Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, April 1, 2010

RAMAI YANG BELAJAR AGAMA TETAPI TIDAK DAPAT MERASAI KEMANISAN BERAGAMA ...MENGAPA? DIMANA TIDAK KENA?

Ramai yang belajar agama sekarang tetapi gagal membawa SYARIAT dalam kehidupan .
Belajar hukum hakam fardhu ain tidak dapat bawa dalam kehidupan , belajar agama tetapi hati makin terok , kelakuan makin celaru , tindak tanduk lebih terok berganda, lagi suka perkara maksiat , masih tidak merasa apa2 apabila meninggal kejawiban agama , tidak rasa bersalah buat yang haram . Mengapa begini ?
Ramai yang keluar negara mendalami ilmu agama , ke pondok tetapi dimana pelajar2 agama? Dimana pelajar agama , mana jasa mereka pada agama ?
Makin mengaji tetapi hanya nak menyalahkan orang , menuduh orang , dengki dengan orang , tuding jari dia wahabi ,dia syiah , dia fasiq tanpa melihat diri terlebih dulu ...
Mengapa begini, mana yang tidak kena ?

DIDALAM KITAB ADAB PENUNTUT "PELITA PENUNTUT" atau kitab Arab "TAKLIMU TAALIM" ada menyebut, diantara punca pelajar ilmu tidak dapat hasilan ilmu adalah kerana tidak mematuhi adab menuntut ilmu .

Diantara adab yang tertinggi adalah niat kita . Andai kita salah niat maka pasti akan gagal , sia2 tidak dapat pahala dan terlebih celaka kita akan rosak , ilmu yang ada tidak menafaat bahkan akan jadi hujah dakwaan melaknat kita dihadapan ALLAH . Niak yang betul adalah BELAJAR AGAMA KERANA KEJAWIBAN KEATAS DIRI KERANA ALLAH DAN NAK AMALKAN ILMU ITU .
Andai niat tersalah seperti menuntut kerana ingin tahu semata2, nak berhujah dengan orang , nak kemegahan ,nak dapat habuan dunai maka yakinlah pasti akan gagal . Andai dia mencapai cita2 dunai maka tiada berkat , hati , kehidupan tidak aman kerana tiada keberkatan.

DIANTARA ADAB MENGHORMATI GURU...
Menghormati guru , menjaga adab2 dengan guru . Metaati apa perintahan guru yang tidak bertentangan dengan syara. Diantaranya berkhidmat menolong guru menyelesaikan tugasan yang munasabah kita tolong , kasih kepada guru dan lain2 . Hormati guru adalah adab yang sangat dititik berat seperti IMAM SYAFIE menghormati orang yang mengajarnya satu kemuskilan beliau ,dan IMAM SYAFIE mengaku orang itu sebagai gurunya . Selain itu IMAM SYAFIE tidak pernah menghala kaki beliau kearah rumah guru sewaktu beliau tiduk kerana menghormati Tn Guru beliau .

MEMULIAKAN KITAB AGAMA ...
Adab untuk mendapat berkat ilmu perlu memuliakan dan menghormati kitab .
Kitab diletak ditempat selayaknya, sebaiknya ditempat khas .
Sebaiknya semasa hendak memegang kitab berwhuduk terlebih dahulu . Tidak mencariakan kitab tersebut , membuat catatan yang terbaik didalam kitab sebagai tanda memuliakan kitab . Sebaiknya semasa membawa kitab itu , kita letak kitab di dada kita sewaktu berjalan dan manakala waktu belajar letakan kitab itu atas meja atau hamparan sejadah dan sebagainya .

MEMULIAKAN PENUNTUT ILMU SESAMA RAKAN
Memuliakan penuntut sesama kita , jangan jahat sengka pada seseorang kerana kita tidak tahu yang mana salah satu dari sahabat kita adaklah kekasih ALLAH .

MENGATUR LANGKAH BELAJAR
Perlu mendahului ilmu asa fardhu ain terlebih dahulu maka barulah mendalami ilmu lain . Jika ingin mendalami ilmu alat seperti nahu saraf dan lain2 maka carilah yang asas dulu jangan kita terus pada kitab besar lagi sebelum menguasai apa2 maka akan keliru dan cepat bosan dan patah semangat...

No comments:

Post a Comment

ampuni kami