Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan Guru Hj Malek Sungai Pinang

Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang | Mahaguru Bagi Sekalian Guru ( 1834 - 1934 )

Beliau lahir di Kampung Sungai Pinang , Tumpat , Kelantan dan hidup didalam keadaan yang sangat miskin .

Tuan Guru amat alim ilmu Quran & Jawi . Selain daripada itu , beliau juga menjadi pakar rujuk bagi   Sultan Mansor dalam hal berkaitan hukum Jinayat . Disamping itu , beliau juga amat berusaha keras dalam membanteras amalan syirik di Kelantan pada waktu itu seperti puja kubur dan sihir .

Diantara sahabat akrab beliau ialah :

1. Tok Mesir
2. Tok Ayah Kerasak
3. Tuan Guru Haji Nik Mat Dagu
4. Tuan Guru Haji Ismail , Pengkalan Paung
5. Tuan Guru Haji Abdul Latif Jalaluddin , Kota Bahru

Beliau merupakan guru kepada ramai Wali Allah dan Ulamak Besar Tanah Melayu . Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tok Jerulung | Tuan Guru Haji Mohd Said Muhammad
2. Tuan Guru Haji Samad Hasan , Padang Chenok
3. Tuan Guru Haji Che Mat Taib , Pasir Pekan Hilir
4. Tuan Guru Haji Ismail Musa , Temangan
5. Tuan Guru Haji Wan Abdullah , Kampung Chap/Sungai Pinang
6. Tuan Guru Wak Haji Khatib Ahmad , Bemban/Binjai
7. Tok Kedah | Tuan Guru Haji Idris , Penggawa Kangkong
8. Tuan Guru Haji Mahmud Ali - Imam Kangkong
9. Tuan Guru Haji Daud Saamah - Bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong
10.Tuan Guru Haji Mohd Akib Ismail , Kampung Kelar
11. Al Allamah Tuan Guru Haji Ali , Pulau Pisang
12. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Senik - Pengasas Pondok Padang di Pasir Mas
13. Arif Billah Tok Jelapang | Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim - Pengasas Pondok Padang Jelapang
14.Arif Billah Tok Selehong | Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman - Pengasas Pondok Selehong
15. Arif Billah Tok Pulau Ubi | Tuan Guru Haji Yusuff Abdul Rahman - Pengasas Pondok Pulau Ubi
16. Sohibus Samaah Tuan Guru Haji Ibrahim Tok Raja - Mufti Kerajaan Kelantan
17. Al Allamah Syeikh Osman Jalaluddin al Kelantani - Pengasas Pondok Penanti

Beliau wafat pada 12 Ramadhan 1353H dan  jenazahnya disemadikan di Sungai Pinang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

5 comments:

  1. alhamdulillah...sy sebagai generasi ke 6 arwah rasa bangga kerana beliau masih di ingati

    ReplyDelete
  2. Sebab saya keturunan tuan guru haji malek

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah saya sebagai generasi ke-5 berasa bangga

    ReplyDelete
  4. Saya pun keturunan tuan haji malek

    ReplyDelete

ampuni kami