Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Tuan Guru Haji Hadi bertegas demi Islam


Buang yang keruh, kata TG Haron Din



BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini.

Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang.

"Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang.

"Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini.

Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan.

Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam.

Menurut beliau, walaupun talak tidak digalakkan dalam Islam, tetapi ianya dibolehkan.

Sekalipun suami enggan melafazkan talak, namun syariat membenarkan isteri menuntut fasakh jika suami melanggar syarat tertentu, katanya.

"PAS tak keluar dari Pakatan Rakyat atau PAS dibuang dari Pakatan Rakyat. Kena reserve perkara itu.

"Pimpinan PAS pertimbang semua pandangan," katanya sambil menegaskan keputusan PAS setakat ini akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat seperti ditegaskan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat penilaian kelangsungan tahaluf siyasi dengan mengambil kira kesan baik dan buruk dari masa ke masa. - HARAKAH 20/9/2014


Tahniah Presiden dan Majlis Syura Ulama - kami akan bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama


Tahniah Presiden dan Majlis Syura Ulama kerana bertegas kali ini, barulah kami diakar umbi bersa semangat kembali apabila ulama bertegas dan mengambil peranan lebih kedepan dari golongan yang bukan ahli .
Kita sayang jemaah kita jangan biar dari dirosakkan oleh golongan yang ada kepentingan lain dari Islam.









Monday, September 1, 2014

NEKAD di KUIZM







Beberapa intisari ucapan perasmian Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam program NEKAD, di KUIZM, 10.30am tadi:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Surah alfusshilat : 33-36]

1. Ayat ini perlu dihayati oleh para pendakwah yg mewarisi kewajipan kerja Nabi s.a.w yg tdk mati dgn wafatnya Nabi s.a.w

2. Seringkali kita mmpelajari dlm kitab2 aqidah, ttg sifat2 wajib bagi Rasul iaitu sifat Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Kita kdg2 hanya menganggap sifat2 itu ada sifat wajib kpd Rasul. Kita terlupa bhw Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yg wajib menjadi ikutan kita.

3. Para para pendakwah yang memperjuangkan islam mestilah bersifat benar (sidiq).. benar pada hati, benar pd percakapan dan benar pd perbuatan...

4. Pendakwah mestilah memiliki hati yg benar kpd Allah. Hanya hati yg ikhlas boleh diterima oleh hati manusia yg inginkan kebenaran.

5. Lihatlah khutbah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, ringkas dan pendek tetapi ramai yg memeluk Islam. Khutbah kita, panjang tetapi org yg terima Islam, sedikit. Kita kena kaji kenapa? Kerana mrk bersikap benar pd hatinya, benar pd keikhlasan percakapannya dan benar perbuatannya. Inilah yg hilang pada pendakwah hati ini.

6) Sebab itu pentingnya pendakwah yg bersifat benar... amanah dlm dakwah dan kerja islam.. tabligh, menyampaikan dan tidak menyembunyikan kebenaran... berterus terang... bijak dalam berdakwah, tidak menjadi pendakwah yg tolol... kena ada ilmu dan kefahaman

7) Pendakwah kena bijak dlm dakwah.dlm isu orang nak masuk islam sbg contoh. Dlm mazhab syafie, org lelaki wajib bersunat.. tetapi mazhab yg lain tdk wajib... jgn bila org masuk islam, kita suruh bersunat dulu baru boleh sembahyang... mazhab yg pelbagai itu mesti dipraktiskan secara bijaksana. Dlm mazhab syafie wajib solat berjemaah makmun baca fatihah.. ada mazhab dlm fiqh yg berpendapat makmun tak payah baca, cukup dgn bacaan imam... bila ada org masuk islam, jgn awal2 suruh dia belajar fatihah dulu sbb wajib sembahyang.. tapi boleh suruh dia sembahyang berjemaah dgn berpegang kpd pndpt mazhab tak wajib baca fatihah bagi makmun, cukup dgn fatihah imam.... dia dpt kelebihan solat berjemaah... sbb itu para pendakwah kena banyak belajar dan membaca.

8) serulah kpd jalan Tuhanmu dgn hikmah dan peringatan yg baik....tajuk dakwah kita ialah islam. Kena yakin bhw islamlah yg benar. Jgn kata umno, pkr dan pas sama sajer.. tak sama.. kita kena yakin bhw kita yg memperjuangkan Islam ni lah yg benar...

9) perjuangan islam bukan utk balas dendam. "Idfa' billati hiya ahsan" balas dgn kebaikan.. kita berjuang bukan nak hukum orang, tetapi maafkan... jika mereka memeluk islam, bertaubat, itu lbh baik... sbb itu perjuangan Islam mesti sabar...

10) pendakwah mesti memahami realiti dan pendekatan yg sesuai pd tempat dan situasi yg sesuai. Shbt yg diutuskan di yaman, diperintah agar berlaku lembut dgn penduduk yaman sbb mrk adalah dr klgn penternak kambing.. penternak kambing biasanya lebih lembut dari penternak unta. Pendekatan muwajahah silmiyyah mesti mrnjadi keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya :"kami gerombolan para Nabi, kami diperintahkan utk turun kpd manusia ikut level mereka.. dan bercakap kpd mereka mengikut kadar aqal mereka...

( Catatan ini ditulis oleh Ustaz Hazmi Dibok, terima kasih )

Sunday, August 10, 2014

Pas sedia berjuang bersendirian - MB Kelantan


  • Terbaik ! 
  • Fikrah Ulama , inilah pejuang Islam , bukan Hamba parti yang taksub . 
  • Ulama mampu pimpin negara dalilnya Kelantan dan 20 tahun lebih PAS perintah .
  • Ulama jaga Allah, hukum Allah dan Allah pasti jaga kita kembali . 


  • Ahmad YakobAhmad Yakob
 1 / 1 
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

"Seandainya kita (Pas) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan Pas ini bukan mudah.

"Keputusan Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia  merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama Pas telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Pas bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.

"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya. 

Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai Pas berikutan beliau kini merupakan anggota Dun Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.

"Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya. - Bernama

Thursday, December 19, 2013

MB Kelantan mengadap Sultan Brunei demi perjuangan menegakkan hukum Hudud . PAS tetap bersungguh sungguh berjuang untuk laksana hukum Allah!


 MB KELANTAN MENGADAP SULTAN BRUNEI
 Sultan Hj Hassanal Bolkiah , Sultan yang mendaulatkan hukum Allah !

 Barisan Perjuang Hudud , MB Kelantan , Mufti Kelantan Exco Kelantan .


 TG DATO HARON DIN walaupun uzur beliau sama sama ke Berunei bagi memberi sokogan kepada perjuangan melaksanakan Hudud , Bukit Ulama  PAS bersungguh sungguh untuk laksana hukum hudud bukan seperti dakwaan Ust Kazim dan pemimpin UMNO yang mengatakan PAS macam main lagu rasa memperjuangan hukum hudud , nah ternyata gambar berbicara ! Lihat perjuang perjuang hukum Allah bersungguh sungguh inging melaksanakan hukum ALLAH di Malaysia .











Monday, November 25, 2013

Siapa terjun dari bahtera, dia tak selamat - Presiden PAS




SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS berhati-hati dengan serangan pihak musuh yang cuba memecahbelahkan parti itu.

Menganalogikan serangan tersebut sebagai 'gelombang dari luar, yang menghentam bahtera PAS', beliau mahu pemimpin dan ahli PAS semua peringkat tidk terjun dari bahtera ini sekalipun mabuk dilanda gelombang tersebut.

"Gelombang dari luar itu cukup kuat, kayuh sama-sama hingga penghujung. Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. Lebih malang yang mabuk itu sampai terjun bahtera.

"Jangan terjun bahtera ini. Sesiapapun yang terjun dia tidak akan selamat, termasuk juga ulama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 semalam.

Terdahulu, beliau turut menafikan kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam PAS yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa kepada perbezaan akidah.

Sebaliknya, kata Ustaz Abdul Hadi tuduhan seperti itu hanya ditimbulkan oleh Umno, sedangkan di kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan bukannya dari segi akidah.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam ortodoks atau Islam protestan. Jangan dengar pandangan orang luar," katanya membuat penegasan.

Tambahnya, PAS melihat kepelbagaian latar belakang ini sebagai satu kekuatan kepada parti itu dengan berperanan secara kolektif.

KUALA LUMPUR: Ahli PAS diingatkan agar tidak terperangkap dalam kitaran yang dicipta media musuh dan membawa pemikiran yang cuba diterapkan mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kepimpinan parti sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan media arus perdana dan meminta ahli juga tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan mereka berkaitan PAS.

"Ada pandangan dari perwakilan tentang kenyataan pimpinan. Kita tegaskan bahawa kita banyak siri perbincangan apa yang berlaku dan harus kita fahami bahawa sumber yang perlu kita rujuk ialah sumber rasmi parti, bukan merujuk kepada sumber lain.

"Ada di kalangan kita yang marah pada pimpinan berapi-api, dengan berkata, bukankah kita sudah beritahu jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia. Ini lidah Umno kenapa pimpinan buat juga kenyataan keluar suratkhabar dalam Utusan Malaysia muka depan, keluar TV3.

"Saya tanya dia, pak cik baca di mana? Dia jawab, ini Utusan Malaysia sebut. Rupa-rupanya dia yang percaya Utusan malaysia. Pimpinan kita tak buat kenyataan kepada media musuh tetapi kenapa kita percaya kepada media musuh?

"Kita harus akui media perdana berjaya membentuk pemikiran rakyat, membentuk pusingan yang paling bahaya apabila. Apabila kita termasuk dalam kitaran tersebut lalu kita bercakap dengan suara yang disebut media musuh dan kita bawa dalam pemikiran kita.

"Saya harap muktamar kita ini marilah kita tutup semua label yang diberi oleh musuh kepada kita. Biduk berlalu kiambang bertaut," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mengingatkan bahawa sumber rasmi parti ialah akhbar Harakah dan portal Harakahdaily yang harus dijadikan rujukan pimpinan dan ahli PAS.

"Saya jelaskan bahawa media rasmi PAS ialah Harakah dan Harakahdaily dan kita telah berjaya buat peningkatan dalam Facebook Harakahdaily.

"Mungkin sebahagian tak menyedari dalam masa 2 tahun setengah follower Harakahdaily daripada 40,000 meningkat kepada 424,141 satu peningkatan yang luar biasa," katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli agar menerima keputusan perwakilan yang memilih pimpinan baru bagi sesi 2013-2015 dan perlu memberikan kerjasama kepada pimpinan baru.

"Kita telah buat keputusan, kita kena wala' kepada keputusan perwakilan. Suka atau tidak suka, terima atau tidak terima setelah keputusan dibuat mari kita taat kepada pimpinan kita dan thiqah kepada pimpinan yang ada," ujarnya.

Sunday, September 9, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 2012

3 ulama doa bersama di Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat hari ini 9.9.2012






MB Kedah turut hadir di ibu negara hari ini bagi menghadiri rumah terbuka PAS Pusat 2012
ampuni kami