Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 14, 2011

Pesanan Syeikh al-Faqih Dr. Wahbah az-Zuhaili


 

Dr. Professor Sheikh Wahbah Mustafa Az-Zuhayli merupakan seorang ulama dari Syria yang merupakan pakar dalam undang-undang Islam serta falsafah perundangan Islam.

Beliau merupakan ulama yang mempertahankan aliran akidah Ashari dan juga Maturidi dan mewajibkan muslim awam mengikuti salah satu dari 4 mazhab. Tidak mengikut mazhab tidak dilarang bagi yang berilmu tetapi elok ikut mazhab kalau tak cukup hujah dan keupayaan mengupas sesuatu hukum.

Hari ini beliau dijemput menyampaikan ceramah di Masjid Negeri Shah Alam berkenaan dengan masalah Sumpah & Qazaf. Berikut beberapa catatan menarik dalam ceramahnya yang bermula pukul 2.30 petang tadi.


  1. Dunia memang dijadikan sebagai tempat fitnah. Fitnah dalam ertikata ujian bagi seluruh manusia. Tak ada ujian bukan dunia namanya.
  2. Para Anbiya merupakan mereka yang paling bertat menerima ujian atau fitnah. bagi mereka yang hebat-hebat, bersedialah menahan segala fitnah serta ujian. Ada yang lepas dan ada juga yang kantoi.
  3. Banyak contoh kejadian fitnah berlaku dalam zaman Rasulullah. Yang paling terkenal adalah fitnah yang melanda A'aisyah. Terang dalam kes tersebut pemfitnah perlulah membawa 4 orang saksi yang adil.
  4. Dalam kes sumpah, kedua pihak yang menuduh dan juga yang dituduh perlulah daripada mereka yang berhemah dan adil, kalau salah satu daripadanya tak boleh pakai, jangan buang masa dengan bersumpah.
  5. Video tak boleh pakai sebagai bukti persaksian dan tuduhan.
  6. Kalau persaksian keluarga menentang tertuduh boleh dipakai, tapi kalau memihak tertuduh tak boleh pakai. Jadi dalam kes Anwar, penafian ahli keluarga tak kuat.
  7. Walau apapun, nasihat beliau dalam kes Anwar Ibrahin adalah "mintalah pertolongan pada Allah. Tak payah nak layan dengan isu remeh temeh sumpah dan sebagainya".





No comments:

Post a Comment