Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, July 19, 2017

Mufti Kedah baru - Dato Syeikh Fadzil Hj Awang.

Tahniah buat Mufti Kedah yang baru
SS Dato Syeikh Fadzil Awang atas perlantikan sebagai Mufti Kedah yang baru mengantikan SS Dato Mursyid Diraja Syeikh Muhammad Baderuddin Hj Ahmad.

Moga Kedah subur dengan majlis ilmu, terus  aman damai serta Ahli sunnah wal jamaah di Kedah makin kukuh.
Sama sama kita doakan Kedah sebagai negeri benteng ahli sunnah wal jamaah.
Moga seluruh ummat Islam mendoakan yang terbaik buat bumi Kedah dan ahli sunnah Kedah yang kita cintai.
Moga pusat pusat pendidikan agama terutama Pondok pondok,  sek agama rakyat,  dan tahfiz tahfiz dapat perhantian dan bantuan dari Kerajaan Kedah .

Terima kasih SS Dato Mursyid Diraja Syeikh Muhammad Baderudin haji Ahmad atas jasa mu yang amat kami kenang hingga bila bila dengan khidmat terbaik untuk agama terutama ahli sunnah wal jamaah Kedah.

Moga Kedah negeri kubu kuat ahli sunnah wal jamaah dan terhindar dari fithnah wahabi syiah libral serta ajaran yang menyimpang dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.

Tuesday, July 11, 2017

Genap setahuan pemergian almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa - Al Fatihah

 Al Fatihah.
18 Syawal 1438
Genap satu tahun murabbi ummah
Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa kembali kerahmatullah
Moga Allah ampun dosa almarhum dan cucuri rahmat kepada beliau. 
Moga beliau dan kita bangun di akhirat nanti bersama ulama solihin sidiqin dan aulia serta penghulu agung baginda Rasulullah.






Maulana Yunus kembali Kerahmatullah



 SAAT KEMATIAN YANG DICEMBURUI
Kita kehilangan lagi seorang permata Muhaddisin daripada India yg juga merupakan anak murid kesayangan Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya Al Kandhalawi iaitu Hazrat Syeikhul Hadith Mazahir Uloom Saharanpur Maoulana Mohammad Younus Jounpuri ...
Hadzrat Maulana Yunos Jounpuri tidak ada Facebook ... Apa lagi Fan pages ... Beliau bukanlah "Public Figure" yang selalu aktif di alam maya ... Apa lagi segulung "Phd" pun tidak ada ... Gelaran "Dr" pun tidak ada ...
Tapi ...
Daripada tangan dan lisan Hadzrat Maulana Yunos Jounpuri inilah lahirnya penerus pejuang agama khususnya dalam bidang ilmu hadis ... Entah berapa ramai sudah pelajar yang telah tamat pengajian hadis secara bersanad menghabiskan kitab-kitab hadis, kalam Rasulullah SAW kulit ke kulit daripada beliau ...
Hampir 48 tahun beliau menghabiskan hidup beliau mengajar Sahih Bukhari ... Selama 48 tahun itulah juga hadis dalam kitab Sahih Bukhari yang mengandungi lebih kurang 6000 hadis diulang-ulang setiap tahun ... Secara kasarnya berjumlah 288 000 kalam Rasulullah SAW diulang selama 48 tahun ! Setiap hari akan akan kedengaran suara "Qoola Rasulullah SAW ... Qoola Nabi SAW ... Haddathana ..."
Beliau telah korbankan nikmat untuk berkahwin disebabkan cinta beliau yang amat mendalam dalam ilmu hadis ... Seperti yang berlaku sebahagian Imam dan para ulamak salaf terdahulu ... Tidak hairanlah akhir hayat beliau sudah cukup memberi pengajaran buat kita semua !
Apakah ini tidak cukup menjadi bekalan amal buat hadzrat di alam baqa' sana ? Ya Allah rahmatilah Hadzrat Syeikh Maulana Yunos Jounpuri ! Kami akan merinduimu syeikh sahb ... 😭😭😭
Bagaimana pula akhir hidup kita kelak ???
Note :
Gambar suasana solat jenazah Syeikhul Hadis Hadzrat Syeikh Maulana Yunos Jounpuri Al Mazahiri
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه



Tuesday, July 4, 2017

Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Fatani - singa Ahli Sunnah wal jamaah

Kenangan Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang di Kedah.

Singa Ahli Sunnah wal Jamaah
Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Fatani Darussalam.
" Dimasa sekarang ini zaman fithnah, haram bagi mereka yang mengelirukan masyarakat dengan mengakatkan itu bidaah ini bidaah , maka apabila masyarakat keliru wajib atas ulama pewaris nabi menerang agar terang supaya masyarakat tidak keliru. Kita belajar betul betul dari ulama muktabar agar ilmu kita dapat cara betul dan apabila kita belajar jalan yang betul baru kita dapat tahu apa yang ulama kita dulu buat ada tempat ambilan dari nas al quran dan hadis . Hendak faham ilmu yang ulama tinggalkan perlu ada alat alat ilmu agar dapat kita fahami agama dengan sempurna. Kita akan mendapati ilmu dengan luas dan bukan faham agama dengan sempit" - Mafhum kalam Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang  Fatani.

Alhamdulillah kenangan yang tidak dapat dilupakan di Masjid Telok Chengal Kula Kedah pada 9 Syawal 1438 bersamaan 3 Jul 2017.

Sunday, July 2, 2017

Kuliah dhuha Masjid Shultanah Bahiyah dibuka semula pada 10 Jul 2017

Kuliah duha Masjid Sultanah jalan semula pada hari Isnin 10 Jul 2017 .
Atas perbincangan ajk penganjur kuliah duha  Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar dengan guru mulia Tuan Guru Baba Khairul Anwar dan kuliah akan dijalankan semula pada 10 jul 2017

Kuliah
Sesi petama 9.15 pagi (Tauhid) : Ust Helmi Assyafie
Sesi ke dua 10.30 hingga 12 thg ( Tasawuf) :
Tuan Guru Baba Khairul Anwar.

Sebarkan kepada jemaah kuliah duha Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar dan kepada masyarakat umum.

Saturday, July 1, 2017

Baba Ismail Sepanjang Fatani di Kedah 2 -3 Jul 2017



 Jom kita azam dan usaha untuk datang majlis ilmu bersama 
Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Fatani
Ulama rujukan ahli sunnah wal jamaah Fatani.

2 Jul 2017
Lepas maghrib di Masjid Albukhary Alor Setar 

3 Jul 2017
Duha 9 pagi
Di Masjid Teluk Chengai.

Sebarkan


ampuni kami