Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, January 2, 2019

Tuan Guru Haji Yahya Toha Kupang Baling

Al Allamah Tuan Guru Haji Yahya Kupang ( 1906 - 1959 )



Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Yahya Bin Muhammad Thaha dan dilahirkan di Kupang , Baling . Beliau dari susur galur Patani . Datuknya yang bernama Syeikh Idris berasal dari Patani .

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa tokoh ulamak yang terkenal dan alim pada maqam ilmu mereka iaitu :

1. Tuan Guru Haji Yahya @ Ilyas
2. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Awang Besar , Kampung Jerai
3. Tuan Guru Haji Ya'kub Bin Abdurrahman , Sik
4. Al Allamah Syeikh Wan Daud Bin Syeikh Wan Mustaffa al Fathani ( Bapa Saudara kepada Pak da Eil , Pak Cu Him & Syeikh Wan Ahmad al Fathoni )
5. Tuan Guru Haji Yahya Raman al Fathani ( Menantu Tok Yaman al Fathani )
6. Syeikh Nur Bin Syeikh Nik Mat Kecik
7. Pak Da Eil ( Pengarang Kitab Bakuroh Amani )
8. Syeikh Mukhtar 'Atarid Bogor
9. Syeikh Ahmad Ahyad Idris Bogor
10. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Ulamak Fiqh 4 Mazhab )
11. Sayyid Alawi Bin Sayyid Abbas al Maliki al Hassani
12. Syeikh Muhammad Arabi

Dan diantara teman seguru beliau ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdurrahman Haji Abdullah , Merbok
2. Tuan Guru Haji Hussin Haji Soleh , Langgar
3. Tuan Guru Haji Awang Embun Haji Umar , Kupang
4. Sohibus Samahah Mufti Haji Muhammad Nor Ibrahim , Kelantan
5. Tuan Guru Haji Daud Said , Tumpat
6. Al Allamah Tok Dala al Fathoni
7. Tuan Guru Haji Abdullah Haji Wan Musa , Kubang Pasu
8. Syeikh Abdul Aziz Bin Haji Ahmad Awang Besar , Kupang ( Qodhi Besar Kedah )
9. Al Musnid Dunya Syeikh Yassin Isa al Fadani

Beliau telah membuka sebuah pondok di Kupang yang diberi nama Pondok Kampung Pisang ( kini digelar Yayasan Khairiyah ) pada tahun 1936 . Antara anak murid beliau yang telah membesar menjadi seorang ulamak hebat ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi , Pondok Lanai
2. Tuan Guru Haji Wan Embun , Ijok
3. Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf , Betung
4. Syeikh Haji Hassan Rasyid
5. Tuan Guru Haji Ismail Haji Ali , Jempol

Antara peribadi beliau yang amat dikenali ramai ialah sikapnya yang tegas dan berani berdepan dengan musuh sehingga digeruni oleh pihak Komunis ketika itu . Beliau telah mengetuai penduduk menentang Komunis dan berjaya menghalau mereka keluar dari daerah Baling , Kroh , Grik & Batu Kurau .

Disebabkan komunis ni terlampau takut dengan beliau , mereka sering melihat beliau dimana mana dan kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan bimbang . Ini adalah karomah yang Allah Taala kurniakan pada Tuan Guru Haji Yahya Kupang .

Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah isterinya dan dikebumikan di Masjid al Huda , Kampung Hangus .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami