Sunday, April 18, 2010
NAK NIKAH?... DALAMI ILMU MUNAKAHAT DULU!!!
ASSALAMUALAIKUM ...
Saya bawa tajuk ini bukan saya nak nikah lagi , lambat lagi saya ni ! jangan silap faham!, tapi memandangkan rakan2 saya yang ramai dah nak nikah walau usia muda maka saya bawa tajuk ini sebagai nasihat kepada diri saya dan rakan2 saya untuk membuat persiapan untuk nikah . Usia muda tidak menjadi penghalang tetapi perlu selesai dalami ilmu fardhu ain dan munakahat terlebih dulu!
Nikah matlamat sebenar adalah ingin membina kebahagian mengikut SYARA'. Mana munggkin kita boleh membina kebahagian tanpa menjalani kehidupan bersyariat?
Pasangan perlu belajar hukum berkaitan munakahat .
Dengan ilmu munakahat barulah pasangan saling faham memahami tanggungjawab , maka apabila belagjar dan amal dalam kehidupan maka barulah ada keberkatan dalam hubungan penikahan, maka barulah dapat bina kehidupan bersyariat dan membina kebahagian dalam meneruskan kehidupan .
Ramai remaja yang nikah muda sekarang dan berakhir dengan penceraian kerana tidak faham hukum agama dalam munakahat !
Tn Guru Saya Tn Guru Hj Salleh berkata "petua nak bagi pasangan bahagia kenalah(perlulah) satu hati , satu fahaman, jika tidak satu hati ikatan haluan masing2 maka hubungan suami isteri tidak bahagia kerana tidak ada keberkatan padanya"
MAKA KITA PERLU MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SUAMI ATAU ISTERI DALAM MEMPELAJARI ILMU MUNAKAHAT .
Saya tidak ditilkan hukum munakahat disini , tetapi sekadar peringatan dan panduan yang agak terhad .
Sebelum kahwin pilihlah calon yang terbaik untuk kita . Ulama memberi panduan untuk kita memilih calon yang sama jenis dengan kita . Dalam bahasa kitab sekufu (sama dengan kita nisbah keturunan, harta,bangsa dan gaya hidup , ini bukan syarat tetapi sebaiknyalah). Cari yang ada agama atau calon yang nak dibimbing kearah agama . Kalau cantik, kaya,keturunan baik tetapi tidak ada agama atau tak nak agama maka susahlah kita nak bersama dengan dia , tidak sejiwa, mana muggkin kita akan bahagia kerana hubungan kita tidak bersatu hati dan tidak ada keberkatan .
CINTA SAYANG mainan nafsu sebelum nikah , dah nikah tanjggungjawab banyak andai tidak ada agama kasih sayang kurang mana munggkin pasangan itu akan bahagia kerana tidak faham agama?
AGAMALAH SEGALA2 YANG AKAN MEMBANTU KITA BAHAGIA DAN KEKAL !
Yakinlah DEMI ALLAH tanpa kefahaman agama ikatan tidak akan kuat , bahagi hanya sementara sahaja , ini janji RASULULLAH ! RASULULLAH Meutamakan agama terlebih dahulu maka barulah rupa paras , harta dan keturunan !
Apabila dah nikah maka perlu memahami tanggungjawab masing2 .
Andai tidak metaati perintah agama maka hubungan itu pasti tidak kuat , kerana masing2 tidak mengikut hukum ALLAH dalam mengharapkan kebahagian .
NIAT NIKAH KERANA ALLAH NAK AMAL SUNNAH barulah betul dan ada keberktan !
Kalau nikah hanya nafsu maka ini lah yang masalah sekarang .
PASANGAN perlu dalami ILMU FARDHU AIN , TAUHID , FEKAH , TASAUF terlebih dahulu .
HATI perlu kuat kepercayaan keimana pada ALLAH , RASUL ,KITAB ALLAH,MALAIKAT , QADA QADAR DAN QIAMAT DAN PERKARA SAMIYAT SEPERTI SYURGA NERAKA, SOAL KUBUR , MIZAN , SIRAT DAN LAIN2. Pasangan perlu teguhkan keimanan barulah ikatan mereka kuat . Selain itu hati perlu membuang segala sifat mazmumah atau sifat kecelaan , yang kita pelajari dalam tasawuf .MASYALLAH INDAHNYA IKATAN PENIKAHAN YANG MENGIKUT SYARIAT ALLAH !!!ALLAHHUAKBAR PASTI BAHAGIA !!!
