Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, April 5, 2010

SYEIKH WAN ISMAIL (Pak Da Eil)- ULAMA TAUHID YANG DISANJUNGI


Sheikh Ismail Al Fathani adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al Mukaramah .
Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang mashur di Makkah .
Ramai muridnya yang menjadi Tn Guru yang mengajar di Makkah dan juga di tanah melayu Malaysia , Indonesia , Fathani dan lain2.
Sheikh Ismail merupakan guru kepada beberapa tokoh ulama dalam MASJIDIL HARAM diantara muridnya yang merupakan ulama mashur adalah SYEIKH ABDUL QADIR MANDILI , SYEIKH YASIN AL FADANI . Sheikh Ismail juga sentiasa menjadi rujukan kepada ulama muktabar di Makkah terutamanya Syeikh Muhssin , Syeikh Ahyad , Syeikh Karim Banjar , dan ramai lagi ulama lain yang berguru dengan beliau. TN GURU HJ SALLEH MUSA (SIK) merupakan salah seorang muruid beliau yang sangat rapat dengan beliau .

Saya ingin fokus soal tauhid sifat 20 terlebih dahulu supaya kita tidak keliru dan tidak terpengaruh dengan dakyah sesat yang dibawa oleh sesetengah individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab .

TAUHID SIFAT 20 ADALAH SAHIH SANADNYA DARI ULAMA MUKTABAR AHLI SUNAH WAL JAMAAH .
Tauhid ini adalah tauhid yang RASULULLAH SAW ajar kepada PARA SAHABAT R.D
manakala diturunkan kepada ULAMA SALAF manakala turun pula kepada ULAMA KHALAF hingga sekarang .

Tauhid ini dibukukan atau dikitabkan oleh IMAM AS SYEIKH ABU HASSAN AS SYAARI DAN IMAM SYEIKH ABU MANSUR MATURIDI . Tetapi isinya masih sahih seperti yang diajar RASULULLAH . NAS AL QURAN HADITH yang mesti diterima pakai dalam bahasan tauhid sifat 20 .

Jadi tuduhan sesat , salah pada Tauhid sifat 20 dan menyalahkan dan mensesatkan bahkan mengkufurkan ulama ini adalah jenayah dosa besar yang perlu umat sedari dan jangan sekali2 terpengaruh dengan mereka yang ingim membatalkan sifat 20 . KITA PERTAHANKAN TAUHID SIFAT 20 BERSAMA ULAMA .

DIANTARA MEREKA YANG MENENTANG TAUHID SIFAT 20-
USTAZ RASUL DAHRI
USTAZ SR ASRI ZAINAL ABIDIN (MANTAN MUFTI PERLIS)

No comments:

Post a Comment