Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, March 31, 2019

Haul Sidi Syeikh Soleh Al Jaffari di Dewan Selawat Jitra Kedah 1.0
























30 mac 2019
Selepas pulang dari lawatan ke Fatani Narathiwat Songkla 28 - 30 Mac 2019

Wednesday, March 20, 2019

Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Hj Hashim

Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Salleh Bin Haji Hashim ( 1864 - 1944 )

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Pisang , Jitra . Datuk dari sebelah ibunya merupakan ulamak besar negeri Kedah pada kurun ke 18 & 19 . Namanya ialah Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhammad Hasyim ( 1771 - 1871 ) yang  merupakan anak murid kepada Syeikh Daud al Fathani & Syeikh Abdus Samad al Falembani .

Beliau mendapat pendidikan awal oleh datuknya sendiri sebelum berangkat ke Mekah bagi mendalami ilmu agama pada tahun 1879 .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhd Hasyim ( Datuk Beliau ) - Pengasas Pondok Pulau Pisang , Jitra
2. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al Fathani  - Cucu Saudara Syeikh Daud al Fathani

Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1894 dan menyambung warisan datuknya sebagai peneraju Pondok Pulau Pisang . Pondok tersebut merupakan pondok yang utama di Negeri Kedah pada ketika itu . Pernah suatu ketika pondoknya itu mencapai sehingga 2,000 pelajar dalam satu masa .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Syeikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh ( anak beliau ) - Qadhi Besar Kedah
2. Syeikh Ramli Bin Haji Muhammad Salleh - anak beliau
3. Dr Burhanuddin al-Helmi - Presiden PAS
4. Tuan Guru Haji Ahmad Janggut Langgar
5. Tuan Guru Haji Ahmad Hutan | Tuan Guru Haji Ahmad Keplu
6. Tuan Guru Haji Abbas Nasution Tanjung Pauh
7. Tuan Guru Haji Abdullah Hassan

Diantara karya beliau yang dihasilkan ialah :

1. Sirajul Huda
2. Tanbihul Awam li Istiqazil Manam
3. Nasihatuddin Azzakiyah

Karya beliau yang lain tidak dapat dikesan kerana ianya musnah terbakar dalam peristiwa kebakaran pondok suatu ketika dahulu . Turut juga musnah ialah karya datuknya .

Beliau meninggal dunia ketika berusia 80 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Sunday, March 17, 2019

Tuan Hussin Kedah

Tuan Hussin Kedah al Banjari - Generasi ke 6 Syeikh Arsyad al Banjari

● Datuk Moyangnya - Al Allamah Arif Billah Mujaddid Nisbi Kalimantan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari

● Ayah Moyangnya - Syeikh Qadhi Abu Su'ud ( Qadhi pertama Kerajaan Banjar yang dijemput oleh Sultan Kedah untuk tinggal di Kedah dan menyampaikan ilmu pada rakyat )

● Moyangnya - Syeikh Mas'ud ( Ulamak Besar Kedah , Panglima Perang Kerajaan Kedah dan gugur syahid ketika perang melawan Siam tahun 1821 )

● Datuknya - Syeikh Muhammad Thayyib ( Mufti Kerajaan Kedah tahun 1870an & Pengasas Pondok Titi Gajah )

● Ayahnya - Syeikh Muhammad Nasir ( Tokoh Agama di Kedah )

Moga Allah Taala rahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Tuan Guru haji Ismail Che Dol

Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Ismail Che Dol ( 1873 - 1948 )

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Ismail Bin Wan Mustaffa dan lahir di Kampung Menajung , Patani .

Pengasas Pondok Gajah Mati yang mahsyur di Kedah ini memulakan perjalanan menuntut ilmunya di Pondok Bendang Daya , seterusnya ke Pondok Bendang Badang dan akhirnya ke Mekah . Diantara guru beliau ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Tok Bendang Daya Kedua - Besan Beliau
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Minal
3. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fatani .

Selepas pulang dari Mekah , beliau mengajar di Pondok Tualang . Setelah itu , beliau membuka pondok sendiri di Gajah Mati , Pendang .

Antara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Hamid Tobiar
2. Tuan Guru Haji Ibrahim Paya Sena
3. Tuan Guru Haji Ahmad Rebat Cegar
4. Tuan Guru Haji Ismail Terengganu
5. Tuan Guru Haji Husain Che Dol - Anak Beliau
5. Al Allamah Tuan Guru Pak Chu Him - Menantu Beliau
6. Syeikh Haji Junid Thala
7. Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani

Beliau meninggal dunia ketika berusia 75 tahun dan warisan Pondok Gajah Mati telah disambung oleh menantu beliau Pak Chu Him .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Pak Njang Izuddin Gajah Mati

Ulamak Keturunan Waliyullah

Al Allamah Al Muhaddith Tuan Guru Haji Pak Njang Izzudin

● Moyang Kepada Moyangnya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi - Ayah Saudara Kepada Wali Songo Syarif Hidayatullah / Sunan Gunung Jati

● Datuk Moyangnya : Wali Allah Lebai Faqih Wan Musa al Fathani - Penyebar Islam & Tokoh Ulamak | Pengasas Pondok Sena , Patani tahun 1560 | Pengarang Kitab Bangsa Melayu Tertua iaitu pada tahun 1598

● Ayah Moyangnya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad al Fathani - Penyebar Islam di Patani | Pembesar Kerajaan

● Moyangnya : Wali Allah Tok Bendang Daya Pertama | Tok Lailatul Qadar | Tok Wan Pa | Syeikh Wan Mustaffa al Fathani - Pengasas Pondok Bendang Daya Patani | Hulubalang Sultan Patani Darus Salam | Berperang Dengan Siam bersama Syeikh Abdus Samad al Falembani , Syeikh Arsyad al Banjari & Syeikh Daud al Fathani

● Datuknya : Wali Allah Tok Bendang Daya Kedua | Syeikh Wan Abdul Qadir al Fathani - Penyambung warisan Pondok Bendang Daya & Mahaguru Bagi Sekalian Wali Allah

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Pak Cik Daud al Fathani | Syeikh Wan Daud al Fathani - Mahaguru Bagi Sekalian Mahaguru

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad Zain al Fathani - Ayah kepada Syeikh Ahmad al Fathani

● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Abdul Latif - Penyebar Islam di Bangkok

● Ayahnya : Wali Allah Pak Chu Him Gajah Mati - Penyambung Warisan Pondok Gajah Mati

● Ayah Saudaranya : Wali Allah al Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah - Guru bagi sekalian Tok Guru kurun ke 20

● Ayah Sepupunya : Wali Allah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Pengarang Kitab Faridatul Faraid | Alim 47 cabang ilmu | Guru bagi sekalian wali Allah hujung kurun ke 19

Nasabnya terus bersambung kepada Rasulullah s.a.w melalui jalur salasiah Sayidina Hussien cucu Rasulullah s.a.w .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Raja Ali Kelana Syeikhul Islam.Johor

Al Allamah Syeikhul Islam Johor Syeikh Raja Ali Kelana al Ahmadi ( 1860 - 1927 )

Nama sebenar beliau ialah Raja Ali Kelana Bin Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi . 5 keturunan sebelumnya merupakan Yamtuan Muda kerajaan Riau-Lingga . Beliau pula tidak sempat menjadi Yamtuan Muda kerana Kerajaan Riau Lingga telah dimansuhkan oleh penjajah Belanda .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Al Allamah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Alim 47 cabang ilmu
2. Syeikh Said Abdullah al Zawawi
3. Syeikh Ismail Bin Abdullah Al Minankabawi

Gelaran "Al Ahmadi" di belakang namanya kerana dinisbahkan kepada mujaddid Thariqat Naqsyabandiyah bernama Sayid Ahmad al-Muzhhar .

Beliau menjadi orang kanan kepada Syeikh Wan Ahmad dalam urusan diplomatik ke Turki . Selepas wafatnya Syeikh Wan Ahmad , beliau meneruskan usaha Syeikh Wan Ahmad dengan menyambung urusan diplomatik tersebut dalam matlamat membebaskan kerajaan Riau Lingga dari penjajahan Belanda .

Raja Ali dilantik menjadi Syeikhul Islam Johor pada sekitar tahun 1910an .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Syeikh Muhamad Nor Kholidi

Al Allamah Arif Billah Syeikh Muhammad Nor al Kholidi | 7 Wali Melayu ( 1874 - 1932 )

Nama beliau terukir sebagai salah seorang dari wali Allah Alam Melayu disamping 6 wali Allah yang lain . Mereka adalah :

1. Al Allamah Arif Billah Tok Ku Paloh
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Hussin Kedah
3. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali
4. Al Allamah Arif Billah Habib Noh
5. Al Allamah Arif Billah Syeikh Said al Linggi
6. Al Allamah Arif Billah Tuan Tulis

Syeikh berasal daripada Penyambongan , Sumatera Utara dan berketurunan Mandiling . Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1884 bersama adik beradiknya seramai 4 orang . Beliau dan adiknya yang juga merupakan seorang ulamak sufi bernama Syeikh Zainal Abidin menetap di Gombak .

Diantara guru beliau ialah Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdul Wahab Rokan Babussalam al Kholidi . Seorang penyebar utama Tarekat Naqshabandiah di Nusantara .

Beliau ialah khalifah tarekat Naqshabandiah yang ke 35 . Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Haji Nurut
2. Syeikh Yahya Laksamana
3. Syeikh Muhammad Tahir - Anak beliau

Syeikh Muhammad Nor merupakan pembuka Kampung Sungai Cincin di Gombak . Tapak tanah kampung tersebut diwakafkan oleh Sultan Sulaiman Shah yang alim lagi warok . Berkat alim , warok dan kezuhudan syeikh, Allah Taala telah kurniakan berbagai bagai nikmat keatas kampung tersebut . Syeikh Muhammad Nor telah berjaya mendidik masyarakat dan membentuk sebuah kampung yang patuh syariat serta mengamalkan tarekat mendekatkan diri dengan Allah Taala .

Syeikh Muhammad Nor selalu berpegang kepada kata-kata, “Cukuplah mati sebagai pengajaran.” Beliau mengukir kalam ini di sekeping duit syiling dan beliau akan bawa duit ini kemana mana sahaja beliau pergi .

Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun dan disemadikan jasad beliau di Kampung Sungai Cincin , Gombak .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak


Tuan Guru Wan Adam Kampung Laut

Al Allamah Tuan Guru Haji Wan Adam Kampung Laut ( 1906 - 1975 )

Beliau dilahirkan di Kampung Laut , Tumpat dan dibesarkan oleh kedua orang tuanya yang alim lagi warak . Datuknya berasal dari Champa, Kemboja yang berhijrah lalu menetap di Kelantan . Ayah dan datuknya dua dua alim ilmu Al Quran .

Diantara guru beliau ialah :

1. Mufti Wan Musa Bin Tuan Tabal
2. Tok Khurasan
3. Tuan Guru Haji Abbas Besut
4. Syeikh Sidi Azhari

Beliau pernah membina sebuah surau di Kampung Laut dimana surau tersebut menjadi tempat beliau mendidik masyarakat tetapi pada tahun 1966 surau tersebut telah musnah kerana Bah Besar . Kerana terlalu sayang pada kitab kitabnya yang musnah didalam bah tersebut , Tuan Guru pernah demam selama seminggu .

Beliau bersahabat rapat dengan beberapa alim ulamak lain dan sering duduk bermuzakarah dengan mereka . Antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Nik Mat Alim Bin Raja Banjar ( ayah Tok Guru Nik Aziz )
2. Tuan Guru Haji Nik Mat Nazir Bin Wan Musa ( anak Mufti Wan Musa )
3. Tuan Guru Haji Nik Wan Mahmud Bin Wan Musa ( anak Mufti Wan Musa )
4. Tuan Guru Haji Nik Hassan
5. Tuan Guru Haji Daud Kedai Kitab
6. Maulana Abdullah Nuh

Tuan guru juga aktif dalam perkembangan PAS dan pernah menjadi pimpinan di peringkat kawasan .

Beliau meninggal dunia pada usia 69 tahun ketika mengerjakan Umrah di Madinah . Jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ba'qi berhampiran dengan kubur Imam Malik r.h .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Himpunan ummah Kedah







Tuesday, March 12, 2019

Ziarah Pondok Sik Baling Kedah 12 Mac 2019

Lawatan Pondok Kedah bersama jemaah kuliah Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar 
Ke Baling dan Sik. 

Alhamdulillah kali ini sempat ziarah
Tuan Guru Rifaee Baling
Pondok Bandar Hilir Sik
Makam Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Sik
Pondok Ustaz Alias menantu Ust Bakar Ibrahim

Kenangan 12 Mac 2019















































ampuni kami