Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, May 10, 2011

STRATEGI PENGHAPUSAN RIBA, STRATEGI HALUS MENJATUHKAN MONOPOLI KUASA AMERIKA



Selagimana penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan dirham.

Wang kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan. Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.

Kelantan telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang tidak mustahil.

Jika dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia. Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam bank mereka.

Jika usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990. Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan ini.

Jika ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia, seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami