Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, May 23, 2011

Himpunan 10 ribu Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana,Kota Bharu



20 Mei, - “Pemimpin UMNO – Siapkan kaki anda yang keras untuk dibakar api Neraka kerana tidak mahu membayar Royalti Minyak kelantan” demikian ucapan YAB Tuan Guru Bentara Setia Nik Abdul Aziz sempena Munajat Anak Muda Kelantan di Padang perdana, dihadapan lebih 10,000 jentera pemuda PAS negeri Kelantan.


YAB Tuan Guru Menteri Besar memulakan ucapan dengan ucapan tahniah kepada seluruh jentera pemuda atas kesungguhan dan kesetiaan bersama perjuangan Membangun Bersama Islam. Beliau mengutuk keenganan pemimpin UMNO yang menyekat pembayaran hak royalty minyak Kelantan.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya hak royalty minyak kepada rakyat Kelantan sebagai pemimpin zalim dan jahat.
“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.
Tuan Guru Mursyidul Am juga sempat ‘mengusik’ anak-anak muda Kelantan supaya menganjurkan Qiamullail Munajat sempena royalti pada sepertiga malam, sebelum subuh kerana katanya mustajab doa dilakukan pada waktu tersebut sebagaimana hadis nabi.
Selain itu YAB Tuan Guru juga sekali lagi menegaskan kesungguhan kerajaan negeri yang akan membina sebuah stadium berkonsepkan mesra solat di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kapasiti muatan 40,000 dilengkapi ruang solat disegenap penjuru

Tawan Putrajaya Adalah Kerja Agama – YB Husam

Jumaat, 20 Mei – YB Dato’ Husam Musa dalam ucapan ceramah di hadapan lebih 10,000 anak muda Kelantan di Padang Perdana menyifatkan kerja untuk menawan Putrajaya adalah merupakan kerja agama. Takwa yang dijadikan tunjang asas kepada pemerintahan selayaknya diberikan kuasa memerintah. Islam adalah agama yang memerintah, bukan diperintah.

Himpunan 10 ribu jentera Pemuda PAS Kelantan dengan pengisian munajat dan khatam 100 kali al-Quran telah dilangsungkan bermula jam 3.00 petang sehingga 11.30 malam. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dan dikir barat Halaqat, amanat daripada pimpinan PAS dan slot khas bersama saudara Bob Lokman sehingga maghrib.
Slot munajat anak-anak muda Kelantan dimulakan selepas maghrib dengan solat hajat dan khatam 100 kali al-Quran. Lebih 10,000 anak muda daripada semua lapisan peringkat menunaikan solat secara berjemaah dan mengkhatamkan al-Quran 100 kali.


Ceramah perdana daripada wakil exco kerajaan negeri Kelantan dan PAS negeri Kelantan yang kemudiannya diikuti oleh YB Dato’ Haji Husam Musa dan disudahi dengan amanat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saudara bob Lokman juga sekali lagi diberikan peluang untuk membangkitkan semnagat anak-anak muda Kelantan.
Dalam ucapan sekitar 30 minit, Yb Dato’ Husam memuji pendekatan baru jentera Pemuda Kelantan yang menggabungkan acara munajat dalam perhimpunan anak-anak muda bagi menyatakan sokongan kepada PAS dan kepimpinan Membangun Bersama Islam.
Dalam ucapannya, beliau membidas kenyataan YAB Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu atau dadah kepada rakyat. Beliau menyatakan rasuah dan korupsi adalah candu dan dadah sebenar yang merosakkan kebajikan rakyat. YB Dato’ Husam mengulangi kesungguhan menuntut royalty Petroleum Kelantan daripada kerajaan pusat ekoran Terengganu yang akan dibayar royalty petroleum sebagaimana yang diumumkan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.
Tandatangan tuntutan rakyat juga telah dilancarkan mengumpulkan sebanyak mungkin tandangan sokongan rakyat terhadap usaha mendapatkan royalty minyak Kelantan.
Diakhir ucapannya, beliau memuji pemerintahan YAB Tuan Guru yang disifatkan unik dengan gemblengan usaha ke arah kebajikan rakyat

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/j5IBRHRLmc34RAqM9dpJbjdBTB-erUbIabrAoDMQGSI

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ReplyDelete

ampuni kami