Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, March 3, 2019

Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim Pondok Bandar Hilir Sik


Kenali tokoh ulama Kedah
Almarhum Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Ibrahim Pondok Bandar Hilir Sik.

-Beliau merupakan anak murid Almarhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai.
-Beliau buka pondok Bandar Hilir.
Kehidupan beliau diwakafkan kejalan ALLAH mendidik ummah dengan ilmu agama .

-Beliau wafat setelah beliau khatam mengajar kitab tauhid karangan beliau , setelah mengajar pada hari yang sama rebah di kebun dan beliau wafat .

Beliau wafat pada tahun 2018

Selamat berehat wahai guru , moga tenang berehat di barzakh sana.
Setelah wafat, ALLAH muliakan beliau sehinggakan puluhan ribu kitab beliau tersebar luas dibaca oleh masyarakat. Kitab beliau sangat berkat sebab keikhlasan beliau maka ALLAH muliakan beliau.

Alhamdulillah takdir ALLAH saya sendiri diberi peluang untuk diskusi kitab beliau di Radio Kedahfm setiap Isnin minggu ke 2 dan ke 4 jam 6 petang.

Beliau meninggalkan anak dan menantu yang meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah kepada masyarakat .
Diantara menantu beliau yang buka pondok
1.Ust Ismail Mahmud menantu beliau sebagai mudir di Pondok Bandar Hilir.
2.Ustaz Ilyas menantu beliau buka pondok di Beris Jaya Sik.
3.Ustaz Zamzuri menantu beliau buka pondok Sedim Kulim.
4.Ustaz Nizam menantu beliau buka pondok di Sungai Petani hampir dengan Pantai Merdeka.

Anak lelaki beliau yang khidmat bidang agama:
1 Ust Baqi berkhidmat sebagai penulis khat di Yayasan Restu Selangor
2 Ustaz Mad Ali membantu mengajar di Pondok Bandar Hilir Sik.

Murid dan merangkap cucu menantu
Ustaz Abdul Hadi Jeneri merupakan menantu kepada Mudiri Pondok Bandar Hilir sekarang Ustaz Ismail Mahmud

Moga ALLAH ampun dosa beliau dan Rahmati beliau di alam Barzakh sana.
Moga ALLAH muliakan beliau.
Moga ALLAH rahmati kita dan memberi keberkatan kepada anak istri cucu cicit keturunan kita seperti ALLAH memberkati tuan guru dan ulama yang lain.

Al Fatihah buat
Almarhum Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Ibrahim Pondok Bandar Hilir Sik,Kedah.
Begitu juga
Almarhum gurunya
Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dan begitu juga Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami