Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label Maulidul Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidul Rasul. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

إحياء ليلة المولد النبوي لعام 1435 بمسجد السنة بتيزنيت

حفل المولد النبوي الشريف 1435هـ بحضور أ.د علي جمعة وفرقة أبو شعر بمسجد فاضل

احتفالية ذكرى المولد النبوي الشريف 1435 هـ - 2014م

احتفال المولد النبوي الشريف للعام 1435هـ (آل البيت - فلسطين) - الجزء الأول

لبيك يانور الهدى - المولد النبوي الشريف 1435هـ صنعاء - اليمنMAULID YAMAN 2014

المغرب مراكش أمير المؤمنين حفل ديني إحياء لليلة المولد النبوي الشريف Aid...

Grand Celebration of The birth of Prophet Muhammad - Mawlid 2014

Maulid Nabi Muhammad SAW 1435 H bersama Majelis Rasulullah SAW

Saturday, January 25, 2014

Maulid Akbar Pulau Pinang 2014- malam ini


MAULID AKBAR 2014 PULAU PINANG .
Malam ini di Masjid Kapitan Keling
Jom turun ! Semarak kecintaan buat Rasullah .
Mula jam 5 petang hingga 10 malam










Sunday, January 12, 2014

Rai Maulidur Rasul semai rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w

Terdapat dalil umum daripada al-Quran yang dijadikan hujah ulama membenarkan diadakan sambutan Maulidur Rasul antaranya untuk menggalakkan umat Islam menjadi insan berjaya dengan mencontohi Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah al-A’raf, ayat 157)
Meraikan sambutan Maulidur Rasul juga termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah al-Ma’idah, ayat 12)
Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim)
Semai perasaan cinta
Memperingati dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah SAW juga boleh menyemaikan perasaan cinta kepada Baginda. Kini ramai orang semakin jauh daripada perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim)
Saidina Umar al Khattab berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda SAW berkata: Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri. Saidina Umar berkata: “Demi Allah SWT, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda SAW berkata: Sekarang wahai Umar.” (Riwayat Bukhari)
Tiada salahnya meraikan sesuatu perayaan kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut mengenai hari kebesaran. Semasa datang ke Madinah, Nabi Muhammad SAW mendapati orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu 10 Muharam.
Nabi SAW bertanya: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura? Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan bila mana Firaun dikaramkan dan Musa dibebaskan. Kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Rasulullah bersabda: Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Salafussoleh juga menyambut Maulidur Rasul. Mantan Mufti Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah berkata: “Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke-4 dan ke-5 merayakan peringatan maulid Nabi SAW yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al-Quran, berzikir, melantunkan puisi dan puji-pujian mengenai Rasulullah.”
Justeru, tidak perlulah kita mempertikaikan sama ada boleh atau tidak meraikan sambutan Maulidur Rasul sebaliknya bersama melakukan sesuatu yang baik supaya umat Islam sentiasa mencintai Nabi Muhammad SAW. Pastikan pengisian majlis akan mendekatkan hati kita dengan Baginda.

Banyak selawat rapati Rasulullah s.a.w di akhirat

DARIPADA Ubai bin Kaab, katanya: “Adalah Rasulullah pabila sampai satu pertiga malam, baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?
Baginda menjawab: Seberapa banyak kamu kehendaki. Aku bertanya lagi: Satu perempat? Beliau menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika separuh? Baginda menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika dua pertiga? Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepadamu? Baginda menjawab: Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu.” (Hassan)
Rasulullah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian umpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk termasuk berlaku bencana. Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian ditentukan Allah bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah sepanjang masa dan berdoa dijauhi daripada bahaya serta bencana menimpa.
Orang yang banyak berselawat adalah yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan akan diperkenankan Allah di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya.
Sesungguhnya arahan Rasulullah supaya umatnya memperbanyakkan selawat juga disertai dengan suruhan tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangan-Nya

Wednesday, March 6, 2013

Kenangan Siri Jelajah Maulidur Rasul 1434 bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa

Majlis Maulidur Rasul SAW 1434 bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa 
Kenangan sebahagian dari 23 tempat siri jelajah Maulidur Rasul 1434 bersama Tok Guru Hj Salleh Musa Sik
Gambar-gambar kenangan siri jelajah Maulidur Rasul 
sekitar bulan Januari  dan Febuari 2013

Maulid Peringakat Madrasah Ar Rahmaniah 





Maulid di Pulau Pinang
 Maulid di Jabi Kedah
 Maulid di Kampung Raja Sungai Petani


 Maulid di Bandar Languna Merbok
 Maulid di Pengkalan Lebai Man Sungai Petani
 Maulid peringkat Daerah Sik

 Maulid di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah


 Maulid di Taman Selasih Kulim Kedah
 Maulid di Tanjung Pari Baling Kedah


Wednesday, January 23, 2013

mawlid with sayyid muhammad alawi al-maliki (ra)

Qasidah Burdah - قصيدة البردة‎ - Imam Busiri r.a - Yemeni | NaushahiSil...

al-Habib al-Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Makki: Raikanlah Maul...

Salam Maulidur Rasul SAW 1434H - Helmi Assyafie

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H
IKHLAS DARI 
HELMI ASSYAFIE
 (PONDOK AR RAHMANIAH , SIK)
Moga kita semua mendapat taufiq dari Allah SWT dan moga Allah hidupkan hati kita dengan penghayatan Maulidur Rasul pada tahun ini . 
Maulidur Rasul disambut dengan penuh kesyukuran . Allah SWT memberi satu nikmat yang paling besar dengan melantik seorang kekasihnya 
yang bernama Muhammad SAW .
Disebabkan Rasulullah SAW kita sebagai ummat baginda dapat mengenal Allah , kenal hukum Allah , dengan sebab Nabi juga kita mendapat kejayaan hakiki iaitu Syurga dan dengan sebab Rasulullah kita selamat dari neraka . Oleh kerana itu marilah kita merayakan hari Maulidur Rasul tanggal 12 Rabiul Awal tahun 1434 ini dengan penuh penghayatan rasa Cinta Rasul dan menghayati ajaran Rasul . Marilah kita menyeru keluarga kita , masyarakat kita kepada Ilmu untuk mengenal Allah , ilmu syariat dan akhlak supaya kita menjadi hamba Allah dan Umat Rasul yang benar-benar mendapat kejayaan mutlak iaitulah keredhaan Allah 
Perayaan Maulidur Rasul Merupakan Bidaah Hassanah yang sangat dituntut kita peringati .
Tetapi 
Jangan kita sambut dengan tiada penghayatan dalam erti kata lain sambut sebagai satu acara adat sahaja tanpa roh penghayatan .
Jangan sambuat Maulid seharian sahaja setelah itu kembali derhakakan Allah , sambutan seperti ini tiada nilai  disisi Allah ! 
IKHLASKAN NIAT , SYARAT UNTUK MENDAPAT PAHALA 
jika sambut Maulid dengan hati yang penuh Riya , inginkan nama , inginkan kepujian penuh dengan dosa hati sudah tentu tidak akan terhasil pahala . Begitu juga jangan dicampur adukkan antara Muslimin Muslimat dalam perayaan yang kita anjurkan ,muslimin muslimat mesti diasingkan  , sambut dengan sausana penuh beradab barulah terhasil pahala Maulid , jika tidak sambutan kita sia-sia tidak mendapat ganjaran pahala hanyalah dapat letih dan buang masa . 
JANGAN SAKITI NABI dengan perkara yang Nabi tidak suka !!!
Marilah kita dalami Ilmu agama supaya amalan kita diterima Allah.
Ramai kita sudah rasa Islamnya sudah sempurna Imannya sudah ok , tetapi jika kita dalami ilmu agama kita akan tahu sipa kita dan dimana tahap kita ......
Renungan buat diri , keluarga , sahabat yang mengenali dan ummah umumnya .
SALAM MAULIDUR RASUL 1434 
 .


Maulid Ad-Daiba'i

ampuni kami