Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, November 30, 2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah 30 Nov 13 , malam kemuncak perhimpunan ummah pertahan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tetamu VVIP Dr Syeikh Yusri dari Mesir , Dato Paduka Syeikh Muhammad Badarudin Mufti Kedah , Dr Aziz Hanafi , Syeikh Zainul Asri , Ust Aminuddin , Ust Ahmad Rejab , Dato Hasyim dan lain -lain .

DATO MUFTI KEDAH 
ketika memberi ucapan yang mengemakan stadium Suka Menanti 
Didalam ucapan Dato Mufti Kedah meulangkan pendirian akan pertahankan Ahli Sunnah di Negeri Kedah dan tidak membenarkan mana-mana fahaman lain dari ahli sunnah disebarkan di negeri Kedah , ucapan Dato Mufti Kedah disambut dengan laungan Takbir oleh anak muda yang berikrar akan pertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaa. Dato Mufti Kedah juga menyeru agar masyarakat pertahankan Ahli Sunnah dengan cara MENDALAMI ILMU AGAMA DENGAN MENDALAM .
Lebih kurang 10 000 hadirin yang hadir semalam di program kemuncak 
Lantunan Mahabbah anjuran Darul Hadis Yayasan Paksi Kedah.
Program kali ini diadakan 3 hari . 
Turut hadir Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari pada malam pertama 28.11.13
Syeikh Fahmi Zam Zam dan TG Dato Haron Din pada 29.11.13

Moga Malis Lantunnan Mahabbah kali ini lebih diberkati dan akan menjadi asbab kepada kebangkitan 
masyarakat memahami dan mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Helmi Assyafie Pondok Sik
DR AZIZ HANAFI DAN DATO PADUKA MUFTI NEGERI KEDAH 
PERJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KEDAH












Habib Tohir B Mohd Al-Haddar 29Nov 13

MALAM CINTA RASUL BICARA ANAK MUDA- Lantunan Mahabbah Rasulillah 29 Nov 13

Lantunan Mahabbah 28Nov2013 - Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Friday, November 29, 2013

PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah


PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi ‘meninggalkan’ perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya.

Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti.

Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS.

NAMA YANG TERUKIR

Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan.

Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'!

Tokoh-tokoh PAS boleh dibahagi kepada mereka yang memimpin pada zaman sebelum kepimpinan ulama dan selepas kepimpinan ulama. Kepimpinan Ulama adalah kemunculan PAS pasca Dato’ Asri yang memimpin PAS dari tahun 1971-1982.

Sebelum Dato’ Asri, Dr Burhanudin al Helmy telah membawa PAS ke persada kerana namanya yang besar itu sehingga PAS berjaya menguasai Terengganu dan kemudian Kelantan, seterusnya melebarkan sayapnya ke utara dan tengah tanah air.

KEPIMPINAN ULAMA

Keluar daripada konflik bukanlah satu usaha yang mudah apabila Allah SWT menguji bahtera perjuangan PAS dengan kocakan dalaman. Hikmahnya ialah Allah SWT mengkehendaki PAS terus maju dan ini terbukti dengan gagasan baru kepimpinan PAS yang menggelarkan dirinya sebagai 'Kepimpinan Ulama'.

Tokoh pertama yang menggalas tanggung jawab ini sebagai Presiden ialah Tuan Guru Haji Yusof Rawa. Namanya tidak tertonjol pada awalnya dan beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Yusof Rawa setia dengan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dari tahun 1959.

Namanya muncul untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dan semasa Dato’ Asri meletakkan jawatan, Pak Yusof Rawa memangku dan kemudian diamanahkan sebagai Yang DiPertua PAS Pusat tahun berikutnya.

Gelaran itu kemudiannya ditukar kepada Presiden dan itulah yang diamanahkan kepadanya sehingga tahun 1987. Pak Yusof Rawa turut mencatat sejarah dalam PAS apabila menjadi Mursyidul ‘Am yang pertama pada tahun 1987.

Jawatan Mursyidul ‘Am diwujudkan selaras dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama dalam perlembagaan baru parti. Jawatan tertinggi dalam PAS itu diamanahkan kepada Pak Yusof Rawa sehingga tahun 1989 dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan kerana keuzuran.

PAS BANGKIT SEMULA

Kepimpinan Ulama menandai kesungguhan kepimpinan parti untuk membentuk platform baru kepada parti. Apabila ide kepimpinan ulama diketengahkan pada awal 80-an, permasalahan umat Islam pada waktu itu menjadi fenomena dunia.

Kejatuhan Soviet dan kekalahan yang memalukan kuasa komunis terbesar itu di tangan para Mujahidin di Afghanistan mengisyaratkan kebangkitan kuasa Islam yang tidak boleh dipandang ringan.

PAS mendefinisikan dirinya semula dalam suasana tersebut dan kerana itu kelantangan suaranya kepada jati diri umat pada persada alamiyah (antarabangsa) turut menyuntik semangat kebangkitan Islam di Malaysia.

PAS juga harus membina kekuatan dari arah dalam dengan membentuk program perkaderannya yang kini dikenali sebagai 'tarbiah'. Ahli disuntik dengan kekuatan dalaman dan mereka mesti melahirkan ciri-ciri muslim yang memilik sahsiah Islamiah lewat usrah, tamrin, mukhayyam dan ceramah.

Pada waktu yang sama PAS perlu mendapat semula sokongan rakyat setelah kejatuhan Kelantan yang merupakan kubu tradisinya. Ini bermakna PAS perlu mengekalkan pengundi tegarnya dan sambil menggamit pengundi baru melalui sikap politik yang diambilnya menentang BN melalui pendedahan salah laku pentadbiran kerajaan diselitkan dengan ketegasannya terhadap ideal Islam dalam pentadbiran.

Semasa PAS mendefinasikan semula kewujudannya, Pak Yusof Rawa menggalas tugas selaku arkiteknya, malah seorang jurnalis terkenal M.G.G Pillay menggelar Pak Yusof Rawa sebagai ‘arkitek’ yang bertanggungjawab membina semula PAS dalam era Kepimpinan Ulama.

Pak Yusof Rawa banyak tertumpu membina kekuatan baru PAS dari kalangan profesional muda yang baru kembali ke tanah air dari UK, US dan universiti tempatan manakala figurnya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam amat disenangi oleh para ustaz yang mendapat pendidikan formal Islam dari dalam dan luar negara khusunya Al-Azhar.

MEMPROMOSI PAS

Tidak mudah kerja-kerja perhubungan awam dilakukan dalam suasana politik baru yang dilalui oleh PAS dalam era kebangkitannya. Tembok penghalang utama adalah tanggapan sinikal yang tersemat dalam persepsi masyarakat khususnya bukan Melayu yang menganggap PAS sebagai untuk orang Melayu sahaja.

Kesedaran yang tinggi di kalangan kepimpinan waktu itu terhadap fahaman bahawa Islam sebagai agama merahmati semua kaum mendorong kepimpinan PAS waktu itu menggapai sokongan masyarakat Cina khususnya melalui dialog dan ceramah untuk kelompok bukan Melayu.

Kesungguhan usaha ini memungkinkan terbentuknya CCC atau Chinese Consultative Council, malah calon-calon bukan melayu turut bertanding atas tiket PAS dalam persefahaman lewat CCC.

Sememangnya dilema antara mengekalkan pengundi Melayu sebagai asas dan mempromosi PAS kepada segmen pengundi bukan Melayu adalah umpama melakukan aksi berjalan atas tali yang halus.

Keseimbangan mengekalkan momentum untuk berjalan adalah keunikan kepimpinan dalam suasana Malaysia yang multi-kaum dan kepimpinan ulama yang awal telah mengambil risiko tersebut.

Namun hasilnya berbaloi dalam bentuk jangka panjang apabila suasana politik hari ini menyediakan platform yang selesa untuk menerima kelompok bukan Melayu sebagai sebahagian dari identiti PAS dengan terasasnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Kepimpinan di bawah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini tidak mungkin melakarkan sejarah penting ini jika tidak diterokai lebih awal lagi oleh dua pemimpin awal kepimpinan ulamak iaitu Pak Yusof Rawa dan Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor.

PAS HARI INI DAN SETERUSNYA

Generasi PAS hari ini tidak mungkin menuai hasil tanpa penat jerih yang dirintis oleh generasi awal PAS.  Dari Tuan Haji Ahmad Fuad kepada Dr Abbas Alias kemudian dikemudi oleh Dr Burhanudin dan diambil alih oleh Dato’ Asri Muda adalah bintang-bintang gemerlapan PAS.

Pada waktu orang melihat PAS akan berakhir setelah era Dato’ Asri, muncul pula Tuan Guru Haji Yusof Rawa lalu Dato’ Fadzil Noor memikul amanah dan kini PAS terus kukuh di bawah kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Pada setiap era, gandingan mantap pasukan kepimpinan sentiasa memastikan PAS terus mara ke hadapan.  Hari ini PAS menyambut tahun ke-59 Muktamar Agung dalam suasana yang semakin mencabar.

Seperti semalam, ia berjaya melalui ombak dan badai laut politik yang bergelora. Dan seperti kata-kata semalam oleh pemimpin kita yang bijaksana; bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan akan tetap diteruskan dengan kepimpinan yang akan melakar masa depan parti yang gilang gemilang.

Di atas nama Islam, Insyaallah parti ini akan terus mekar mengharum membimbing umat ke medan siasah.

Betapa generasi hari ini harus mengambil pesanan daripada lagu PAS yang dikarang sendiri oleh Dato’ Asri:

“Bergeraklah ke medan jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi...”

Thursday, November 28, 2013

Giptis kemuka 5 resolusi bahaya Wahabi

LAPORAN SINAR HARIAN  :

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) Kedah memutuskan lima resolusi untuk disampaikan kepada kerajaan Kedah dalam usaha menyekat fahaman Wahabi daripada berkembang.

Resolusi itu yang akan disampaikan dalam masa terdekat akan turut diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri, Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diambil tindakan.

Pengkaji fahaman Wahabi dan Syiah, Abu Syafiq Mohd Rasyaq Mohd Alwi berkata lima resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat khas Giptis untuk menangani isu ajaran sesat dan pengaruh fahaman Wahabi di Kedah itu adalah:

* memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;

* menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;

* memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;

* meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;

* menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui menganut fahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.

Abu Syafiq Mohd Rasyaq, yang menjadi anggota panel jemputan mesyuarat khas menangani isu kekalutan khilafiyah tokoh-tokoh agama dan menangani isu ajaran sesat serta pengaruh fahaman Wahabi di sini hari ini, berkata kedua-dua fahaman ini jelas merosakan akidah umat Islam selain mengganggu perpaduan.

Beliau berkata tokoh berfahaman Wahabi juga tidak layak memberi penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya Syiah kerana mereka dikhuatiri memberi pandangan yang boleh memesongkan akidah orang Islam.

Sebaliknya, katanya, ulama dan guru-guru institusi pondok yang diketahui mempunyai ilmu yang cukup tinggi seharusnya diberi ruang untuk menerangkan isu Syiah dan Wahabi.

Sementara Pengerusi Giptis, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pihaknya bersedia menjadi perantara antara Syeikh Baderudin dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin membincangkan isu Wahabi. Dr Mohd Asri sebelum itu mencabar Syeikh Baderudin bermuhabalah atau sumpah laknat selepas timbul rakaman dalam Youtube bahawa Syeikh Baderudin menuduh bekas Mufti itu menganuti fahaman Wahabi.

Dr Abdul Aziz berkata perkara yang disampaikan Syeikh Baderudin hanyalah satu peringatan kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan fahaman Syiah yang diharamkan di negara ini 30 tahun lepas dan fahaman Wahabi yang menyimpang jauh daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. - Bernama

Wednesday, November 27, 2013

Ulama Kedah bahas isu ancaman Wahabi dan Syiah di Kedah - anjuran GIPTIS .

Hari ini 28.11.2013
Ekorang dari kenyataan DR MAZA mengajak Mufti Kedah Sumpah Laknat maka Ulama Kedah dibawah GIPTIS yang dipengerusikan oleh DR AZIZ HANAFI .
Mesyuarat memutuskan bahawa kami menyokong teguh kenyataan Mufti Kedah tentang ancaman Wahabi di Kedah .
Wakil ulama terdiri dari cendiakawan , ulama pondok para huffaz dan lain-lain NGO Ahli Sunnah .













Support Mufti Kedah - Helmi Assyafie


Helmi Assyafie - Support Mufti Kedah , isu DR MAZA .
Penerangan Ahli Sunnah mengikut pengamalan di Kedah & Malaysia dan warta majlis agama Islam agar masyarakat tidak keliru . 

Muhasabah Untuk DR MAZA yang sentiasa pertikai amalan Mazhab Syafie dan Ahli Sunnah


Seorang 'tokoh' yang disebut oleh Mufti Kedah terlibat dengan virus wahhabi tersentak dan terus beri respon.

Namun yang batil tak boleh ditutup.

Fitnah, pengkafiran dan penyesatan serta penghinaan 'tokoh' yang kepanasan itu ada di sini :

1. Muhasabah Untuk Dr Asri - link di bawah (artikel fitnah, pengkafiran, penyesatan, penghinaan terhadap Mazhab Asy Syafie, terhadap ulamak dan umat Islam dijawab oleh alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia)

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0

Contoh fitnah terhadap asatizah :

http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

2. Garis Panduan Masjid di Perlis semasa menjadi mufti yang melarang umat Islam melaksanakan sunnah yang ada jelas sandaran dari al Quran dan As Sunnah

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=568730836525395&set=pb.149551445110005.-2207520000.1385162861.&type=3&theater

3. Menghina ulamak dan memfitnah seperti Syeikh Jaafar al Barzanji dan banyak lagi (Mufti Mazhab Asy Syafie di Madinah)

http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

4. Memfitnah sekolah pondok :

http://www.youtube.com/watch?v=yY0UJ77s0sc

5. Pengkafiran Fathul Bari kepada umat Islam yang membaca sodaqallahul 'azim selepas membaca al Quran.

http://www.youtube.com/watch?v=-mhLA71tFlE

6. Fathul Bari menyatakan asya'iroh termasuk dalam firqah sesat.

http://www.youtube.com/watch?v=wlMT5Ywn94s

via page - Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

Monday, November 25, 2013

Maulid bersama Habib Omar Al Hafidz malam ini di Indonesia

 25.11.2013
 Maulid bersama Habib Omar Al Hafidz di Indonesia
 majlis juga memperingati Allahyarham Habib Munzir sebagai pemimpin Majelis Rasulullah


HABIB OMAR 
MENZIARAHI MAKAM MURID BELIAU 
HABIB MUNZIR DI JARKATA 

Syeikh Nuruddin: Pandangan Tentang Wahabi & Syiah (Syiah Sesat ...

Siapa terjun dari bahtera, dia tak selamat - Presiden PAS




SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS berhati-hati dengan serangan pihak musuh yang cuba memecahbelahkan parti itu.

Menganalogikan serangan tersebut sebagai 'gelombang dari luar, yang menghentam bahtera PAS', beliau mahu pemimpin dan ahli PAS semua peringkat tidk terjun dari bahtera ini sekalipun mabuk dilanda gelombang tersebut.

"Gelombang dari luar itu cukup kuat, kayuh sama-sama hingga penghujung. Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. Lebih malang yang mabuk itu sampai terjun bahtera.

"Jangan terjun bahtera ini. Sesiapapun yang terjun dia tidak akan selamat, termasuk juga ulama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 semalam.

Terdahulu, beliau turut menafikan kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam PAS yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa kepada perbezaan akidah.

Sebaliknya, kata Ustaz Abdul Hadi tuduhan seperti itu hanya ditimbulkan oleh Umno, sedangkan di kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan bukannya dari segi akidah.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam ortodoks atau Islam protestan. Jangan dengar pandangan orang luar," katanya membuat penegasan.

Tambahnya, PAS melihat kepelbagaian latar belakang ini sebagai satu kekuatan kepada parti itu dengan berperanan secara kolektif.

KUALA LUMPUR: Ahli PAS diingatkan agar tidak terperangkap dalam kitaran yang dicipta media musuh dan membawa pemikiran yang cuba diterapkan mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kepimpinan parti sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan media arus perdana dan meminta ahli juga tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan mereka berkaitan PAS.

