Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan Guru Hj Shafie Losong Terengganu

Al Allamah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong ( 1862 - 1945 )


Beliau merupakan cucu kepada Tok Suboh , Ulamak Besar yang berasal dari Yaman lalu berhijrah menetap di Kedah atas suruhan ayahnya iaitu Syeikh Ahmad al Zabidi .

Tuan Guru Haji Mat Shafie merupakan anak murid kepada ulamak besar alam Melayu iaitu Tok Ku Paloh dan bersahabat baik dengan Arif Billah Tok Kenali . Beliau amat alim dalam ilmu Tasawuf sehinggakan Tok Kenali pernah berkata :

" Tidak ada orang lain (di zaman itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Haji Mat Shafie Losong"

Disebut dalam riwayat , guru kepada Tuan Guru Haji Bidin ( Pengasas PAS Terengganu ) ini juga mempunyai beberapa karomah . Diantaranya ialah :

1 . Sewaktu penaklukan Jepun beliau dilihat menghembus sesuatu ke arah kapal terbang Jepun dan bom tentera Jepun tidak jatuh di sekitar tempat beliau menetap .
2.  Sewaktu Terengganu dilanda kemarau pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada  beliau di mana tempat yang perlu digali perigi kerana tempat yang ditunjukinya biasanya akan mempunyai air.

Beliau telah membuka sebuah pondok di Losong , Terengganu dan ia kekal hingga ke hari ini .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami