Ya Rasulullah kami mencintai mu Ya Rasulullah Ya Nabi Allah
YA RASULULLAH KAMI CINTA PADAMU YA RASULULLAH
KAMI RINDU PADAMU YA RASULULLAH
KAMI INGIN MELIHAT BERTEMU WAJAHMU YA RASULULLAH
MAKA KAMI BERSOLAWAT KEPADAMU SEBANYAK-BANYAKNYA YA RASULULLAH
LIHATLAH KAMI,PANDANGLAH KAMI YA RASULULLAH
TOLONG DAN BANTULAH KAMI YA RASULULLAH
SYAFAATMU KAMI POHONKAN DIDUNIA DAN AKHIRATYA RASULULLAH
UNTUK UMMATMU YA RASULULLAH SAW.
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Thabarani)
Kelebihan Bersolawat keatas junjungan Nabi Muhammad saw.
“ Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.”
Hadith Riwayat Ibnu Adi dan Al-Baihaqi
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.”
Hadith Riwayat Ibnu Hibban
“ Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata:
Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh darjat dan ALLAH menolak atasnya yang seumpamanya.”
Hadith Riwayat Ahmad
“ Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa).”
Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih
“ Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”
Hadith Riwayat Muslim
Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:
Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik.
Menghapuskan dosa.
Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.
Memperoleh nur zahir dan batin.
Mendapat keselamatan dari azab neraka.
Membolehkan memasuki syurga.
Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t.
Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya:
*Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.
*Ditulis sepuluh kebajikan.
*Dihapuskan sepuluh kejahatan.
*Diangkat sepuluh darjat.
*Memperoleh kesempurnaan iman.
*Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
*Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
*Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
*Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
*Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
*Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
*Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
*Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
*Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
*Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
*Terhindar dari kefakiran.
*Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.
*Meperoleh keberkatan dalam hidup.
*Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
*Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.
*Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
*Menjadi zakat dan pembersih diri.
*Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.
*Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
No comments:
Post a Comment