Saya diminta ulas kisah Saidina Umar semalam , jadi saya fokus pada istilah Wara'.
Wara' atau berhati2 dalam melaksana syariat atau patuh , taat pada perintah agama.
Orang yang sempurna iman mesti wara.
Masyarakat kita selalu silap istilah Wara' , ramai yang faham wara ini beadab tinggi , seperti tidak tidak cakap banyak , pemalu dan lain2 . Ini tidak tepat kerana takrif Wara itu sangat2 mengikut hukum hakam , sangat halusi dalam mengikut hukum atau sangat berhati2 dalam melaksana perintah syara .
Maka orang yang wara akan membentuk kehidupan seharian dengan bersyariat . Hatinya beriman penuh dengah ALLAH dan RASUL , menjaga hatinya dari sifat2 keji yang diharam ALLAH , kehidupannya mengambil kira soal HARAM , HALAL , WAJIB dan sebagainya .
Maka andai orang yang mengikut syariat ini barulah dinamakan wara walaupun kita Andai kita lihat dia itu macam nakal, tetapi apabila dia jaga dan ikut hukum ALLAH , yang diharam dia tinggal maka dia layak dipanggil wara .
ANDAI DIA NAMPAK BERADAB , lembut kelakuan , tidak banyak bercakap dan lain2 tetapi andai meninggalkan kewajiban agama , buat perkara haram maka orang ini layak digelar 'WARA KUCING' nampak baik sebelum mencuri lauk .
TIDAK BOLEH DAPAT HAKIKAT WARA KECUALI KENA MENDALAMI DAN MENGHAYATI ILMU FEKAH .
Dan tidak boleh laksana dan hayati fekah kecuali kena ada pada diri seseorang TAUHID dan TASAUF...
Merebut kelebihan menjadi umat berilmu
1 day ago
No comments:
Post a Comment