Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Syeikh Wan Ali Kutan

Al Alamah Arif Billah Syeikh Haji Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani | Syeikh Wan Ali Kutan  ( 1820 - 1913 )


Beliau merupakan guru kepada Ulamak Melayu . Diantara kitab karangannya yang mahsyur ialah :

1. Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub - 1888 ( Syarah bagi Kitab Lubabil Hadits karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi )

2. Zahratul Murid fi `Aqaidit Tauhid - 1892 ( Tauhid ASWJ )

3. Lum'atul Aurad - 1894 ( Selawat , wirid & doa )

4. Majma'ul Qashaid wal `Awaid - 1902 ( Qasidah )

Anak anak Syeikh Wan Ali Kutan alim belaka mewarisi keilmuan beliau . Mereka juga berkahwin dengan ulamak2 besar di waktu itu . Mereka ialah :

1. Wan Fatimah berkahwin dengan Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani atau dikenali dengan panggilan Tok Daud Katib Kelantan

2. Wan Maryam berkahwin dengan Syeikh Abdullah bin Syeikh Nik Mat Kecik al- Fathani

3.  Wan Shafiyah berkahwin dengan Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani ( Qadi Mekah )

Tidak kurang juga anak lelakinya iaitu Syeikh Wan Abdur Rahman yang juga menjadi Ulamak Besar di zamannya .

Diantara anak murid Syeikh Wan Ali Kutan ialah :

1. Tok Kenali
2. Syeikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi ( Mufti Pertama Negeri Sembilan )
3. Syeikh Abdullah Fahim ( Mufti Pertama Pulau Pinang )
3. Tok Kemuning
4. Tok Bachok

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami