Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, January 31, 2013

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid hidupkan Roh Maulidur Rasul bersama orang Kampung


Maulidur Rasul 1434 PPPT bersama orang kampung Parlimen Sik


31.01.2013
ALHAMDULILLAH
PPPT Kedah 
bersama masyrakat kampung di Daerah Sik , 
disebelah paginya PPPT bersama masyrakat pedalaman Baling , Alhamdulillah sambutan di Baling dan Sik amat memuaskan 
Usha ini adalah bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan ilmu dan ulama 
Tujuan utama adalah untuk membangkitkan perasaan cinta masyarakat kepada Rasul  . 
Program- program penghayatan maulidur Rasul banyak dianjurkan di Bandar-bandar sedangkan orang kampung masih ramai yang memerlukan usha seperti ini , PPPT harapkan kepada seluruh penggerak agar masuk kampung-kampung laksanakan banyak program agama untuk ummah 
Terima Kasih YB Che Uda Ahli Parlimen Sik 
kerana sudi menjemput PPPT untuk menghidupkan Roh Maulidur Rasul 
bersama orang kampung 









Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Anjur Maulidur Rasul 1434 bersama Masyarakat Pedalamam Baling


Maulidur Rasul 1434 PPPT bersama masyarakat pedalaman Baling Kedah

31.01.2013
ALHAMDULILLAH
PPPT Kedah 
berjaya anjurkan Program Maulidur Rasul 1434 
bersama masyrakat pedalaman Baling Kedah 
Usha ini adalah bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan ulama . 
Tujuan utama adalah untuk menaikan perasaan cinta kepada masyarakat . 
Program- program penghayatan maulidur Rasul banyak dianjurkan di Bandar-bandar sedangkan orang kampung masih ramai yang memerlukan usha seperti ini , PPPT harapkan kepada seluruh penggerak agar masuk kampung-kampung laksanakan banyak program agama untuk ummah 













Wednesday, January 30, 2013

Kerja-kerja akhir Sambutan Maulidur Rasul dan Ijtima ulama Thurath Malaysia Thailand

Mesyuarat malam ini hingga jam 2 malam
Mesyuarat terakhir Himpunan Ulama Malaysia Thailand
Insyallah majlis akan berlangsung pada 7.2.2013 -9.2.2013
seperti yang dijadualkan . 
Moga majlis bersama ulama dapat dimenafaatkan sebaiknya dalam masa tiga hari , datanglah beramai-ramai mengutip mutiara dari permata yang masih ada ....






Monday, January 28, 2013

TENTATIF PROGRAM HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA -THAILAND


Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand



TENTATIF PROGRAM

Tarikh 26 Rabiulawal 1434H/07 Feb 2013M

10.30pagi
• Alunan Marhaban

02.12petang
• Pengajian Kitab
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Abdul Aziz

05.15petang
• Bicara Ulama : ‘Sejarah Pondok Nusantara’
Oleh : Baba Ismail Bin Che Semit
(Pakar Sejarah Pattani)

07.50malam
• Kulliyyah Maghrib
Oleh : Baba Mat Bermin

09.15malam
• Forum Perdana :
Tajuk : ‘ Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman’
Moderator :
Syeikh Abdullah Awang Sa
(Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (Bahagian Dakwah)
Penceramah:
Ustaz Haslin Baharin
(Pendakwah Bebas)
Syeikh Ismail Hashim
(Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, YADIM)
Ustaz Sobri Arshad
(Mudir Maahad Ad-Da’wah Al Islamiyyah, Padang Menora)

Tarikh 27 Rabiulawal 1434H 8 Februari 2013M
07.00pagi
• Kuliyyah Subuh
Oleh : Baba Mat Bermin

08.30pagi
• Bicara Ilmiah
Oleh : Baba Ismail Sepanjang

10.30pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Karim

02.30petang
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Abdul Rahman

05.00petang
• Bicara Ulama Antarabangsa
Tajuk :
Rasulullah : Qudwatul Mahabati Li ‘Alamin
(Rasullullah Simbol Kasih Sayang Sejagat)
Oleh : Syeikh Ali (London)
Penterjemah : Ustaz Helmi

07.50malam
• Tazkirah : Ust Khairul

09.15malam
• Bicara Ulama Turath
‘Mampukah Sistem Pondok Dipertahankan’
Moderator :
Ustaz Marzuki
Ahli Panel :
Tuan Guru Rauf (Pondok Tampin)
Tuan Guru Zulkifli (Pondok Melaka)
Baba Abd Rahman (Pondok Pattani)

Tarikh 28 Rabiulawal 1434H 9 Februari 2013 M

07.00pagi
• Kuliyyah Subuh
Oleh : Ust Li Pasir Putih

09.00pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Ahmad Nawawi

10.45pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Karim Dala

02.15petang
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Lah Chenak

05.15petang
• Anak Muda Bersama Imam Muda Azhar
Anak Muda Menyintai Ulama

08.00malam
• Tahlil Perdana Khas Untuk Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Mat Saman
(Pengasas Pondok Pak Ya Teluk)

09.15malam

• Wasiat Ulama/ Kemuncak Majlis 

Ulama’ : ‘Pewaris Kesinambungan Perjuangan Rasulullah’

Oleh : Semua Tuan Guru Malaysia dan Pattani

Sunday, January 27, 2013

HIMPUNAN ULAMA THURATH MALAYSIA THAILAND


HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA THAILAND


LIKE PAGE HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA THAILAND di :

http://www.facebook.com/humt2013?ref=hl

Himpunan Ulama Malaysia Thailand bakal menghimpunkan ulama Pondok seluruh Fathani Thailand dan Malaysia .
Majlis bakal diadakan pada 7-9Feb 2013
di Pondok Tuan Guru Hj Yahya Telok , Bukit Pinang .


PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH bersama AL BARAKAH serta HESA dan MAJLIS UMMAH BERSELAWAT bergabung bagi menjayakan Majlis Himpunan  Ulama Malaysia Thailand 

Sebarang maklumat akan diumumkan didalam PAGE RASMI HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA THAILAND 
dan blog Persatuan Pondok Tauhid ini 
Doakan supaya majlis ini berjaya terlaksana . 
Sila sebarkan dan dijemput datang beramai-ramai 

Saturday, January 26, 2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah ( Maulidur Rasul SAW 1434) Darul Hadis / PAKSI Kedah 3 Hari 3 Malam Berjaya !



TAHNIAH Kepada Lantunan Mahabbah Rasulillah 
PAKSI Kedah , Darul Hadis kerana berjaya anjurkan Lantunan Mahabbah Rasulillah dengan berkat keikhlasan dalam kerja mulia ini , Allah bantu menjayakan majlis ini dengan gilang gemilang .Majlis untuk ummah kembali kepada Hati kepada Rasulillah SAW .
Sambutan 3 hari 3 malam ini mendapat sambutan luar biasa terutamanya golongan anak muda , ini memberi pertanda ISLAM akan Cerah di Hadapan , Nur Islam akan dapat diserlahkankan kesinarannya dengan adanya program seperti ini . 




Maulidul Rasul - Tn Guru Hj Salleh Musa di Stadium Suka Menanti 12 Rabiul Awal 1434





MALAM KE 2:


LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH 
HARI KE 3:
  


LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH MALAM KEMUNCAK ( MALAM KE 3)





Maulidul Rasul - Tn Guru Hj Salleh Musa di Stadium Suka Menanti 12 Rabiul Awal 1434

Friday, January 25, 2013

Al Fatihah buat Tok Ayah Musa , Tumpat Kelantan

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT /  Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR 
telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi tadi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013)
Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH 
kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 

ULAMA SUFI ♥
Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid 

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 



Lantunan Mahabbah Rasulillah ( Maulidur Rasul 1434H) Darul Hadis


Lantunan Mahabbah Rasulillah (Maulidur Rasul SAW 1434)

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa , Sik , Kedah 























ampuni kami