Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 14, 2011

Pengedar Video Seks Fitnah Bakal Ditimpa Bahana - TG Nik Aziz

 


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya sebagai pelaku dalam video seks, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka," kata Nik Aziz.

Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan video seks itu ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata pihak yang mengedar video itu melakukan kesalahan yang serius dan akan menerima bahana kelak.

Sehingga hari ini, video tersebut bukan sahaja tersebar luas di Internet tetapi turut diagihkan dari rumah ke rumah.

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat laporan polis berhubung pengedaran video seks tersebut secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai pihak meragui keabsahan video ini sehingga memaksa Eskay membuat sumpah laknat disebuah masjid di Kuala Lumpur.

Namun sumpah laknat itu sekali lagi dikritik banyak pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun PDRM berpandangan tiada keperluan identiti video tersebut didedahkan. -tvsnews

Terbaru

Video seks: Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang “ternama.”

“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

“Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan ‘tak masuk syurga tuduh Anwar’ terbabit dalam video seks berkenaan.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata: “(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah.

“Dia menjawab lebih kepada bahasa politik, bukan kepada hukum,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kota Baru semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” katanya.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi

No comments:

Post a Comment

ampuni kami