Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, April 13, 2010

ILMU AGAMA ITU NUR!!! TIDAK BOLEH DISERTAI DENGAN CAHAYA KEGELAPAN MAKSIAT!!!.



PESANAN BUAT DIRI DAN SELURUH SAUDARA SEAGAMA!!!
Dewasa ini ramai yang belajar dan mendalami agama tetapi ramai yang macam tidak belajar agama bahkan akhlkak terlebih teruk dari pelajar aliran biasa.
Mengapa terjadi begini?
ILMU dan MAKSIAT tidak boleh sekali , andai menuntut ilmu dan dalam masa yang sama tidak jaga hukum dan melakukan yang haram , maka sukar nak berjay, sukar nak hayati ilmu dan sukar nak rasa kemanisan ilmu yang dipelajari.Jika dibiarkan maka membawa kepada ilmu yang dipelajari tidak ada menafaat dan tidak dapat diamalkan!!!

YA ALLAH jauhilakh kami dari ilmu yang tidak menafaat .
Bagi saya ini kerana tidak mengikut syarat berkat ilmu ,apabila niat pada permulaan belajar salah maka mesti tidak berjaya dan tidak akan sampai kepada matlamat belajar agama yang sebenar iatu menjadi hamba yang bertaqwa dan berkhidupan syariat mengikut ilmu yang dipelajari . ILMU MEMIMPIN KEHIDUPAN .

Tetapi ramai pelajar agama tidak kira keluaran AZHAR, PONDOK , SAR ramai yang macam tidak tahu hukum halal , haram pada hal mereka lebih mengetahui dari orang awam . Mengapa begini?. Mengapa ada diantara pelajar agama menjadi dunia sebagai matlamat, tidak amanah dengan ilmu, ada yang berani meninggalkan solat , ada yang sanggup melakukan zina pada hal mereka sangat2 arif hukum dosa , pahala dan mereka tahu azab neraka kuat.

ALLAHUAKBAR!!!
Ini semua kerana tiada penghayatan dalam ilmu agama yang dipelajari . Makin belajar, makin ilmu banyak makin jauh dari ALLAH ! mudahan ALLAH melindungi kita dari gologan ini .
Mendalami ilmu sekadar mengkaji , ingin tahu , nak lulus peperiksaan atau sekadar lepas batuk ditangga inilah puncanya terjadi begini . Selain itu tidak menekankan ilmu keimanan dan penghayatan tauhid . Golomgan ini samlah seperti iblis yang sangat alim hingga menjadi guru malaikat 1000 tahun akhirnya kufurkan Allah .
Maka pelajar2 agama saya menasihati diri saya dan saudara seagama yang dikasihi berubahlah, kita azam dan berusaha jadi hamba Allah yang beriman sepenuhnya dan mengikut perintahnya dengan ikhlas dan redha ,MUDAHAN KITA BERTEMU ALLAH DI AKHIRAT KELAK DENGAN HGATI YANG SEJAHTERA REDHA DENGAN AGAMA ALLAH AMIN.....

No comments:

Post a Comment

ampuni kami