Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh, Dewan Ranap &, Laporan Al-Jazeera





Tanah runtuh Hulu Langat: Dewan ranap, surau rosak

KUALA LUMPUR: Kebanyakan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, tergamam dan tidak sempat melarikan diri daripada runtuhan tanah kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Ada antara mereka menyedari pergerakan tanah kecil di tebing bukit berhampiran bangunan dan tidak menyangka akan berlaku runtuhan besar, sekali gus meranapkan dewan serba guna dan merosakkan sebuah surau.

Penduduk kampung yang tiba awal di tempat kejadian juga menghadapi masalah mengeluarkan mangsa yang terselamat kerana hanya menggunakan cangkul untuk mengorek tanah runtuh serta tidak mampu mengangkut batu besar serta kesan runtuhan bangunan.

Kebanyakan mangsa berjaya dikeluarkan apabila pasukan mencari dan menyelamat tiba bersama jentolak serta kelengkapan lain.

Mohamad Faizal Ismi, 17, adalah antara penghuni yang terselamat kerana sempat melarikan diri sebaik saja ternampak tanah runtuh di belakangnya dan menyaksikan beberapa rakannya tertimbus.

Ketika kejadian, dia sedang sibuk menyiapkan kerja menghias pentas untuk majlis khas bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.

Pelajar tahun lima, Mohamad Akmal Mohd Jafri, 11, turut terselamat daripada ditimbus apabila terlebih dulu dihempap sebuah basikal sebelum tanah runtuh menimpanya.

Ketika kejadian, pelajar Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn 2 itu yang mengikuti program motivasi hujung minggu di madrasah berkenaan berada berdekatan dewan sempat menyaksikan bangunan bergegar sebelum runtuh menimpanya.

Ibu mangsa, Marliza Sulong, 43, berkata, dia terus bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat panggilan mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu yang menerima rawatan di klinik Batu 14, Hulu Langat, dekat sini.

“Anak saya selamat dan cuma luka ringan di kepala serta anggota badan, tetapi cukup sedih melihat mereka yang terkorban,” katanya.

Seorang saksi yang dikatakan paling awal tiba di tempat kejadian, Abdur Rahman Mohd Lazim, 43, terkejut apabila dua penghuni anak yatim berlari menemuinya meminta tolong.

Ketika itu, Abdur Rahman sedang bersiar di kawasan itu menunggang motosikal.
“Dua penghuni menangis sambil berlari meminta tolong. Ketika sampai ke tempat mereka, saya nampak enam penghuni tertimbus merintih dan meraung sakit. Hanya bahagian wajah mereka yang kelihatan manakala badan ditindih batu, kayu dan tanah runtuh.

“Saya cuba membantu dengan menarik mereka keluar tetapi mereka meraung kesakitan. Beberapa minit selepas itu mereka terkulai, saya tak tahu sama ada masih hidup atau sebaliknya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azri Ashraf, 17, berkata, beliau mendengar mangsa menjerit meminta tolong dan melihat beberapa lagi tersepit di bawah pintu, meja serta kerusi.

Azri yang sedang berehat di rumahnya terdengar bunyi pokok tumbang dan tanah runtuh yang kuat menyebabkan beliau keluar daripada rumah kerana bimbang berlaku apa-apa kejadian.

“Saya naik ke bahagian atas kawasan perumahan dan terkejut melihat rumah anak yatim itu tertimbusApabila terdengar jeritan, saya terus turun ke bawah dan melihat beberapa mangsa seolah-olah tidak sedarkan diri kerana tersepit di pintu dan meja.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut,’’ katanya. -BH







Gali tanah guna tangan


HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.

Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.

Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.

Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.

Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.

“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).

“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.

Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.

“Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap,” katanya. -hm

Mereka Mati Syahid - Mufti Selangor




SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya.



Tanah Runtuh: Tujuh Jenazah Kanak-Kanak Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahat


KAJANG: Suasana sayu menyelubungi sekitar Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Batu 14 bagi menunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Kesemua tujuh jenazah kanak-kanak mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu14, Hulu Langat, akan dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan orang Islamdekat sini.

Terdahulu lima mayat kanak-kanak iaitu Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; Mohd Mustakim Mamat, 12 dan Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11 sampai di masjid sekitar pukul 10.45 pagi.

Sementara dua lagi mayat terakhir iaitu Dzahir Haziq, 11 dan Mohd Hazim Sapri, 10 selamat sampai di masjid pada pukul 11.05 pagi.

Pembantu rumah anak-anak yatim berkenaan, Yazid Ishak ketika ditemui berkata baki sembilan lagi mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh telah dituntut oleh waris masing-masing untuk diurus dan dikebumikan.

"Di sini kita akan solat dan kebumikan tujuh jenazah secara bersama...jenazah-jenazah lain sudahpun dituntut waris mereka," katanya.

Hingga berita ini ditulis, waris tujuh mangsa berkenaan diberi pelung terakhir untuk melihat jenazah sebelum ditutup untuk disolat dan dikebumikan.

Kira-kira 500 orang awam termasuk waris mangsa berada di sekitar kawasan masjid. -mstar






Senarai lengkap mangsa tragedi tanah runtuh


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang
MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.

Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.

Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris-warIs. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.

Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durja dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.

Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.

Selepas usai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyayat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.

"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaannya.

Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.

Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.

Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.


Ketujuh jenazah disembahyang serentak

No comments:

Post a Comment