Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, January 25, 2013

Al Fatihah buat Tok Ayah Musa , Tumpat Kelantan

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT /  Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR 
telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi tadi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013)
Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH 
kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 

ULAMA SUFI ♥
Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid 

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 



2 comments:

  1. Asalamualaikum pondoktauhid, mohon izin untuk dikongsikan berita ini di dalam facebook ana Insyallah.


    Hilangnya sebutir permata. Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum tuan.. mohon izin utk dikongsikan dlm laman blog dan facebook ana..

    ReplyDelete