Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, March 17, 2019

Tuan Guru Wan Adam Kampung Laut

Al Allamah Tuan Guru Haji Wan Adam Kampung Laut ( 1906 - 1975 )

Beliau dilahirkan di Kampung Laut , Tumpat dan dibesarkan oleh kedua orang tuanya yang alim lagi warak . Datuknya berasal dari Champa, Kemboja yang berhijrah lalu menetap di Kelantan . Ayah dan datuknya dua dua alim ilmu Al Quran .

Diantara guru beliau ialah :

1. Mufti Wan Musa Bin Tuan Tabal
2. Tok Khurasan
3. Tuan Guru Haji Abbas Besut
4. Syeikh Sidi Azhari

Beliau pernah membina sebuah surau di Kampung Laut dimana surau tersebut menjadi tempat beliau mendidik masyarakat tetapi pada tahun 1966 surau tersebut telah musnah kerana Bah Besar . Kerana terlalu sayang pada kitab kitabnya yang musnah didalam bah tersebut , Tuan Guru pernah demam selama seminggu .

Beliau bersahabat rapat dengan beberapa alim ulamak lain dan sering duduk bermuzakarah dengan mereka . Antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Nik Mat Alim Bin Raja Banjar ( ayah Tok Guru Nik Aziz )
2. Tuan Guru Haji Nik Mat Nazir Bin Wan Musa ( anak Mufti Wan Musa )
3. Tuan Guru Haji Nik Wan Mahmud Bin Wan Musa ( anak Mufti Wan Musa )
4. Tuan Guru Haji Nik Hassan
5. Tuan Guru Haji Daud Kedai Kitab
6. Maulana Abdullah Nuh

Tuan guru juga aktif dalam perkembangan PAS dan pernah menjadi pimpinan di peringkat kawasan .

Beliau meninggal dunia pada usia 69 tahun ketika mengerjakan Umrah di Madinah . Jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ba'qi berhampiran dengan kubur Imam Malik r.h .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami