Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan guru hj Yusuf Pulau Ubi

Al Alamah Tok Pulau Ubi | Tuan Guru Haji Yusof bin Abdul Rahman Rahimahullah ( 1887 - 1957 )

Beliau lahir di Sungai Pinang Kelantan dan bersahabat baik dengan 3 wali Allah iaitu Tok Kenali , Tok Selehor & Pak Da Eil .

Beliau terkenal dengan ingatan yang cukup kuat . Apabila ditanya oleh anak murid beliau tentang apa2 soalan , beliau boleh menjawabnya dengan lengkap berserta kitab apa dan mukasuratnya sekali .

Beliau pernah ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan pada 1916 tetapi beliau menolak tawaran tersebut kerana beberapa sebab .

Antara karomah Tok Pulau Ubi ialah , di kampung beliau tinggal sebarang perbuatan maksiat tidak dapat dilakukan . Contoh perlawanan ayam sabung , tetapi ayam tidak dapat bersabung . Kalau ada bergendang dikawasannya , gendang itu akan pecah dan pernah berlaku pencuri yang ingin mencuri kelapa melihat batang pokok kelapa seperti ular besar .

Beliau alim ilmu Feqah & Tauhid . Antara kitab yang beliau ajar di pondoknya ialah :

1. Furual Masail ( Syeikh Daud Fathoni )
2. Kashf al-Litham ( Syeikh Zainal Abidin Al Fathoni )
3. Aqidatun Najin ( Syeikh Zainal Abidin Al Fathoni )
4. Al-Durr al-Thamin ( Syeikh Daud Fathoni )
5. Jauhar al-Mauhub ( Syeikh Ali Abdur Rahman al Kalantani )
6. Hikam ( Syeikh Ibnu Athoillah )
7. Qatr al-Nada ( Imam Jamaluddin bin Hisyam al-Anshari )
8. Fathul Muin ( Syeikh Zainuddin bin Muhammad al Ghozaly al Malibary )

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami