Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, January 4, 2019

Tok Padang Jelapang

Al Allamah Arif Billah Tok Padang Jelapang ( 1861 - 1934 )


Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Syeikh Haji Wan Ahmad Bin Haji Wan Abdul Halim dan beliau juga turut digelar dengan nama Tok Goloq .

Dilahirkan pada tahun 1861 di Kampung Palekbang , daerah Sungai Pinang , Tumpat dan kemudiannya berhijrah ke Patani dan seterusnya ke Mekah bagi mendalami ilmu agama .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tok Chaok | Tuan Guru Haji Abdullah , Pondok Haji Ahmad , Kampung Chaok ( Mahsyur dengan gelaran ahli Makrifat )
2. Al Allamah Syeikh Wan Ahmad al Fathoni ( Sibaweh Shaghir -  Alim 47 cabang ilmu )
3. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kelantani ( Guru bagi sekalian Arif Billah )
4. Al Allamah Syeikh Wan Daud al Fathoni
5. Al Allamah Syeikh Haji Mokhtar Bogor
6. Al Allamah Tok Syafie Kedah
7. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang ( Guru bagi sekalian Ulamak Besar )

Tok Jelapang adalah salah seorang dari 5 wali Allah yang mahsyur pada akhir abad ke 19 . Beliau bersahabat baik dengan 4 wali Allah iaitu :

1. Tok Kenali
2. Tok Selehor
3. Tok Bachok
4. Tok Kemuning

Selain daripada itu , beliau juga bersahabat baik dengan Sohibus Samaah Mufti Haji Ibrahim Bin Haji Muhammad Yusuf ( Mufti ke 6 Kerajaan Kelantan ) .

Selain daripada alim ilmu Usuluddin , Fiqh , Tasawuf dan Nahu beliau juga mahir dalam seni ukir . Diriwayatkan beliau mahir dalam membuat tepak sirih dan tembaga . Disamping itu , beliau juga mahir dalam bertukang rumah .

Tok Jelapang telah menghasilkan ramai anak murid yang alim besar . Diantaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman - Lubok Tapah
2. Tuan Guru Haji Abdullah Lai
3. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bin Awang Kechik - Kubang Bemban
4. Tuan Guru Haji Che Hasan Bin Hj Ismail - Lemal
5. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Musa - Kampung Laut
6. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Mat Saman - Lati
7. Tuan Guru Haji Abdul Latif - Banggol Kulim
8. Tuan Guru Haji Hasan bin Ismail - Buloh Poh , Ketereh
9. Tuan Guru Haji Wan Mat
10. Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Bin Wan Mat
11. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Ismail
12. Tuan Marib - Pembuka Sungai Golok
13. Che Wan - Mandur membangun Bandar Sungai Golok
14. Lebai Deraman
15. Tuan Guru Haji Abdullah - Pondok Padang
15. Pak Chu Haji Abdullah - Tal Tujuh
16. Tuan Guru Haji Che Yahya - Chenok Timur

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun di Sungai Golok . Diriwayatkan , terjadi satu peristiwa ketika Tok Jelapang meninggal dunia . Masyarakat setempat mushkil adakah Tok Jelapang sudah meninggal dunia atau tidak berikutan pada ketika itu jasadnya masih panas seperti masih hidup . Lalu sahabatnya SS Mufti Haji Ibrahim dipanggil untuk memastikan kematian tersebut .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami