Gambar hiasan :
Guru mulai Tn Sheikh Nuruddin tengan menyampaikan nasihat. IKUTU JALAN YANG LURUS!
Dengarlah nasihat ulama , hayatilah dalam kehidupan.Mudan kita semua selamat di
Akhirat Aminn
Umat sekarang sangat leka , lalai dan sedang mabuk dengan pengaruh dunia . Nikmat akal sudah tidak diguna lagi kerana akal sudah dipimpin oleh hawa nafsu amarah yang inginkan keseronokan.
Saya nasihati diri saya dan semua saudara jangan kita terlalu lalai dengan keseronokan dunia .
Mungkin sebentar lagi kita dijemput ALLAH . Sudahkah kita bersedia ?
Adakah tanggungjawab kita sudah selesai?
Ilmu fardhu ain adakah sudah selesai ?
Sudahkah kita melaksana syariat dalam kehidupan ?
Sebagai hamba adakah kita sudah bersiap sedia menghadap ALLAH ?
Adakah kita yakin kita dapat jawab soalan malaikat?
Adakah kita ini sudah rasa kita sudah menjadi hamba Allah ?
ALLAHUAKBAR!!!
Disamping kita meneruskan kehidupan kita mesti sentiasa diingat bahawa ada satu lagi negeri yang bakal kita terokai iaitu negeri AKHIRAT yang KEKAL .
Adakah berbaloi andai maksiat yang kita rasa seronok sementara ini dibalas dengan neraka selama2?
Semua orang ada salah . Mari kita bertaubat .
Yang lepas lepas lah , mari kita buka buku baru .
Hidup didunia tidak lama .
Didunialah penentu sama ada kita memilih jalan bahgia atau celaka di Akhirat?
Marilah kita kembali pada agama.
Tuntutlah ilmu kerana ia kejawiban setiap hamba .
Taubatlah dari dosa dan jangan diulang lagi .
Ingat tanggungjawab , sayanglah diri , INGATLAH ALLAH .
Solat jangan sekali2 kita tinggal , andai terluput maka qada dengan segera .
Jalanilah kehidupan berteras SYARIAT dan perlu kita mempelajari dan menghayati TAUHID, FEKAH DAN TASAUF dalam kehidupan kita sebagai hamba .
Rancangalah dan bertidaklah segera untuk kebaikan kita sendiri .
Perbetulkan hati kita dengan ALLAH .
Jangan kita syirikan ALLAH sama sekali dalam kehidupan dalam ibadah .
JANGAN KITA RASA BANGGA DENGAN PENCAMPAIAN SEMENTARA DUNIA KITA ANDAI KEWAJIBAN AGAMA DITINGGAL .
Boleh kita banga dengan dunia dengan syarat menjadi wasilah kepada akhirat.
Jangan kita leka dengan kebahagian keluarga , andai tidak melaksana hukum Allah , tanggungjawab kepada keluarga kita akan didakwa di Akhirat .
Setiap individu mesti menyedari perkara ini .
No comments:
Post a Comment