Thursday, April 8, 2010
CALON ISTERI KITA.....SIAPA?
BERKATA IMAM NAWAWI"
"AKU MENCINTAI MU KERANA AGAMA YANG ADA PADA DIRI MU , JIKA ENGKAU HILANGKAN AGAMA DALAM DIRI MU MAKA HILANGLAH CINTA KU PADA MU"
Kita mesti mengikut ajaran RASULULLAH SAW , dalam memilih calon kita mesti berhati2
RASULULLAH pernah bersabda "Kahwinlah kamu akan seseorang atas 4 sebab iatulah kerana KECANTIKANYA, KETURUNANYA YANG BAIK, HARTANYA , AGAMANYA"
4 ciri ini kita lihat pada calon teman hidup kita. Tetapi AGAMANYA TERLEBIH UTAMA . Nikah bukan sehari dua . Kita ingin kebahagian rumahtangga . Maka agama terlebih utama . Andainya isteri tiada faham agama maka susah kita sebagai suami hendak melaksana syariat ALLAH dalam rumahtangga. Andai isteri ingin dipimpin tidak mengapa kerana dia mahu kearah kebaikan bersama , tetapi andai tidak sehaluan suami nak agama , isteri tak nak ikut maka ini susahlah . Andai bersatu mesti tidak aman .
Kecantikan semata tidak akan kekal . Andai nikah kerana kecantikan mesti tidak aman kerana ia bersifat semantara . Begitu juga andai pandang kepada harta semata2 pun tidak boleh juaga kerana ia tidak menjamin kebahagian . Begitu juga jangan semata kita pandang keturunan kerana belum pasti taqwanya kerana imam tidak dapat diwarisi dari ibu bapa dan keturunan.
Andai ada keempat2 ciri ini ALHAMDULILLAH , MASYALLAH...andai tiada dan pasti zaman sekarang sukar nak cari yang sempurna keempat2 ini . Tetapi ingatlah andai tiada ciri yang lain sekalipun maka carilah yang faham agama atau yang nak kepada agama .
Andai tersalah niat dan tersalah pilih yakinlah jangan menyesal kelak ...
NIKAH kerana ALLAH barulah berkat dan niat nak melaksana syariat dalam keluarga barulah ikatan kuat kerana ada keberkatan . Andai nikah kerana tujuan seronok atau dari kerana mabuk cinta , tidak kerana ALLAH pasti tiada berkat dan tidak menjamin kebahgian . Keretakkan demi keretakkan dan yakin akan membawa kepada perpisahan ...
MUDAHAN ALLAH TENTUKAN KITA DENGAN PASANGAN YANG MEMBAHGIAKAN KITA DIDUNIA DAN AKHIRAT IAITULAH CALON YANG SANGGUP MENYIAPKAN DIRI, DAN BERSEDIA UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN BERSYARIAT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment