Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, April 3, 2010

SAIDINA UMAR R.D SANGAT WARA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN BERSYARIAT , PERLU KITA HAYATI!!!


SAIDINA UMAR AL KHATAB R.D
sangat2 menitik beratkan soal hukum .
Sangat2 wara dalam hukuman .
Pada satu hari anak beliau diperdaya, diperangkap oleh seorang dara yahudi .
Anakandanya bernama Ubaidillah pemuda soleh , sangat baik akhlak telah diperdaya oleh seorang perempun yahudi yang masih dara ,dengan menjemputnya kerumah beliau.
Sebagai pemuda , maka Ubaidillah pergi .
Apabila tiba dirumah perempuan itu , maka perempuan itu menghidangkan air minuman .
Lalu pemuda yang berhati lurus ini minum tanpa syak .
Rupa2 air itu adalah arak .
Setelah minum dan mabuk ,Perempuan Yahudi yang masih dara itu mengoda Ubaidillah supaya berzina dengan beliau .
Perempuan itu meadukan perkara ini kepada SAIDINA UMAR R.D
Saidina Umar menerima laporan dengan baik , lalu SAIDINA UMAR sendiri akan menjalani siasatan terhadap tuduhan kepada anaknya .

SAIDINA UMAR pemimpin bijak , hikmah tidak terburu2 menghukum dan tidak mudah mempengaruhinya .
Saidina Umar panggil anaknya Ubaidillah makan bersama . Saidina Umar meminta isterinya menyediakan masakan yang sedap yang digemari anak mereka .
Isteri Saidina Umar menurut perintah . Makanan tersedia , maka Saidina Umar minta makan secara jemaah .
Saidina Umar sangat melayani anaknya yang bernama Ubaidillah dalam majlis santapan bersama itu . Saidina Umar kata "makan nak , makan banyak ye ayah sayang kamu" anaknya makan dengan tenang dan apabila makanan hampir habis Saidina Umar tambahkan lagi untuk anaknya , maka Ubaidillah makan lagi . Kali kedua makanan hampir habis didalam pinggan Ubaidillah, maka saidina Umar menambahkan lagi makanan , maka anaknya berkata " ayah saya dah kenyiang ayah" maka Saidina Umar kata "tambah sedikit lagi ye , ayah sayang kamu , ayah takut kamu makan kali yang terakhir hari ini , makan ye sayang ayah, makan ye anak " maka Ubaidillah makan ,
dan keluarga merasa hairan dengan sikap Saidina Umar hari itu.

Selesai makan SAIDINA UMAR panggil Ubaidillah untuk berbincang dan menyiasat anaknya .
SAIDINA UMAR berkata "nak (anak ) ayah sayang kamu nak , apabila ayah tanya jawab dengan jujur ye nak , ayah tidak akan marah kamu , jujur ye takut kepada ALLAH"
maka anak beliau yang soleh berkata " ya ayah , saya akan jawab soalan ayah dengan jujur " .
SAIDINA UMAR bertanya " adakah kamu pernah berzina "
jawab pemuda soleh itu dengan amanah " ya ayah , hanya sekali itupun kerana diperangkap perempuan yahudi yang memberi saya minuman arak , apabila saya mabuk dia goda saya maka kami berzina" Saidina Umar dengar dengan tenang lalu berkata " baiklah sayang , besok kita berbicara di masjid bersama2 perempuan itu untuk kita jatuhkan hukuman .

Keesokan harinya perbicaraan diadakan di masjid .
Maka SAIDINA UMAR bermesyuarat dengan SAHABAT RASULULLAH yang lain .
Maka ada sahabat yang kata ubaidillah tidak kena serbat kerana dia diinanya atau diperdaya , tetapi SAIDINA UMAR tetap tidak puas hati dan minta pandangan lagi , Saidina Umar kata "AKU TAKUT ALLAH , AKU SAYANG ANAK KU" dan beliau berkata lagi " ANAK KU MESTI KENA HUKUMAN HUDUD 100 SERBATAN KERANA BERSALAH " sahabat bertanya kenapa salah sedangkan mesyuarat telah memutuskan dia tidak bersalah kerana beralsan diperdaya .
SAIDINA UMAR berkata 'ANAK KU TETAP BERSALAH KERANA PEMUDA PERGI UMAH PEREMPUAN PADA HAL BELUM KAHWIN , INI SALAH MAKA ZINA INI BERLAKU KERANA KESALAHAN ANAK KU TADI , MAKA DIA MESTI DIHUKUM"
Sahabat lain tidak berani dan bersependapat dengan SAIDINA UMAR kerana RASULULLAH SAW meakui SAIDINA UMAR PALING ALIM DALAM HUKUM AGAMA ...kerana SAIDINA UMAR SANGAT2 WARA .

Maka anaknya dihukum serbat 100 rotan .
Tukang pemukul tidak sampai hati memukul Ubaidillah kerana dia pemuda soleh , ahli ibadah , suka ke masjid dan suka iktikaf . SAIDINA UMAR kata kamu diperintah oleh aku , kamu sudah bersumpah mematuihi arahan , maka kamu perlu jalani tugas mu .
Maka sahabat tadi memulakan pukulan .
Selepas pukulan yang ke30 terpaksa diberehat sebentar kerana Ubaidillah dahaga air , kemudian pukulan diterus hingga ke 70 maka terpaksa berehat sebentar kerana Ubaidillah minta makanan , beliau kelaparan . SAIDINA UMAR YANG MENYUAP SENDIRI MAKANAN DAN MINUMAN KE MULUT ANAKANDANYA .
SAIDINA UMAR MENANGIS SAMBIL MENYUAP MAKANAN DALAM MULUT ANAK BELIAU ...
SAIDINA UMAR berkata kepada anaknya " SAYANG, AYAH SAYANG KAMU , SABAR YE INI HUKUMAN ALLAH DI DUNAI " ALLAH.........................

YA ALLAH ...ALLAHUAKBAR
SEDIH ...semua sahabat sedih tetapi redha demi menegak hukum ALLAH , syariat ALLAH.

PUKULAN YANG 94 maka SAIDINA UMAR melihat peluh terpancar didahi anak kesayangan belaiu dan beliau dah faham anak beliau akan wafat . Menyedari perkara itu SAIDINA UMAR BERBISIK DITELINGA ANAK BELIAU ...'SAYANG SABAR INI HUKUM ALLAH , REDHA YE , SAYANG KIRIM SALAM..............AYAH KEPADA RASULULLAH YE SAYANG' (sambil menangis)

MAKA UBAIDILLAH mehangguk kepala beliau tanda terima pesanan dan redha .

PUKULAN YANG KE 97 UBAIDILLAH DIJEMPUT ALLAH...............WAFATLAH BELIAU . Semua menangis . ALLAH..............
Saidina Umar menangis lalu meminta tukang serbat genapkan 100 serbatan . Tukang serbat jatuh dan tidak sanggup memukul jasad mulia yang sudah tiada roh .
SAIDINA UMAR menangis lalu mengambil rotan dan berkata "BIAR UMAR YANG MENYEMPURNAKANNYA SUPAYA TIDAK BERHUTANG DENGAN HAK ALLAH" maka SAIDINA UMAR pukul mayat mulia anknaya 3 kali maka genaplah 100 pukulan.

Selepas sempurna jenazah mulia diurus dengan sempurna oleh para sahabat . JENAZAH UBAIDILLAH DISOLATKAN DALAM MASJIDIL ANBAWI BERSAKSI RASULULLAH SAW.
SAIDINA UMAR TIDUR SEBELAH MALAMNYA DAN BERMIMPI ANAKNYA SUDAH BERSAMA RASULULLAH SAW YANG SEDANG MENIKMATI NIKMAT SYURGA ALLAH...

No comments:

Post a Comment

ampuni kami