Wednesday, April 21, 2010
HIKMAH DALAM DAKWAH !
TN GURU HJ SALLEH TOKOH DAKWAH KEDAH PERLU DICONTOHI SEMUA PENDAKWAH ,SANGAT TEGAS
TERBUKA DAN MUDAH DIDEKATI UMAT . INI ULAMA SEJATI HARAPAN UMMAT !
BERANI BERJUANG DAN KUAT MENENTANG KEMUNGKARAN DALAM NEGARA ,AKTIF BERDAKWAH
DAN TIDAK TINGGAL PERJUANGAN POLITIK .
BELIAU ULAMA KEBANGGAN UMMAT .
SANGAT MATANG DAN MENDIDIK SAYA DAN MURID LAIN JADI MATANG
Saya menyeru para pendakwah dan ilmuan agama , kita perlu berhikmah dalam dakwah .
Kalu main kutuk , tuduh tanpa asas, tak boleh bawa bincang , sukar didekati bagaimana masyarakat akan terima dakwah kita ?.
Perbuatan ini akan buat orang lebih jauh dari dakwah .
Dakwah tidak mungkin diterima andai kita sesama ahli dakwah berbalah tanpa hikmah .
Tidak hairan masyarakat sekarang jauh dengan agama kerana ahli agama tidak hikmah !
MASYARAKAT DAN UMAT AKAN MENILAI KITA !
Masyarakat akan tolak kita atas alasan jumud dan tidak boleh bawa bincang dan tidak memahami mereka .
Jadi saya sarankan kepada semua pendakwah jika nak berbahas atau berhujah jauhi maki hamun , jauhi perkataan kesat . Kita berhujah untuk mendapat keputusan yang tepat dan terbaik mengikut ahli sunnah wal jamaah .
Jadi kiata jangan main tuduh , nak keluarkan sesuatu kena fikir dulu , perlu kesahihan yang tepat .
Jangan main kufurkan oran tanpa dalil yang nyata , tanpa berbincang dengan orang yang kita tuduh .
Bahaya takut tuduhan itu kembali kepada kita .
Kita perlu terbuka , jangan terpengaruh , jangan taksub , kita perlu mengkaji dengan teliti .
Para pendakwah perlu MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW yang hikmah dan tawaduk sentiasa merendah diri . Jangan kerana sedikit ilmu didada , semau orang kita salah , semua sesat , kita dan kumpulan kita ja betul , ini salah .
Saya orang muda berdarah panas juga , tetapi kita perlu kawal dengan akal bukan berhujah dengan nafsu .
Ilmu yang kita pelajari sebagai pedoman dalam berhujah bukan semangat .
Pendakwah perlu berlemah lembut merayu umat kembali kearah kebaikan ,bukan memaki hamun dan mengata yang kesat .
Yang salah tetap salah .
Kita perlu membetulkan perkara yang salah , tetapi andai kita tidak hikmah , umat akan menolak dakwah kita .Kita tidak dapat membetulkan yang salah bahkan yang salah akan buat lebih salah kerana kita yang tidak hikmah.
Masyarakat akan menilai dan mereka akan menghukum !
Kalau kita betul pun tetapi kita tidak pandai menjiwai umat maka mereka akan menolak kebenaran dakwah kita .
Maka tidak hairan ajaran2 sesat lain mendapat pengaruh jauh lebih besar dari ahli sunnah aliran as saariah kerana ini kelemahan kita dan perlu diperbetulkan .
Kita perlu kukuhkan ahli sunnah bukan berpecah .
Kita kena terima kebenaran walaupun benda itu baru dan tidak terpesong dari syara .
Jangan tolak yang benar , rugi kita kelak dengan sikap kita yang tidak membina .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment