Wacana Isu Semasa Anjuran Persatuan Anak-anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT di Bilik Seminar Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur pada 23hb April 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم
Nota Perbincangan Berhubung:
Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia
Oleh:
Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bahagian II:
Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan
*********************
Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
A. Tujuan perbincangan ini ialah
- Untuk memberi huraian ringkas berkenaan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah yang merupakan ajaran arusperdana Islam semenjak mula-mulanya hingga sekarang.
- Memahami beberapa aliran dan aspek fahaman yang menyeleweng dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Mengenali cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran ini.
- Tindakan kita untuk terus jalan ke hadapan.
- Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam
- Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid).
- Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi.
- Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.
- Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.
- Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini
- Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya, sedikit sekali.
- Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah.
- Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah golongan minoriti yang kecil.
- Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah, amin.
Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:
- Aliran Syiah
- Aliran tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani
- Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)
- Aliran Islam liberal
- Aliran pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).
- Aliran sekularisme
Antara ajaran-ajarannya:
- tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,
- para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad. Dijauhkan Allah.
- Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
- Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
- Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;
- Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.
- Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh.
- Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka.
- Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah.
- Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.
- Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh.
(الاثنين 04 ابريل 2011
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.
[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.
وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.
[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام
وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“. …Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya
أنصار الطائفة الخلوتية يدعمون شيخ الأزهر
الجدير بالذكر أن أنصار الطائفة الخلوتية التي يترأسها شيخ الأزهر الدكتور أحمد الطيب كانت قد نظمت تظاهرة كبيرة تم الحشد لها من جميع المحافظات، رددت فيها الشعارات المشهور تداولها في النظام السابق: بالروح بالدم نفديك يا إمام !! وهو ما أعاد إلى الواجهة واقعة الجمل الشهيرة إبان الثورة التي حاول النظام السابق فيها إظهار وجود أنصار له ترفض تنحيته أو رحيله!!جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد.وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات.وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.ثوار التحرير يطالبون بإقالة شيخ الأزهر
وكان أعضاء المجلس الأعلى للأزهر قد شاركوا في المظاهرة الحاشدة التي شهدها ميدان التحرير بوسط القاهرة الجمعة، للمطالبة بإقصاء رموز النظام السابق، ومحاكمة المتهمين بالفساد.وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.
d. Islam Liberal:
- Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya
- Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu
- Semua agama membawa kebenaran
- Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
- Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama.
- Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.
Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake).
f. Aliran pluralisme agama:
- Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga;
- Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah.
- Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
- Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
- Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah.
E. Beberapa Persoalan:
i. Tentang Berimamkan Orang Dalam Sembahyang
- Kalau kita mengetahui orang itu jatuh ke dalam kekufuran kerana percakapannya, atau perbuatannya, atau iktikadnya yang dia beritahu kepada kita, kita tidak boleh berimamkannya.
- Kalau tidak jatuh ke dalam kekufuran tetapi ke dalam maksiat, masih kita sah berimamkan dia dalam sembahyang, walaupun yang afdhalnya kita berimamkan orang yang soleh.
Kita mesti beramal dengan agama kita di mana kita berada; sebab Allah melihat di mana kita berada. Lagi pula Islam adalah cara hidup yang lengkap, bukan berbicara tentang sembahyang dan puasa dan terhenti setakat itu sahaja.
iii. Tentang soalan apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar ceramah dan penerangan seperti ini.
- Selepas mendengar ceramah dan faham hendaklah beramal dengan apa yang didengar, bermula dengan perkara-perkara yang wajib dahulu, dan mengelak daripada perkara yang dilarang, seperti mulai dengan sembahyang, puasa Ramadhan, membayar zakat, dan seterusnya.
- Mesti mengawal diri sabar meninggalkan perbuatan yang ditegah; mesti meninggalkan ajaran yang salah dan bertaubat seperti ia berkata “ya Allah aku bertaubat daripada berpegang kepada i’tikad yang mengatakan sabahat-sahabat kafir dan aku mengucap ‘ashhadu alla ilaha illah…”
Fahaman itu boleh masuk melalui mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau kerana terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui pengaruh kawan-kawan; ataupun mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang terumpan terhutang budi; atau ditawarkan peluang berkerja, atau ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diberi biasiswa ditanggung (seperti yang dibuat oleh Syiah dan Wahhabi, bahkan Amerika).
v. Soalan tentang Interfaith Council atau Suruhanjaya Antara Agama-agama
- Interfaith Council (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama-agama kalau dibiarkan ada dan berjalan, ia membawa kepada meletakkan agama Islam setara dengan sistem-sistem kepercayaan lain, dan dengan itu ia berlawanan dengan Quran, Sunnah dan ijma’.
- Dalam Negara ini tidak mungkin sebab hanya Islam agama persekutuan, yang lain-lain diberi kebebasan diamalkan dalam aman dan sejahtera (in peace and security) jangan dengan cara yang tidak damai dan tidak sejahtera.
- Tentang fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada keselamatan Negara: kalau fahaman itu seperti Wahhabiah, maka dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri orang Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;
- Kerana demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan membuat peraturan, maka syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh berontak menentang kerajaan;
- Lihat bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan Uthmaniah Turki; atau mereka boleh kata: negera sekular, bukan Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli Sunnah haram menentang ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata seperti ia menyembah berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan produksi negara; atau membatalkan haji kerana rugi tukaran asing (foreign exchange); kalau tidak, haram menentangnya;
- Kalau hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-nasihah yakni agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau agama adalah keceriaan murni yang gigih (active attitude of sincere concern) itu dengan mengikut saluran yang betul. Demikian seterusnya.
- Kalau Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan Negara; demikian juga Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara yang sah hanya negara di bawah Imam Maksum, yang lain tidak; dan fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan; bila pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.
Kalau kita camkan benar-benar sahih ia beramal dengan ilmu yang salah;
- Kita perlu cari orang yang ada ilmu untuk membawanya ke jalan yang lurus dengan cara yang lemah lembut dan nasihat yang memikat hati,
- Atau kita berikan kepadanya buku yang memberi penerangan yang betul tentang perkara-perkara yang membawanya kepada kesesatan;
- Atau kita cuba selesaikan perkara itu dalam kalangan keluarga dahulu; kalau tidak ada jalan barulah kita meminta pertolongan orang yang bukan keluarga;
- Kalau ia degil kita akhirnya terpaksa laporkan kepada pihak jabatan agama. Itu kalau tidak ada jalan lain lagi.
Kalau Syiah kita boleh cam:
- ia sembahyang sujud atas tanah atau batu yang dibawanya; atau bila ia memberi salam dalam sembahyang dia menepuk-nepuk pahanya;
- atau dia suka mencela sahabat nabi, seperti Abu Bakar, Umar dan Aisyah – Allah meredhai mereka semua.
- Atau ia tambah dalam azan ‘wa ashhahu anna Ali waliyullah’ , ertinya aku menyaksikan bahawa Ali waliyullah, atau ia kata hayya ala khairil-amal, marilah kepada amalan yang sehabis baik, sebagai ganti hayya alal-solah, dan lain-lain di bawah akidah; atau ia bercakap tentang kahwin mutaah dan fadhilat-fadhilatnya mengikut ajaran Syiah walhal ia haram mengikut ijma’;
- atau ia jamak Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ walaupun bukan kerana musafir atau sakit atau kerana sebab-sebab lain.
- Kalau kita bergaul dengan mereka kita boleh mempengaruhi mereka ke jalan yang baik, kerana kita ada pengetahuan dan amalan yang teguh, kita boleh bergaul;
- Kalau merasa diri agak lemah, dan orang yang berkenaan kuat, berpengaruh, pandai mempengaruhi orang dan kita tidak mampu menepis pengaruhnya, kita elak daripada bergaul dengannya;
- Kita bergaul dengan orang yang kuat membawa kita kepada kebaikan.
Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan
Cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran yang bukan daripada Ahli Sunnah itu adalah seperti berikut:
A. Cabaran dari Syiah
- Cabaran akidah
- Cabaran akidah kerana ia mengajar tentang Imam maksum yang lebih daripada Nabi dan rasul (melainkan nabi Muhammad salla’Llahu alía wa sallam)
- Kerana ia mengajar tentang ada Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)
- Kerana akidah sahabat menjadi kafir selepas wafat Rasulullah
- Kerana akidah raj’ah
- Kerana menganggap orang Ahli Sunnah kafir
- Cabaran syariat daripadanya – kerana ajaran tentang kahwin mutaah
- Cabaran hidup akhlak – kerana sikap menghina orang Ahlisunnah, kata mereka orang Ahlisunnah nawasib (نواصب) ertinya yang paling hina dalam dunia harus dibunuh
- Cabaran terhadap keselamatan negara dan masyarakat-kerana anggapan mereka kerajaan tidak sah de jure, yang sah kerajaan Syiah di bawah imam maksum (Syariah superstate under the infallible imam)
- Cabaran akidah
- Sebab kecelaruan akidah yang tidak dipandu oleh akidah Ahli Sunnah, dibimbangi mereka memahami ayat-ayat Quran dan hadith yang mutasyabihat mengikut zahir lafaznya
- Menuduh orang lain kafir kerana menolak sifat Tuhan cara mereka fahami secara literal – menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.
- Cabaran Syariat – berlaku kecelaruan mengikut syariat dan memahaminya sebab mereka memahami sendiri ayat-ayatnya walhal pengetahuan sebagaimana yang diajar dalam Ahli Sunnah kekurangan, tetapi mereka sangat berani memberi pendapat (ada kisah berkenaan orang yang menuduh ulama dulu tidak ‘educated’ ‘they just wrote down what they heard’ kemudian bila dia ditanya tentang erti hadith, satunya yang menyatakan Nabi s.a.w. sembahyang sunat lepas Asar, satunya yang melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Asar, akhirnya ia berkata ‘saudara ini complicated, I don’t know)
- Cabaran kemasyarakat – berlaku kekeliruan dalam hidup masyarakat sebab kurang panduan yang mengikut tertib dan disiplin, masing-masing membawa penafsiran sendiri, membuat hukum sendiri; sebelum mufti bersidang dia sudah berfatwa konon seperti hendak ‘jump the gun’.
Kekacauan dalam hidup ilmiah tentang Islam sebab metodologi ilmu Ahli Sunnah tidak diikut.
D. Cabaran dari aliran Wahhabiah
- Cabaran akidah
- Akidah rosak menjadi mujjassimah – Tuhan berjisim
- Menjadi musyabbihah-menyamakan Tuhan dengan makhluk
- Boleh membawa kepada kekufuran kerana itu (dijauhkan Allah)
- Menuduh orang bertawassul sebagai kafir, kata mereka menyeru kepada orang yang sudah mati.
- Cabaran Syariat
- Berlaku kekeliruan yang tidak menentu dalam memahami syariat sebab tidak ada panduan metodologi yang tersusun rapi
- Membawa kepada perpecahan dan perkelahian sebagaimana yang boleh disaksikan
- Tidak taat kepada ulil-amri
- Cabaran akhlak-akhlak: mereka yang mengikut aliran ini biasanya kasar-bahasa yang digunakan iala bahasa kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan membidaahkan orang, dan perang menggunakan kekerasan (seperti bertumbuk).
- Cabaran hidup kerohanian
- Bahaya kepada hidup rohaniah
- Mereka menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf
- Mengkafirkan ibn Arabi
- Menuduh orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam diri manusia)
- Menuduh orang tasawwuf berakidah wahdatul-wujud yang mereka faham bererti makhluk adalah Tuhan
- Menuduh orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah sebab semua Tuhan
- Sebab itu golongan ini kasar akhlak dan adabnya, bahasanya juga biasanya kasar seperti bahasa yang digunakan oleh Nasir al-Din al-Albani dan Syeikh Uthaimin dan yang seperti mereka.
- Cabaran keselamatan negara dan masyarakat
- Cabaran dalam perkembangan budaya-cabaran budaya yang membawa kepada mentaliti hitam-putih, menolak pemikiran yang bersifat falsafah kerana ini disangka bidaah dhalalah/sesat semua sekali, bukan dari ajaran nabi
- Cabaran akidah – konsep wahyu Qur’an ditambah dengan wahyu yang non-verbal katanya.
- Cabaran Syariat-tidak ada hukum Tuhan kata mereka, yang ada budaya, kita mesti fikir sendiri undang-undang, tidak tertaaluk lepada fikah dan usul al-din.
- Cabaran hidup rohaniah: cabaran tidak patuh kepada peraturan Syarak-membawa kepada ibadat tidak sah, perkahwinan tidak sah, dan pembahagian harta pesaka tidak sah.
- Cabaran akhlak: akhlak golongan liberal longgar sebab ajaran akhlak yang murni sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah hilang kesannya atas orang ramai-dibimbangi kemerosotan akhlak yang parah, membawa kepada kerosakan peribadi, rumahtangga dan masyarakat.
- Cabaran kerukunan masyarakat dan negara: ekoran daripada perkara di atas keselamatan negara dalam bahaya kalau orang ramai berpegang kepada aliran ini. Hidup keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan damai serta teratur; berlaku kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Bagi Islam dalam Malaysia ia paling berbahaya, sebab negara yang berbilang kaum, bila Muslim yang majoriti terpecah kerana aliran liberal ia membawa implikasi yang paling membimbangkan masa depannya.
- Cabaran keselamatan negara.
- Cabaran hidup bertamadun dan budaya-hidup budaya bercelaru tanpa panduan yang tetap. Timbul kekacauan dalam memahami hukum dan moral.
- Cabaran akidah: cabaran kekufuran kerana menolak agama dan ajaran agama dalam ruang awam – tetapi yang berlaku di Malaysia bukan sekularisme Barat totok sebab agama ada dalam ruang awam.
- Hanya agama banyak yang perlu diusahakan dalam ruang awam supaya berjaya, walaupun banyak yang sudah berjaya diusahakan seperti dalam kewangan dan undang-undang serta pendidikan.
- Cabaran akidah sebab ia bercanggah dengan Quran tentang kedatangan Islam memansukhkan syariat-syariat lain.
- Cabaran menolak kebenaran Islam yang mutlak.
- Cabaran Syariat: Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan yang ditanggung dengan serius sebab ada lagi yang yang benar bukan ia sahaja –maka kesetiaan kepada syara’ terjejas.
- Cabaran akhlak: -Akhlak Islam menjadi longgar – ini boleh diperhatikan daripada perkembangan moral yang longgar di kalangan golongan pluralis (apa lagi bila ia bergabung dengan golongan feminis Barat yang mengikut falsafah pascamodernisme).
- Cabaran keselamatan negara: bila orang terpengaruh dengan pluralisme agama, maka kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi negara persekutuan sudah menjadi tugas yang ditanggung, menjadi ringan, kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar dalam Islam terjejas, dengan itu terjejas keselamatan negara.
- Perlu diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli Sunnah kepada semua peringkat ahli masyarakat.
- Pendedahan tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-hujahnya serta kebaikan-kebaikannya.
- Juga bahaya kalau tidak mengikutnya.
- Bahaya-bahaya yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain dalam negara.
- Jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran yang menyeleweng perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat.
- Golongan agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok
- Keperluan institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi menyampaikan kesedaran kepada semua pihak, dengan kerjasama semua pihak: kerajaan, NGO, media, para pendidik dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment