Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, March 1, 2019

Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang


Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang ( 1904 - 2004 )

Ulamak Kedah yang tutup usia pada umur 100 tahun ini lahir di Kampung Semut Api , Kota Bahru . Sewaktu usianya setahun , ayah beliau yakni Tuan Guru Haji Ibrahim telah membawanya ke Madinah dan tinggal disana hampir 10 tahun . Kemudiannya beliau pulang ke tanah air dan menyambung pengajian ilmu di pondok pondok sekitar Kedah & Kelantan .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Hamid - Tobiar , Pendang ( mengaji 2 tahun )
2. Tuan Guru Haji Salleh - Pulau Pisang , Jitra ( mengaji 3 tahun )
3. Arif Billah Tok Kenali
4. Arif Billah Tuan Guru Haji Umar Nuruddin - Sungai Keladi
5. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
6. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
7. Tuan Guru Haji Ahmad Mannan

Tuan Guru Haji Abdul Aziz merupakan khadam bagi Tok Kenali . Sayang dan kasihnya pada Tok Kenali sehinggakan dia setia duduk mengaji di Pondok Kenali sampai Tok Kenali meninggal dunia . Selepas 40 hari Tok Kenali meninggal dunia , dia pun pulang ke Kedah dan membantu ayahnya  menguruskan pondok .

Beliau memiliki kecerdasan minda yang amat baik . Di usianya yang muda beliau telah hafal banyak mantan ilmu . Antaranya :

1. Al -Ajrumiyyah ( Dihafalnya sejak kecil )
2. Alfiyyah Ibn Malik
3. Jawahirul Maknun
4. Sullam Mantiq
5. Baiquniyah
6. Baqulat

Tuan Guru merupakan Pengasas Madrasah al Falah yang ditubuhkan pada tahun 1960 . Beliau juga telah dilantik sebagai ahli majlis fatwa negeri Kedah dan merupakan ulamak yang paling senior dan paling lama berkhidmat .

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 100 tahun . Diriwayatkan hampir 10,000 jemaah hadir mengziarahi dan menyembahyangkan jenazah beliau . Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim juga hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Ulamak Besar Kedah tersebut . Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Pendang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami