MALAYSIAKINI hari ini melaporkan ASRI AKAN DISIASAT JAIS. SEMUA ADA HIKMAH. MUDAHAN ALLAH MEMBERI HIDAYAH PADA ASRI, JANGAN SESATKAN ORANG TANPA USUL PERIKSA LAGI .
JAIS akan siasat Asri mengenai dakwaan beliau mengatakan ada seorang tokoh agama yang dakwa aliran ahli sunah wal jamaah mengadakan upacara meludah air liur di salah sebuah masjid di Selangor .Asri akan diambil keterangan ustaz mana ? nama apa? masjid mana yang telah diadakan upacara meludah air liur untuk mendapat kerbekatan itu ?
Elok juga Asri disiasat , rakyah dapat pendedahan antara Ahli Sunah Wal Jamaah yang sahih mengikut salaf dan wahabi yang berpura mendakwa mereka mengikut salaf .
Memang tidak ada kerja lain Asri , hanya menyalahkan orang . Ulama buat ada tempat ambilan . Soal air liur , atau jampi ini telah ada zaman sahabat RASULULLAH . Apa salah kita berikhtiar YANG MELEGAKAN HANYALAH HAK MUTLAK ALLAH ,kita hanya memohon kepada ALLAH . Kalau air jampi , atau ludah ASRI tidak izinkan kerana takut syirik maka saya mahu penyatakan kepada Asri jangan kamu makan ubat hospital andai sakit atau demam ! Samalah dengan air jampi hanya untuk ikhtiar.RASULULLAH SAW pernah meludah atas kaki SAIDINA ABU BAKAR semasa beliau trkena gigitan berbisa dalam GUA T'SUR SEMASA LARI NAK BERHIJRAH KE MADINAH . Asri pakailah pendapat ulama , jangan rasa pandai dan hebat nak tajdid pemikiran, kamu fardhu ain pun tak selesai lagi,tauhid pada Allah pun tidak selesai, kamu pertikai tauhid sifat 20 pada hal itu kewajiban atas tiap2 muslim . Jangan tunjuk hero menyesatkan ulama terdahulu . Ulama dulu jauh lebih takut kepada ALLAH dan jauh lebih wara dan sangat hampir hubungan dengan ALLAH .
Diharap dengan sisiatan ini masyarakat lebih tebuka dan dapat membeza yang mana betul dan salah .
Asri perlu dalami lagi ilmu AQIDAH , saya saran ASRI dan RASUL DAHRI datanglah berguru dan dalami dulu TAUHID dengan ulama ahhi tauhid iatu yang dimasukan Tn Guru Hj Salleh Sik . Saya sedia berkhidmat menyediakan tempat untuk 2 tokoh ini .
Asri dan rakan2 suka hukum umum , ini tidak betul . Hukum pada pesalah cukup. Ini individu buat salah maka semua ulama disesatkan . Bagus dia nak jaga dari syirik tapi fokus pada aqidah dan individu cukup , jangan serang jemaah ini salah!
No comments:
Post a Comment