Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, May 3, 2011

Pesanan Tuan guru Dato Harun Din al-Hafiz

Tuan Guru Dato Haron Din dalam kuliah bulanan beliau di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar membahaskan tajuk "keindahan Syurga"

Tuan Guru Dato Haron Din meriwayatkan Hadith yang bermaksud
" Syurga batu batanya dari emas dan perak yang tulin , lantai syurga sangat harum dari Zafaran , pasir-pasir dihadapan syurga dari batu permata luq-luq dan yakut dan zabarjan (permata paling indah)"
Tuan Guru mengatakan batu permata nama sama seperti didunia tetapi keindahannya di syurga jauh lebih indah begermelapan sungguh indah tidak dapat kita bayangkan sekarang , harum jauh lebih hebat dari bauan didunia , hinggakan disyurga 500 tahun perjalanan kita sudah terhidu haruman syurga .

Di akhirat Ibu bapa kita datang jumapa anak-anak . Anak soleh boleh sempurnakan permintaan ibu bapa di akhirat kelak kecuali anak tidak boleh hebahkan amalan kebajikan kepada ibu bapa di akhirat nanti .

Tuan Guru Dato Haron Din berkata Syurga tidak akan dapat dimiliki oleh orang yang ada penyakit hati . Orang DENGKI , TAMAK , TAKABUR , RIYAK dan ada penyakit hati yang lain tidak akan memiliki Syurga ini .

Ahli Syurga Allah bersihkan hati mereka dari penyakit Hati!
Tuan Guru menceritakan lagi nikmat syurga .
Di Syurga pakaian kita tidak pernah lusuh sentiasa baru dan terselah tidak lusuh.
Kita tidak tidur .
Dato membawa cerita Uzair yang mati 100tahun akhirnya hidup semula untuk kiaskan cerita ini dengan nikmat syurga yang jauh lebih berganda-ganda dari keajaiban didunia ini , selain itu membawa cerita Ashabul Kafi yang mati 1000tahun hidup dan mati semula untuk mengambarkan nikmat Allah yang sangat hebat kepada ahli syurga .

Tuan Guru Dato Haron Din menyentuh sedikit isu semasa tentang kes Anwar dan Sumpah laknat

Tuan Guru Dato Haron Din menasihati para jemaah yang hadir jangan kita ini libat kerana kita akan bersubahat dengan perkara jijik yang mengundang dosa. Dato Haron menceritakan ada orang datang rumah beliau hendak tunjuk video yang mereka dakwa Anwar melakukan itu , maka Dato menolak pelawaan itu , Dato kata "saya tidak mahu dan tidak sanggup melihat perkara jijik dan mengundang dosa." Kali ke tiga orang itu pelawa kepada Dato, Dato kata "saya terpaksa minta beliau keluar dari rumah saya dan saya sempat kata kepada beliau tolong padam rakaman itu jangan sampai kita menjadi penyebab penyebar dosa.
Dato Haron kata sumpah laknat ini tidak ikut Islam . Kalau betul Dato Seri Anwar buat kemukakan 4 saksi yang adil atau si yang bersumpak kena Khazaf (80 rotan kerana dakwaan tipu)

Dato membawa cerita Siti Aisyah kena fithnah bermalam dengan Safwan , Rasulullah tidak menemui Aisyah selama 40 hari , hanya diam . Rasulullah SAW tidak pernah suruh bersumpah laknat .
Maka sumpah laknat ini tidak boleh menentukan sapa benar dan salah hanya hukum syara yang menentukan .

Tuan Guru Dato Haron berkata kita yang hendakkan Syurga maka hindarilah dari bersubahat dengan isu ini .

Tuan Guru mengakhiri kuliah dengan Sepotong Hadith bermaksud:
" Sesiapa diatas dunia ini bersungguh-sungguh untuk dapatkan syurga Allah maka Demi Allah kata Nabi Cahaya syurga sedang bergemerlapan sinar cemerlang , bunga-bunga syurga sentiasa melambai kita mengamit kesana , sungai-sungai menanti kehadiran kita dan pakainan yang indah sedang menunggu kita '


Galeri gambar yang berkaitan.









3 comments:

ampuni kami