Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, December 22, 2018

Maulidur Rasul Pondok Tuan Guru Haji Adnan Bin Abdul Majid

 Maulidur Rasul
Cawangan baru Pondok Tuan Guru Hj Adnan Bin Abd Majid.

Kenangan 22.12.18 sambutan Maulid di Ijok Perak Cawangan baru Pondok Tuan Guru Hj Adnan Sungai Karangan.

Keluar rumah jam 9 pagi semalam , sampai rumah subuh pagi tadi. Alhamdulillah apa pun syukur dan sangat gembira dapat bersama masyarakat di Kg Sungai Jernih  Ijok Perak .
Siang Daurah kitab Tauhid Kifayahtul Mubtadi Tuan Guru Hj Abu Bakar Pondok Bandar Hilir
Malam acara Maulidur Rasul.
Masyarakat Ijok kebanyakan asal dari Pattani.
Terasa sausana kehidupan masyarakat pondok dan aura penghayatan Islam masih lagi kuat di Ijok.
Seronok bersama Tuan Guru Haji Adnan terasa aura seperti bersama tuan guru tua dulu dulu , gaya cakapan dan kehidupan mengingatkan kenangan bersama tuan guru yang tua tau.

Moga ALLAH permudahkan urusan Tuan Guru Hj Adnan bin Abd Majid mendirikan pondok beliau. Begitu juga moga dipermudahkan urusan anak saudara beliau Ustaz Azhar Kedah dan Ust Zikri Ghazali Alhafiz II

Sumbangan masyarakat diperlukan . Sumbangan untuk pondok Miftah Al Falah Tuan Guru Hj Adnan boleh hubungi terus dengan Tuan Guru Hj Adnan atau Imam Muda Ust Azhar.