Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, April 10, 2010

TN GURU HJ SALLEH MUSA (SIK)-MERUPAKAN ULAMA KEDAH YANG PALING BERPENGARAUH SEKARANG

ALHAMDULILLAH KEDAH MASIH ADA PERMATA YANG MAMPU MENERANGI SAUSANA YANG HAMPIR GELAP . REBUTLAH PELUANG INI SAUDARA KU , JANGAN KITA MENYESAL NANTI !.


TUAN GURU HJ SALLEH MERUPAKAN ULAMA PONDOK DAN HARAKI . GIAT BERDAKWAH WALAUPUN UMUR SUDAH MENGJANGKAU 84. USIA BUKAN PENGHALANG DAKWAHNYA .



SIAPA TN GURU HJ SALLEH YANG SAYA KENALI ?
Saya bukan promot Tuan Guru yantg saya kasihi , tetapi ingin memenuhi permintaan saudara dan rakan saya yang ingin mengeneli tokoh ulama yang mashur di Kedah khususnya dan di Malaysia amnya sebagai ULAMA TAUHID . Dan bukan saya taksub pada beliau , kerana guru saya ramai seperti Syeikh Nuruddin Al Banjari , Baba Husein Fatani , Baba Karim Fatani dan ramai lagi yang tidak perlu dinyatakan disini, maknanya saya bukan taksub pada guru , semua guru saya hebat .Tapi sayan ingin mefokuskan Tn Guru Hj Salleh Musa terlebih dahul.

Sebagai murid dan sebagai anak angkat beliau saya merasa tanggungjawab untuk menceritakan sedikit latar belakang Tuan Guru yang saya kenali untuk tatapan umum kepada seluruh muridnya yang mengasihi beliau dan untuk diteladani.

RASULULLAH BERSABDA
"ULAMA PEWARIS KU , SIAPA YANG MEMULIAKAN ULAMA MAKA SEPERTI MEMULIAKAN AKU DAN
SIAPA YANG MEMULIAKAN AKU MAKA DIA MEMULIAKAN ALLAH "

"SIAPA YANG KASIH PADA KU , MAKA DIA BESERTA KU DILAM SYURGA"

MUDAHAN KITA BERSAMA ULAMA DAN ANBIA SERTA RASUL2 DI AKHIRAT AMIN...

TN GURU merupakan tokoh ulama yang paling berpengaruh di Kedah , ribuan murid yang mendapat tarbiah beliau . Tn Guru sangat aktif menyampaikan dakwah di pondok , di masjid2 seluruh daerah Kedah dan ada juga di kawasan utara Pulau Pinang .
Beliau sebagai ulama pondok dan ulama haraki yang menyampaikan dakwah dimana2 sahaja beliau pergi . Jadual hariannya sangat padat dengan dakwah dan kemasyarakatan .

Beliau sangat tegas dan mudah didampingi . Ilmu yang diajarnya sangat ditil atau halusi. Gaya penyampaian yang jelas, terang dan mudah, menyebabkan seluruh murid dan termasuk saya sangat2 tertarik. Suakar kami meninggal kelasnya, jika tertinggal satu kelas pun dah rasa sangat2 rugi kerana penyampaianyan sangat berharga buat kami .
Beliau sangat menekankan fardhu ain lebih2 lagi ilmu tauhid dan fekah selain tidak meningglkan pelajaran tasawuf. Kami murid pondok ditekan dengan ilmu alat lain seperti nahu, saraf , usul fiqah , usul tafsir . Tn Guru sangat mahir ilmu serjarah Islam dan pandai bercerita yang membuatkan kami tidak bosan belajar. Selain hadith beliau sangat mahir faraid. Setiap murid yang mengikuti kuliah secara istiqamah beliau akan asuh hingga dapat berdakwah . Termasuk saya yang menuntut disitu bermula dari 2004 hingga sekarang (2010) diasuh untuk berdakwah dan melibatkan diri dalam masyarakat . Kami dipondok bukan sahaja diajar ilmu agama bahkan segala kemahiran seperti bertukang , berkebun , memasak , memimpin majlis2 dan lain2 .

Beliau sangat menghargai jasa gurunya . Beliau sangat mementingkan adab dengan guru .
Selain itu beliau sangat2 tegas, apa yang tidak kena dengan hukam maka beliau tidak teragak2 membetulak dengan segera .

Beliau sangat mengambil berat soal politik tanah air. Beliau kuat berjuang demi memastiakan agama dan dakwah berkembang di negara kita ini . Politik sangat2 diberi perhatian . Harakah , utusan , siasah , keadilan , sinar mesti 2 akhbar dibaca oleh beliau dalam masa sehari . Sungguh padat masanya . Dakwah , mentadbir pondok , politik , kemasyarakatan dan lain2 lagi mesti dilaksanakan beliau sebagai seorang ulama yang aktif . Hubungan beliau dengan pimpinan PAS Pusat sangat akrab lebih2 lagi dengan kerajaan negeri Kedah . Pimpinan PAS kawasan , negeri dan ada juga pimpinan PAS pusat mengambil beliau sabagai penasihat . Dato Seri Anwar pun seringkali bertemu tn guru mendapatkan nasihat dan doa. Setiap kali pilihanraya sama ada pilihanraya besar atau kecil mesti tn guru membelanjakan wangnya sendiri untuk berjuang dan memberi sumbangannya kepada kami muridnya yang bertugas dalam parti.

Dalam mentadbir pondok beliau sangat hikmah . Saya selaku setiausaha sangat mudah dengan caranya yang hikmah . Seluruh ajk akan bersatu atas dasar kerana ingin membantu tn guru mengembangkan Agama Allah.

Dalam keluarga pula beliau tegas dan penyayang .Kami makan berjemaah .Kebersihan dan kekemasan dititik beratkan . Adab sangat tinggi . Jika ada tetamu ,kami mesti menghormati dan melayan tetamu dengan baik . Setiap tetamu yang datang mesti tidak ketingalan dapat minum "syahi Makkah"(teh).

Dalam masyarakat pula beliau sangat dihormati baik kawan dan lawan . Penduduk kampung sangat2 bergantung pada beliau terutamanya dalam hal kematian , kenduri dan lain2. Selain itu tn guru sangat sibok untuk melayan tetamu yang datang untuk mengambil air jampi yang didoa beliau, dalam pelbagai hajat dan masalah mereka .

ALLAHUAKBAR !!!
Ulama sebagai permata yang menyinari bumi sangat2 hebat , akhlak , keterampilan , wara mereka , semangat juang mereka sangat tinggi tidak dapat kita tandingi mereka .

Banyak lagi ceritanya tetapi ini hanya gambaran yang sedikit sahaja untuk kali ini . Insyallah akan saya susuli kemudian .

5 comments:

  1. Jumaat lepas ana pi dengar kuliah beliau. Ana buat recording video. Habis kuliah dia panggil ana. Tanya ana buat video ni nak jual ke? Ana jawab tak. Just nak share kat blog je. Dia setuju.
    Mungkin ada org pernah menipu TG dulu kot?

    ReplyDelete
  2. ya .hehe , tn guru tak suka vdio beliau masuk internet , bukan cara belaiu

    ReplyDelete
  3. Salam...

    ingin bertanya...ramai ke anak angkat Tok Guru?
    Adakah Tok Guru juga terlibat dalam rawatan perubatan islam lebih-lebih lagi rawatan sihir/gangguan jin?

    baru-baru ini jiran saya dirawat oleh seorang ustaz sudin yang katanya merupakan anak angkat Tok Guru. Jadi saya inginkan kesahihannya.

    Harap dapat membantu.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. saya nak buat pbs mengenai sejarah tokoh dan saya nak pilih tok guru hj salleh sebagai tokoh pbs saya...saya nak tnya..di manakah kediaman tok guru hj salleh dan adakah beliau seorang yang mudah memberi kerjasama jika saya ingin menemu ramah beliau? hrap dapat respon..terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam..
    blh bagi tahu tak bila pondok TG dibina..dan gmbar2 pondok TG yg lama..
    dan sejarah2 lain mengenai pondok TG..terima kasih

    ReplyDelete