Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, April 8, 2010

ADAKAH KITA BENAR2 TAUHIDKAN ALLAH ? TEPUK DADA TANYA IMAN ?

TAULADAN PEMUDA YANG SOLEH DIGODA PELACUR!!!



RAMAI yang merasa dirinya betul2 mentauhidkan ALLAH ...
Ini lumrah kebanyakan manusia kerana dia rasa dialah yang terbaik , kita rasa kitalah terbaik .

Ada satu kisah seorang pemuda soleh yang mentauhidkan ALLAH dalam kehidupan beliau . Satu hari ada segelintir masyarakat yang cemburu dengan dia lalu mereka ingin mencuba iman pemuda itu dengan menghantar seorang perempuan pelacur upahan .

Lalu seperti yang direncana perempuan itu pergi ke rumah pemuda itu .
Pelacur itu berhias cantik , bergincu cair , berpakaian yang paling cantik lalu mengetuk pintu rumah pemuda itu .
Pemuda itu membuka pintu rumahnya . Pelacur upahan itu minta segelas air. Lalu pemuda itu ambil air didapurnya . Apabila diberi segelas air perempuan pelacur upahan itu berkata " saudara yang soleh , izinkan aku masuk kedalam rumah mu supaya aku dapat minum dalam keadaan duduk diatas bangku mu"

Pemuda itu memuliakan tetamu lalu dijemput masuk . Apabila masuk dan duduk minum , lalu tiba2 pelacur itu menutup pintu rumah pemuda itu lalu dia menyelakan kunci pintu itu . Selepas itu PELACUR TADI MEMBUKA SELURUH TUBUHNYA TANPA SEURAT BENANG PUN!!!

ALLAHUAKBAR!!!!!
Bagaimana andainya keadaan itu terjadi pada kita SUBAHANALLAH !!!
Tepuk dada tanyalah iman kita?

Pemuda tadi terkejut. Lalu beristifar ,berzikir dan bertakbir dan menyampaikan nasihat kepada pelacur itu " WAHAI PEREMPUAN JELITA ! TAKUT KAMU KEPADA ALLAH ,ZINA ADALAH HARAM!!! KAMU MENGKUFURI NIKMAT KECANTIKAN MU , KEJELITAAN KAMU ! INGAT WAHAI PEREMPUAN NIKMAT INI ADALAH SEMENTARA , KAMU AKAN MATI , KECANTIKAN KAMU TIDAK KEKAL , DIDALAM KUBUR KAMU AKAN DIMAKAN ULAT , INSAF DAN BERTAUBATLAH KAMU PADA ALLAH , TAKUTLAH KAMU PADA MURKA DAN NERAKA ALLAH SWT!!!!!"

Perempuan pelacur tadi terus menangis dan memakai pakaiannya dan terus keluar dari rumah pemuda itu dan SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH!!!

Saya ingin mengingati diri saya dan saudara semua cubalah kita hayati cerita ini . Bayangkan kita pada keadaan sebegitu adakah IMAN KITA TEGUH DENGAN ALLAH!!!
INI LAH YANG DIKATAKAN PERLU TAUHID DAN PENGHAYATAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN UNTUK MEMASTIKAN DIRI KITA TIDAK JATUH DALAM MAKSIAT DAN MURKA ALLAH !!!

No comments:

Post a Comment

ampuni kami