Syariat perlu kita dalami ilmu fekah dalam bab ibadah seperti solat, puasa ,zakat haji dan lain2 selain itu hukum muamalat, HUKUM MUNAKAHAT (NIKAH KAWIN), jinayat dan lain2.
Kesimpulan kehidupan kita berpaksi ilmu dah hukum ALLAH ...
HAK SUAMI PADA ISTERI SANGAT2 BESAR DAN BERAT !!!
Apabila kata "AKU TERIMA NIKAHNYA"
maka suami itu bertanggungjawab urusan isteri samaada URUSAN DUNIA AKHIRAT SI ISTERI , jika suami abaikan SUAMI BERDOSA.
JANGAN NAK NIKAH JA ! BERAT TAU HUKUMNYA !
Kalau tidak laksana suami berdosa , contoh andai si Isteri tidak tahu ilmu fardhu ain maka suami bertanggungjawab mengajar isteri , andai tidak mampu mengajar maka wajib suami itu mencari guru untuk istrinya mendalami ilmu agama .Kalau isteri tidak tahu hukum haid maka suami bertanggungjawab , andai isteri dedah aurat depan orang ajnabi dalam masa sama suami tidak melarang p[erbuatan haram itu maka suami berdosa . Pendeknya urusan AKHIRAT ISTERI ,SUAMI YANG BERTANGGUNGJAB MEMIMPINNYA!
ITULAH perlu dalami dulu sedalam2nya ilmu fardhu ain .
NAFKAH ZAHIR dan BATIN WAJIB pada suami .
Dalam mazhab syafie suami perlu membeli pakaian baru kepada isteri setahun sekurang2 2 pasang baju, kena masak untuk isteri , kena upah isteri memberi minum susu pada anak kita , kita sekarang taklid mazhab hanafi ! . Kalau mazhab syafie wajib kita suami menyediakan makanan haha teruklah kita kan kita taklid mazhab nafi ja lah soal ini kan?
ISTERI PULA WAJIB METAATI SUAMI SEADANYA KERANA SYURGA DIBAWAH KEREDHAAN SUAMI ,TAPI INGAT TAAT PADA PERKARA YANG TIDAK BERTENTANG DENGAN AGAMA SAHAJA , ANDAI BERTENTANGAN TIDAK WAJIB TAAT !.
Isteri tidak perlu ibadat banyak untuk masuk syurga , memada dia hanya buat ibadah wajib dan hanya taati suami maka boleh menepah syurga Allah ...
Isteri perlu melayani suami dengan layanan yang baik , bermuka manis , suara lembut, dan tidak melakukan perkara yang tidak disukainya . Selain itu menjaga maruah suami dan memelihara harta suami .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
Salam.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tuan.
Benar ilmu munakahat sangat penting utk didalami sebelum mendirikan rumahtangga dan ilmu tersebut perlu dituntut secara berterusan.
Saya ada soalan tentang petikan ini
"Dalam mazhab syafie suami perlu membeli pakaian baru kepada isteri setahun sekurang2 2 pasang baju, kena masak untuk isteri , kena upah isteri memberi minum susu pada anak kita , kita sekarang taklid mazhab hanafi ! . Kalau mazhab syafie wajib kita suami menyediakan makanan haha teruklah kita kan kita taklid mazhab nafi ja lah soal ini kan?"
Saya pernah mendengar beberapa guru agama menyatakan perkara yang sama tapi tidak disertakan dengan dalil atau hadith sebagai rujukan lanjut.
Sy ingin mengetahui dgn lanjut perkara ini jika tuan sudi berkongsi ilmu yg tuan ada dgn saya. Supaya sy boleh menyampaikan perkara ini kpd yg lain dan tidak dikatakan bias gender =)
Terima kasih.
Salam.
Sya baru nak belajar... Harap dapat balas jwapan tuan one-of-a-kind
Delete