"Ada pandangan dari perwakilan tentang kenyataan pimpinan. Kita tegaskan bahawa kita banyak siri perbincangan apa yang berlaku dan harus kita fahami bahawa sumber yang perlu kita rujuk ialah sumber rasmi parti, bukan merujuk kepada sumber lain.

"Ada di kalangan kita yang marah pada pimpinan berapi-api, dengan berkata, bukankah kita sudah beritahu jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia. Ini lidah Umno kenapa pimpinan buat juga kenyataan keluar suratkhabar dalam Utusan Malaysia muka depan, keluar TV3.

"Saya tanya dia, pak cik baca di mana? Dia jawab, ini Utusan Malaysia sebut. Rupa-rupanya dia yang percaya Utusan malaysia. Pimpinan kita tak buat kenyataan kepada media musuh tetapi kenapa kita percaya kepada media musuh?

"Kita harus akui media perdana berjaya membentuk pemikiran rakyat, membentuk pusingan yang paling bahaya apabila. Apabila kita termasuk dalam kitaran tersebut lalu kita bercakap dengan suara yang disebut media musuh dan kita bawa dalam pemikiran kita.

"Saya harap muktamar kita ini marilah kita tutup semua label yang diberi oleh musuh kepada kita. Biduk berlalu kiambang bertaut," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mengingatkan bahawa sumber rasmi parti ialah akhbar Harakah dan portal Harakahdaily yang harus dijadikan rujukan pimpinan dan ahli PAS.

"Saya jelaskan bahawa media rasmi PAS ialah Harakah dan Harakahdaily dan kita telah berjaya buat peningkatan dalam Facebook Harakahdaily.

"Mungkin sebahagian tak menyedari dalam masa 2 tahun setengah follower Harakahdaily daripada 40,000 meningkat kepada 424,141 satu peningkatan yang luar biasa," katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli agar menerima keputusan perwakilan yang memilih pimpinan baru bagi sesi 2013-2015 dan perlu memberikan kerjasama kepada pimpinan baru.

"Kita telah buat keputusan, kita kena wala' kepada keputusan perwakilan. Suka atau tidak suka, terima atau tidak terima setelah keputusan dibuat mari kita taat kepada pimpinan kita dan thiqah kepada pimpinan yang ada," ujarnya.

MUFTI KEDAH DISERANG DR.MAZA - Helmi Assyafie

Saturday, November 23, 2013

DR MAZA serang Mufti Kedah - Helmi Assyafie bela Mufti Kedah .

Denngan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Helmi Assyafi - Pembelaan terhadap Dato Paduka Mufti Kedah .
Saya mengikuti FB Dr Maza.com hari ini dan melihat beliau amat marah dengan kenyataan
Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad Mufti Kedah Darul Aman .

DR MAZA marah dengan Kenyataan ini :

Muffti Kedah: Fathul Bari & Dr. Asri penganut ajaran sesat Wahabi

Muffti Kedah: Fathul Bari & Dr. Asri penganut ajaran sesat Wahabi

Ihya Mahabbah Rasulillah SAW di Kelantan 21.11.2013.

 Maulana Hussin Pasir Tumbuh ulama berasal dari Burma Alim Hadith
 Syeikh Fahmi Zam Zam
 Tuan Guru Hj Hamzah berusia 82 tahun anak murid Syeikh Syed Amin Qutbi
 Syeikh Husni Ginting
 Tuan Guru Hj Rifee wakil ulama Kedah


SYEIKH FAHMI ZAM ZAM 
" Pertahan Sistem Pondok yang pernuh barakah " 
TG Hj Rifee 
wakil ulama Kedah 
" Adab Menuntul Ilmu "

TUAN GURU HJ HAMZAH BIN MUHAMMAD 
ulama Kelantan berusia 82 tahun 

  MAULANA HUSSIN , ULAMA HADIS


 SYEIKH FAHMI ZAM ZAM , MAULANA HUSSIN , TG HJ RIFEE
 IHYA MAHABBAH RASULILLAH DAN SILATURAHIM BERSAMA ULAMA



 Kenangan bersama Maulana Hussin


MAULID 
MAHABBAH RASULILLAH 





ampuni kami