Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 14, 2011

Biodata Syeikh Faqih Dr Wahbah Zuhaili


Pujangga menyebut
“Sesungguhnya mengetahui orang-orang hebat itu adalah perbendaharaan”
Ini memberi erti selayaknya bagi seorang mengenali tokoh dan kewibawaan mereka yang mempunyai kelebihan dan kewibawaan sama ada yang masih hidup atau bersahabat dengan mereka. Ini disebabkan kerana terlalu banyak faedah hasil daripada ilmu, tajribah, pengalaman hidup yang ada pada mereka. Kita perlu mencontohinya sekalipun kita bukanlah setaraf dengannya seperti pepatah arab :
فتثبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التثبه بالكرام فلاح
Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka,
Kerana mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim dan Ibn al-Wazir telah mensahihkan atau menghasankannya antara lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ilmu ini aka dipikul dari setiap zaman dan generasi yang adilnya, mereka akan membasmi penyelewengan yang melampau dan ajaran ahli batil di samping takwilan orang jahil
Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Kaifa Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan mafhum dan hadith ini. Penulis menyebut hadith ini kerana sifat Syeikh Wahbah adalah seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW sama ada membawa risalah ilmu sebagai Warasatu al-Anbiya’ dan juga membasmi segala bentuk penyelewengan dengan hujah-hujah naqliah dan aqliah
BI’AH
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar syaikh sahaja) dilahirkan di negeri Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami
Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN SYAIKH
Syaikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah.
Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya.
KEHIDUPAN ILMUNYA
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya. Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya. Kemudian syaikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syaikh pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.
Seterusnya syaikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syaikh telah belajar hamper 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.
Kemudian syaikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams. Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain

No comments:

Post a Comment

ampuni kami