SAYA menerima e-mel dari seorang ibu yang mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berumur 13 dan 12 tahun, yang meluahkan rasa malu serta kecewa apabila mutakhir ini terpaksa menerangkan kepada anaknya istilah ‘liwat’ dan ‘zina.’
Terutama sekali selepas isu video seks seorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang menjadi sebaran eksklusif di saluran televisyen dan internet. Si ibu dan suami selalu menonton berita bersama anak kerana itulah masa mereka bersama selepas sibuk seharian dengan tugasan masing-masing.
Katanya, semasa isu liwat hebah dulu, beliau dan suami terpaksa menerangkan secara jujur dan ikhlas kepada anak mereka yang begitu cerdik menyoal secara terperinci dan bersikap ingin tahu.
Bayangkan apabila si anak lelaki bertanya bagaimana organ lelaki pelaku boleh masuk ke lubang dubur pengadu memandangkan lubang dubur itu amat ketat. Jadi, ibu terpaksa menjawab mungkin yang kena tuduh terpaksa gunakan pelincir seperti Johnson Cream. Lalu si anak bertanya pula apa itu pelincir Johnson Cream?
Kini, apabila heboh diperkatakan mengenai video klip itu, kedua-dua anaknya ingin tahu pula apa itu zina. Ibu terpaksa menerangkan maksud istilah itu. Pertanyaan lanjut anak ialah: “Oh! Dulu masuk lubang belakang, sekarang masuk lubang depan.”
Malah, anak turut bertanya apakah televisyen akan menyiarkan gambar organ yang kena tuduh itu memasuki lubang belakang dan lubang depan.
Betapa sukarnya ibu atau bapa yang terpaksa berdepan soalan anak berkaitan apa yang sampai ke telinga mereka daripada perbuatan sesetengah pihak yang ghairah menyajikan cerita sensasi untuk tujuan kemenangan sementara politik. Lebih malu, yang menuduh dan pelaku adalah orang Islam.
Tidak habis isu liwat, zina, video seks, terkini isu sumpah laknat (mubahalah) pula. Walhal dalam Islam sendiri, sumpah laknat hanya dibenarkan dalam kes li’an antara suami isteri.
Sumpah laknat selain antara suami isteri tidak diperuntukkan dalam kes jenayah menurut hukum syarak kerana kes jenayah perlu melalui prosedur jenayah. Mubahalah biasanya berlaku dalam kes akidah seperti cabaran mubahalah Rasulullah SAW terhadap Kristian dan Yahudi.
Sumpah adalah sebahagian prosedur perundangan syariah dan perlu dilakukan dalam Mahkamah Syariah selepas diperintahkan oleh hakim, bukan bersumpah di masjid atau di tempat lain. Mahkamah Syariah perlu dihormati oleh semua pihak.
Amat malang apabila orang Islam dan orang masjid sendiri tidak menghormati Mahkamah Syariah dan menyedihkan lagi, akibat tindakan itu berlaku perbalahan sesama Islam, dalam rumah Allah yang suci.
Jadi, tamatkanlah segera isu video seks kerana tingkah laku kita menggambarkan seolah-olah kita tinggal di dunia yang tidak bertamadun dan tiada undang-undang.
Tindakan menyebarkan video seks kepada khalayak ramai, kemudian menjadi perbincangan umum, bersumpah laknat dan meminta masyarakat menghukum adalah tidak bermoral, rosak akhlak dan masyarakat.
Negara ini ada undang-undang, malah ada dua sistem mahkamah di negara ini, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Sebagai rakyat yang mendidik akhlak baik kepada anak, pasti kita mahu melihat pelaku dan pihak mengedarkan video itu dihukum menurut undang-undang negara ini.
Dalam Islam, aduan terhadap sesuatu kesalahan orang Islam lain digalakkan dibuat secara tertutup menurut saluran ditetapkan supaya dapat dibicarakan di mahkamah dengan mengemukakan bukti dan saksi yang boleh membantu dakwaan.
Dengan cara itu, keadilan dapat ditegakkan melalui saluran perundangan, bukan membiarkan masyarakat membuat penghakiman.
Mari kita renung hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan timbul di akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan jahat). Allah berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (Hadis riwayat Termizi
Carilah sahabat pendorong kepada amal soleh
23 hours ago
No comments:
Post a Comment