Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, May 6, 2011

Dato Seri Anwar Ibrahim solat hajat bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik -Kedah

Hari ini Jumaat 6 .5.2011 Dato Seri Anwar Ibrahim datang ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa
Sik Kedah bagi sama-sama Solat hajat bersama ribuan murid Tuan Guru Hj Salleh . Kuliah mingguan Jummat kali ini lebih meriah dengan kedatangan Anwar Ibrahim . Sudah lama rakyat Sik rindukan ceramah beliau . Alhamdulillah hari ini mereka dapat mendengar sedikit syarahan dari beliau .
Dato Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan lebih kurang 20 minit sahaja kerana Tuan Guru Hj Salleh Musa meneruskan Kuliah Tafsir Nurul Ehsan seperti biasa .


Antara yang hadir pimpinan PAS adalah ahli jawatan kuasa PAS Sik , Dato Muslim , Yb Cikgu Uda Ahli Parlimen Sik , jawatan kuasa Keadilan Kedah dan Sik .



Ribuan Jemaah bersama solat hajat yang dipimpin Tn Guru Hj Salleh





Anwar memberi ucapan ringkas pada jemaah semperna lawatan ringkas beliau ke Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik .
Beliau menyentuh ISU KEBANGKITAN RAKYAT SELURUH DUNIA.
Beliau minta kita semua Istiqamah dalam perjuangan dan mantapkan aqidah dan sabar dalam ujian perjuangan yang mesti kita tempuhi .






Perjumpaan tertutup antara dua tokoh pemimpin rakyat .
Dato Seri bersama Tuan Guru



Jemaah /orang ramai berasak-asak untuk bersalaman dengan Dato Seri Anwar Ibrahim , walaupun ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyekat majlis ini dengan menyebar surat layang berunsur Fithnah dan bener-bener yang menghina Dato Seri dan memfithnah beliau tetapi Alhamdullilah , Allah bantu . Selepas solat hajat pagi tadi sausana terus redup dipayungi awan . Sebelumya panas terik , ini petanda baik Insyallah segala hajat orang yang dizalimi Allah kabulkan ameen .


Dato Seri akan ke Terengganu bagi sesi pogram jelajah Terengganu http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3136-jelajah-anwar-ke-terengganu-hari-ini

No comments:

Post a Comment

ampuni kami