Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 14, 2011

Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily (Syria) memberi nasihat buat Anwar

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah

   
SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.
AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.
"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.
Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.
Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.
Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.
Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.
"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.
Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.
Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.
Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.
Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.
Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.
Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.
"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.
Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.
Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam


Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqasid Syariah

Ulama Besar Dunia dari Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily tampil pada majlis wacana Seminar Maqasid Syariah yang diadakan di Melaka dan turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahSeminar bertajuk 'Maqasid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.

Selain Anwar, turut tampil selaku penceramah adalah mereka yang pernah menerajui ABIM termasuk Prof Dr Mohd Nur Manuty dan Yang Dipertua PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ketika menyampaikan ceramah selama kira-kira setengah jam itu, Prof Dr Wahbah menjelaskan tentang maksud maqasid syariah yang dapat difahami bahawa setiap peraturan ajaran Islam yang diturunkan bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Menurutnya, ia adalah satu keperluan asas dan akibat jikalau tidak mengikutinya akan menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu yang cintakan keamanan serta yang gemar menyalakan api kebencian masyarakat.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahKatanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan, Islam adalah agama yang terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama lain.

"Sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Islam tidak kira berlainan agama dan bangsa akan mendapat faedah serta kebaikan.

"Di dalam al-Quran jelas menyatakan Islam itu sendiri membawa keamanan dan menyelamatkan hak-hak setiap masyarakat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya petang semalam.

Ulama Besar Dunia from Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahMengupas lebih mendalam mengenai maqasid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama.

Malah, jelasnya, salah satu nama Allah juga iaitu as-Salam bermaksudkan pendamaian, justeru beliau menyeru supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dan jangan berpegang hanya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja.

"Sekiranya terdapat pertikaian, eloklah dibawa berbincang atau menyertai forum bagi menyelesaikan segala kekusutan demi melahirkan kedamaian.

"Di samping itu, Islam juga mengharamkan pembunuhan biarpun sesama bukan Islam," katanya

No comments:

Post a Comment

ampuni kami