiyah berhampiran dengan makam gurunya Syeikh Muhammad Mukhtar Attarid Bogor .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Friday, January 25, 2019

Tuan Guru Haji Bakar Palestin



Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin (1908 - 1998) dilahirkan di Kampung Gandai, Ayer Hitam, Mukim Jerlun, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Dalam tahun 1924, beliau dihantar ke Makkah untuk menyambung pengajiannya. Beliau duduk belajar dengan para ulama di sana sehingga tahun 1944. Dalam tempoh 20 tahun tersebut, beliau telah berguru dan menadah kitab dengan ramai ulama di sana daripada berbagai bangsa, bahkan beliau sendiri pernah menyebut yang jumlah gurunya di sana tidak kurang dari 40 orang. Kemudian beliau merantau mencari penghidupan dan pengalaman ke Palestin dan duduk di sana selama 3 tahun. Dalam tahun 1947, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat tawadhu dan tidak suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya. Diceritakan bahawa sekembalinya ke tanahair, ayahanda beliau, Haji Hanafiah, agak khuatir kerana tidak nampak kealiman pada diri beliau. Pada satu ketika, tok guru Pondok Ayer Hitam ketika itu, Tuan Guru Haji Idris telah memanggil dan menguji Syaikh Abu Bakar Palestin. Setelah pertemuan tersebut, Tuan Guru Haji Idris berjumpa dengan Haji Hanafiah dan memberitahu bahawa anaknya tersebut memiliki lautan ilmu. Bukti lain atas kealiman beliau adalah tok-tok guru daripada kalangan ulama Nusantara di Makkah pernah menghantar karya-karya mereka kepada Haji Abu Baka untuk ditashihkan. Di antara ulama yang pernah berbuat sedemikian adalah Syaikh Abdul Qadir al-Mandili yang masyhur ilmunya di Makkah.

Syaikh Abu Bakar Palestin meninggal dunia pada 6 Oktober 1998. Selain meninggalkan anak keturunan dan murid-murid yang ramai, Tok Guru Haji Bakar turut meninggalkan karya tulis yang banyak sehingga dianggarkan berjumlah 40 buah karya, kecil besar, dalam berbagai disiplin ilmu seperti tawhid, fiqh, tasawwuf, politik dan sejarah. Di antara karamah beliau yang dizahirkan Allah adalah ketika jenazah beliau diusung ke tanah perkuburan, turun hujan dengan lebatnya. Namun yang pelik, lubang kubur beliau tetap kering seolah-olah tiada hujan. Mudah-mudahan Allah merahmati sentiasa Tok Guru Haji Bakar Palestin dan menempatkan beliau bersama para anbiya` dan awliya`Nya.

Berbalik kepada karya beliau Nurush Shofa, karya ini walau pun ditulis dengan bahasa yang cukup bersahaja dan ringkas, namun sarat berisikan ilmu dan sirah Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam. Kewibawaan Syaikh Abu Bakar dalam bidang sirah dan sejarah telah diakui umum oleh ulama yang sezaman dengannya seperti Tuan Guru Haji Zakaria Kubang Jawi, Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Baru dan lain - lain. Syaikh Abu Bakar memulakan karangannya tersebut dengan menyatakan bahawa antara tujuan beliau menulis mengenai sirah Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah untuk meraih syafaat baginda. Beliau mentamsilkan upaya menulis sirah baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagai ibarat mencari ikhtiar bersahabat dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam melalui mata kalam atau pena.

Tuesday, January 15, 2019

Makam lama Sultan Kedah Darul Aman


Takdir ALLAH pada 15.1.19 ziarah Makam Kesultanan Kedah tua.

Alhamdulillah hari ini 15.1.19 bersama Ustaz Ismail Ishaq Pattani
Dan pecinta sejarah Kedah Tua .
Diantara makam yang diziarahi :

Makam diraja Langgar
Makam Sultan Ataillah Bukit Pinang
Makam Sultan Muhyidin Kota Sena
Makam Sultan di Mukim Jeram Kubang Pasu.








 Makam Kota Bukit Pinang Kedah.




Gambar dibawah ini adalah makam Sultan Muhyidin tahun  1662m ( mangkat) di Kota Sena  .









Makam Purba dipercayai Makam Sultan Mahmud Shah ll tahun 1547m ( mangkat )








Makam yang dipercayai Makam Sultan Muzafar ll tahun 1602m ( mangkat )










Syeikh Hj Uthman Senik Mufti Pahang Pertama

Al Allamah Arif Billah Sohibus Samahah Syeikh Haji Uthman Bin Senik - Mufti Pahang Pertama ( 1838 - 1911)

Syeikh Uthman merupakan cucu kepada Raja Legeh Patani yang berundur dari Patani ketika perang Siam - Patani pada 1832 . Beliau lahir di Kampung Gaung , Kota Bahru

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Osman Bin Ali @ Raja Legeh - Ayah beliau
2. Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Wan Mustafa |  Tok Bendang Daya 1 - Datuk Syeikh Wan Ahmad al Fathani
3. Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Wan Abdul Qadir Bin Wan Mustafa | Tok Bendang Daya 2 - Bapa Pak Da Eil & Pak Cu Him Gajah Mati
4. Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al Fathani | Syeikh Nik Dir Patani
5. Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Bin Ismail al Fathani | Syeikh Nik Mat Kecik
6. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani
7. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Pengarang Kitab Faridatul Faraid

Beliau amat alim ilmu nahu , sorof , tauhid , feqah dan tassawuf . Disamping itu beliau juga mahir ilmu hikmat dan ilmu perubatan . Beliau mampu membuat pelbagai jenis makjun hasil daripada pengajaran Tok Bendang Daya Dua .

Ilmu hikmat yang beliau kuasai suatu ketika dahulu pernah menjadi bualan mulut orang kampung . Diantara yang diriwayatkan ialah :

1. Pada suatu ketika beliau pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam
2. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya
3. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah :

1. Pawang Diraja Kelantan
2. Mufti Kerajaan Pahang - Selama 20 tahun
3. Pengasas Pondok Kampung Ketapang Pekan

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Pahlawan Pahang Mat Kilau
2. Tuan Guru Haji Daud ( Datuk Kepada Tun Razak / PM ke 2 )
3. Tuan Guru Haji Mat Daud Bin Zainal Abidin - Qodhi Besar Pahang
4. Lebai Yusof Bin Haji Muhammad Amin - Qodhi Kuantan
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar - Dato Peggawa
6. Sultan Ahmad
7. Tengku Ali
8. Tuan Guru Haji Omar Bin Haji Abdullah - Menantu beliau

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun dan dikebumikan di Bandar Diraja Pekan , Pahang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Sunday, January 13, 2019

Syeikh Abdul Qadir Mandili

Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 )


As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Sumatera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar
2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam
3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam
4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati
5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil
6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab )
7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram )
8. Syeikh Muhammad al Arabi
9. Syeikh Hassan Yamani
10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah )
11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia )
12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani
13. Syeikh Abdullah Lahji
14. Syeikh Zakaria Bila
15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani
16. Al Allamah Syeikh Alwi Bin Abbas al Hasani
17. Syeikh Muhammad Ahyad
18. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali

Beliau telah menjadi ulamak besar di Mekah dan diberi keizinan untuk mengajar di Masjidil Haram . Sewaktu beliau mengajar , banyak tawaran yang beliau dapat dari pemimpin dunia . Diantaranya :

1. Ditawarkan menjadi guru agama di Cape Town , Afrika Selatan .
2. Presiden Sukarno Indonesia menawarkan beliau jawatan Mufti .
3. Raja Saudi menawarkan beliau sebagai Qadhi al Qudat .

Kesemuanya ditolak kerana beliau ingin menumpukan pengajarannya di Masjidil Haram . Sesuai dengan gelaran yang beliau guna untuk dirinya iaitu " Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”

Berikut ialah diantara puji pujian yang diberikan oleh alim ulamak yang lain kepada Syeikh Abdul Qodir al Mandili

1.  'al-alim al-fadhil wa al-abdi al-kamil al-syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Mandili al-Indunisi"  - Oleh Tuan Guru Haji Husien Che Dol , Pondok Gajah Mati

2. "Sinar Matahari " - Oleh Al Allamah Syeikh Idris al Marbawi

3. " Inilah sebuah kitab yang menterjemahkan dia oleh Tuan Guru yang alim lagi bersangatan alim, Tuan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili " - Oleh Tuan Guru Haji Yahya Thaha , Kupang

Sepanjang riwayat hidupnya beliau telah mengarang 24 buah kitab . Dan diantara kitabnya yang mahsyur di kalangan penuntut ilmu ialah "Penawar Bagi Hati " & Perisai Bagi Sekalian Mukalaf "

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh Musa , Sik
2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Sungai Durian
3. Tuan Guru Haji Umar Daud , Meranti
4. Syeikh Muhammad Ali al Mandili ( Anak Beliau )
5. Tuan Guru Haji Ismail Bin Salleh
6. Tuan Guru Haji Abdullah | Lebai Samah , Bukit Lada
7. Tuan Guru Haji Mad Tuaran , Sabah
8. Syeikh Sayyid Hamid al Kaff , Indonesia

Al-Allamah Syeikh Abdul Qodir Al Mandili pernah di tanya orang,

"Hantar anak belajar agama nanti dapat makan apa?

Jawap Syeikh, "Dapat makan buah-buahan Syurga", Allah beruntungnya orang yang belajar agama.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah dan disemadikan jasadnya di perkuburan Ma'la .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin


Syeikh Yasin Al Fadani


  • SYEIKH YASIN AL-FADANI رحمه الله ULAMA BERDARAH MELAYU YANG PALING UNGGUL DALAM DUNIA ISLAM.


AL-'ALLAMAH al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din Abu al-Faidh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii  رحمه الله dilahirkan di Mekah pada 1335 Hijrah bersamaan 1916 Masihi. Beliau membesar di sana di bawah asuhan ayahnya dan juga bapa saudaranya bernama Syeikh Mahmud. Keluarganya berasal dari Kota Padang, Indonesia yang berhijrah ke Mekah.

Pengajian awal beliau bermula di Madrasah Saulatiyyah dan pada masa sama, melazimi halaqah-halaqah ilmu di Masjid al Haram yang disampaikan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah di sana. Kemudian, melanjutkan pengajian dan menamatkannya di Madrasah Dar al 'Ulum al Diniyyah, Mekah.
Syeikh Yasin telah menimba ilmu daripada para ulama secara talaqqi di mana Mekah pada ketika itu merupakan lubuk ilmu-ilmu Islam dan ulama.

Keberadaan di Mekah memberi kelebihan yang banyak kepadanya kerana pada musim haji, beliau akan memanfaatkan waktu itu untuk menuntut ilmu dan memohon ijazah daripada para ulama yang menunaikan fardu haji.
Antara guru yang paling kerap didampinginya dalam usaha mendapatkan ilmu, makrifah dan pembentukan sahsiah ialah Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Muhammad Ali bin Husain al-Maliki, Al-'Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masysyat dan Muhaddith al-Haramain Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi.

Hasil kesungguhannya menuntut ilmu tanpa jemu, menjaga adab dan mempersembahkan khidmat yang terbaik kepada para gurunya, Syeikh Yasin telah muncul sebagai salah seorang ulama di Mekah.

Beliau mula mengajar di Masjid al-Haram dan Madrasah Dar al-'Ulum al-Diniyyah ketika umurnya belum mencecah 20 tahun.
Beliau juga seorang ulama berperwatakan sederhana, zuhud, berlapang dada, mengasihi fakir miskin dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada para penuntut yang datang ke Mekah.

Al-Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Allah telah memuliakan saya dengan memberi peluang kepada saya melazimi Sayyidi Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Beliau telah memberi perhatian khusus kepada saya dan memerintahkan saya duduk di sebelah kanannya setiap kali saya berada di dalam majlis pengajiaannya dan kedudukan saya ini tidak pernah diambil oleh orang lain.

"Beliau juga membantu menyelia urusan pengajian saya di sisi ulama Mekah dan menolong saya berkenaan dengan urusan kitab dan guru, di samping apa yang saya pelajari secara terus daripadanya."

Malah dia juga sentiasa berakhlak dan menjaga adab terhadap guru-gurunya. Beliau akan sentiasa berusaha menjaga hati mereka sebaik mungkin.

Selesai menulis syarah kitab al Luma' mengenai Usul Fiqh yang bertajuk Bughyah al Musytaq bi Syarh Luma' Abi Ishaq setebal dua jilid, beliau berhasrat mencetaknya tetapi dalam masa yang sama salah seorang gurunya iaitu al-Qadhi Syeikh Muhammad Yahya Aman al-Hanafi turut sama selesai menulis syarah bagi kitab al-Luma' bertajuk Nuzhah al-Musytaq.

Maka Syeikh Yasin telah membatalkan niat untuk mencetak kitab tersebut sebagai menjaga hati, memuliakan dan mendahulukan gurunya.

Setelah menghabiskan umurnya atas jalan ilmu dan dakwah, Syeikh Yasin al-Fadani dijemput menemui Ilahi pada Zulhijjah 1410 Hijrah bersamaan 1990 Masihi.

Pemergiannya adalah pemergian musnid terunggul pada zamannya. Setelah kewafatannya, berkuranganlah kehadiran manusia yang datang dari jauh dan dekat ke Mekah demi mendapatkan ijazah dan sanad yang tinggi.

Pengiktirafan Ahli Ilmu

Kedudukan Syeikh Yassin menjadikan beliau di antara ulama tersohor di seluruh dunia Islam dan menjadi tujuan permusafiran mereka bagi mendapatkan faedah ilmu dan merantaikan diri dengan sanadnya yang tinggi.

Pengiktirafan terhadap kedudukannya itu dapat dilihat apabila gurunya al-Muhaddith al-Mujtahid Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dengan katanya: "Di antara mereka daripada kalangan mereka yang mengijazahkan saya ialah al-'Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Saya telah mengijazahkannya dan beliau pun mengijazahkan saya lalu kami saling ijazah mengijazahkan antara satu sama lain. Beliau sekarang adalah Musnid al-'Asr (Musnid Unggul Zaman)."
Mengenai kemahiran dan keilmuannya juga, Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Syeikh kami al-'Allamah al-Fadani bukan hanya sekadar seorang musnid, bahkan beliau adalah seorang alim yang menguasai segenap disiplin ilmu Islam. Beliau menjadi tumpuan manusia meminta fatwa daripada pelbagai ceruk rantau.

"Seringkali datang kepadanya soalan-soalan yang banyak secara bertulis dari negeri-negeri Melayu Nusantara. Belia mengkhususkan sebahagian daripada waktu malamnya untuk menjawab soalan-soalan itu.

"Ya, beliau menyibukkan dirinya dengan ilmu mengenai isnad di akhir usianya, akan tetapi sebelum itu beliau telah menyibukkan dirinya dengan ilmu-ilmu syarak, istilah dengan menyampaikan pengajian dan dalam bentuk penulisan."

Murid-muridnya itu datang dari seluruh pelosok dunia Islam bermula dari benua Afrika sehinggalah Asia Tenggara. Boleh dikatakan hampir kesemua ulama, tuan guru dan kiai dari Tanah Melayu Nusantara yang menuntut ilmu di Mekah sekitar 1950 sehinggalah 1990 adalah daripada kalangan muridnya, sama ada mengambil ilmu terus atau dengan pengijazahan sanad.
Berdasarkan fakta itu, sudah pastilah ia meliputi ribuan di kalangan mereka baik dari bangsa ajam mahupun Arab.

Syeikh Yasin adalah lambang kebanggaan umat Melayu di tanah Nusantara ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Syeikh Yasin adalah seorang ulama berdarah Melayu yang paling unggul di dunia Islam di mana dalam beberapa sudut, tahap keilmuannya jauh mendahului ulama-ulama Islam dari bangsa lain termasuk bangsa Arab sendiri.

Bahkan ulama-ulama di timur dan barat dunia Islam berusaha untuk meriwayatkan ilmu dan sanad daripada beliau walaupun terpaksa menempuh jarak yang jauh.

Kelahirannya dan keberadaannya di Mekah mengharumkan Tanah Melayu Nusantara ini. Syeikh Yasin adalah lambang keunggulan, kehebatan dan kegemilangan Islam yang sampai ke tanah ini di zaman silam

28 zulhijjah 1410 / 22 julai 1990
Haul yang ke - 26
(28 zulhijjah 1436)
Al musnid dunya as Syeikh Muhammad Yasin bin Esa al fadani rahimahullahu ta'ala
Bisiiril fatehah ...


Friday, January 11, 2019

Tok Kemuning tua.Hj Senik

Al Allamah Arif Billah Tok Kemuning | Wali Allah 5 Serangkai ( 1885 - 1934 )

Nama sebenar Tok Kemuning ialah Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Senik dan beliau dilahirkan di Machang , Kelantan .

Beliau merupakan sahabat baik kepada 4 wali Allah dari bumi Kelantan iaitu :

1. Tok Kenali
2. Tok Padang Jelapang
3. Tok Selehong
4. Tok Bachok

Beliau telah berhijrah ke Mekah pada tahun 1895 bersama abangnya yang bernama Tuan Guru Haji Yusuf Bin Senik dan menuntut ilmu dengan ramai alim Ulamak yang mahsyur ketika itu . Diantaranya ialah :

1. Syeikh Muhammad Bin Hamid | Tok Saruji - Mekah
2. Syeikh Nik Mat Kecik al Fathoni (1844 - 1915 ) - Mekah
3. Al Allamah Tuan Minal (1820 - 1913) - Pengarang Kitab Aqidatun Najin
4. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Shoghir Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathoni (1856 - 1908) - Pengarang Kitab Faridatul Faraid
5. Al Allamah Syeikh Wan Daud Bin Wan Mustaffa | Pak Cik Wan Daud al Fathoni (1866 - 1936)
6. Tuan Guru Haji Yahya Raman al Fathoni | Cair Pak Ya al-Ramani ( Menantu Tok Yaman al Fathoni )
7. Tuan Guru Muhammad Mukhtar Bin ‘Atarid al-Buquri -  Bogor
8. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani (1837 - 1913)
9. Tuan Guru Haji Muhammad Salih Bin Sulaiman al-Kalantani
10. Tok Jerulong | Tuan Guru Haji Daud Bin Husain al-Kalantani (1868 - 1939)

Beliau telah mendidik ramai anak murid yang akhirnya  menjadi ulamak yang alim lagi tinggi maqamnya disisi Allah Taala . Diantara muridnya ialah :

1. Tuan Guri Haji Yusuf Bin Ya’qub - Kampung Cap, Bukit Marak
2  Tuan Guru Haji Said Bin Penghulu Cik - Kubang Rawa , Salor
3. Tuan Guru Haji Taib Bin Tok Samat Gagah - Imam Padang Tengah , Salor
4. Tuan Guru Haji Nik Mat bin Haji Nik Wan, Imam Limau Hantu , Macang
5. Tuan Guru Pak Nik Haji Daud Bin Hamat - Kampung Nipah Bacok
6. Lebai Mat Salih Bin Ma‘arif, Bakat , Machang
7. Lebai Daud Bin Cik Sulaiman - Kampung Pak Roman , Machang
8. Lebai Haji Cik Mahmud Bin Cik Nuh - Kampung Penakah , Machang
9. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Besar -  Kampung Surau Melor
10. Lebai Ibrahim Bin Ismail - Kutan , Tumpat
11. Tuan Guru Haji Muhammad Salih Bin Haji Hassan -  Salor ( M. 1941 )
12. Tuan Guru Pak Cu Haji Ismail Bin Awang Senik -  Bawah Lembah Lundang ( M. 1946 di Mekah )
13. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Janggut Bin Haji Hussain - Imam Repek Bacok ( M. 1946 )
14. Lebai Pak Da Ahmad Bin Awang - Pulai Condong ( M. 1947 )
15. Lebai Ismail Bin Omar - Berhala Lima, Pangkalan Pak Limah , Limbat , Kota Bharu ( M. 1950 )
16. Tuan Guru Haji Isa Bi  Haji Qasim - Kampung Jejulok , Slow Machang , Pasir Mas
17. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Abdul Manaf -  Binjai , Kota Bharu ( M. 1952 )
18. Tuan Guru Haji Ismail Bin Abdul Wahhab -  Nering , Pasir Puteh ( M. 1953)
19. Tuan Guru Haji Wan Adam Bin Haji  Abdullah - Pasir Pekan ( M. 1957 )
20. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Daud - Imam Kelar , Pasir Mas ( M. 1957 )
21. Tuan Guru Haji Ya’qub Bin Muhammad Salih - Nipah , Bacok ( M. 1958 )
22. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bin Haji Ahmad -  Bunut Payong ( M.1961 )
23  Tuan Guru Haji Muhammad Bin Haji Abdul Qadir -  Imam Kerawang , Macang ( M. 1966 )
24. Tuan Guru Haji Ahmad Janggut Bin Syeikh Haji Ibrahim - Kedai Melor ( M. 1967 )
25. Tuan Guru Haji Nik Abdul Rahman Bin Tok Khatib Haji Nik Abdullah - Kota Bharu ( M. 1968 )
26. Tuan Guru Haji Ali Bin Awang- Pulau Pisang , Kota Bharu ( M. 1968 )
27. Al Allamah Tuan Guru Haji Yaakob Bin Ismail | Tuan Guru Yaakob Legor -  Nakhon Si Thammarat , Thailand ( M. 1971 )
28. Tuan Guru Haji Cik Ahmad Bin Haji Taib- Pasir Pekan Hilir ( M. 1973 )
29 . Tuan Guru Haji Awang Abdullah Bin Lebai Ismail -  Penghulu Kampung Kuala Ayer Merah , Machang ( M. 1975 )
30. Tuan Guru Pak Da Haji Ya’qub Bin Haji Cik Yahya -  Bukit Tiu/Imam Tua Mukim Baka , Machang ( M. 1976 )
31. Tuan Guru Haji Cik Uthman Bin Munal - Bekas Penggawa Temangan ( M. 1978 )
32. Tuan Guru Pak Cu Adam Bin Taib - Selising , Pasir Puteh ( M. 1980 )
33. Tuan Guru Haji Awang Muhammad Bin Lebai Abdullah -  Kampung Kak Bah , Machang ( M. 1981 )
34. Imam Ya’qub Bin Lebai Piah -  Kampung Jakar , Machang ( M. 1981 )
35. Tuan Guru Pak Cu Haji Abdullah Bin Bakar - Cekeli , Kota Bharu ( M. 1983 )
36. Tuan Guru Haji Ahmad Arau Bin Uthman - Hutan Palas , Bukit Keplu , Kodiang , Kedah ( M. 1987 )
37. Tuan Guru Pak Cu Haji Muhammad Salih Bin Mat Jusoh - Belukar Marak
38. Al Allamah Tuan Guru Haji Nur Bin Haji Abdullah | Tuan Guru Haji Nor Bot - Kampung Bot , Kota Bharu
39. Tuan Guru Pak Ngah Cik Hassan Bin Cik Ahmad - Kemuning , Machang
40. Tuan Guru Haji Tuan Ismail Bin Tuan Junoh -  Padang , Selising , Machang
41. Tuan Guru Haji Wan Ismail Bin Wan Abdul Rahman -  Kampung Jaya , Pasir Hor , Kota Bharu
42. Tuan Guru Haji Nik Muhammad Bin Haji Wan Abdul Rahman -  Pasir Pekan

Beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun dan disemadikan jasadnya di Kubor Jeram , Pangkal Meleret , Machang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

* Gambar dibawah ialah gambar Tok Kemuning Tua iaitu ayah kepada Tok Kemuning -  Tuan Guru Haji Senik @ Abdul Hamid .

#KenaliUlamak
ampuni kami