Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, May 9, 2011

MA'HAD AS-SYATIRIE -Kedah

Pondok Sekitar Kedah Sekarang



Ma'had As-Syatirie merupakan cawangan kepada Rubat Tareem,sebuah pusat pengajian tradisional yang menawarkan pelbagai jenis cabang ilmu seperti tauhid,tasauf,tafsir,hadith dan fiqh.

Rubat Tareem ditubuhkan sejak 1304H,ianya pernah ditutup selama 20 tahun sekitar 80an-90an.Walaubagaimanapun diteruskan pengajian selepas itu hingga hari ini.Telah melalui beberapa fasa kepimpinan bermula dengan Habib Abdurrahman bin Muhammad Al-Masyhur Mufti Diarul Hadramiah,kemudian berpindah kepada Habib Abdullah bin Umar As-Syatirie selama 50 tahun dan kemudian diteruskan perjuangan mempertahankan ilmu ini kepada Habib Abu Bakar bin Abdullah As-Syatirie,kemudian Habib Mahdi bin Abdullah As-Syatirie,kemudian Habib Hasan bin Abdullah As-Syatirie dan kini berada dalam jagaan Habib Salim bin Abdullah As-Syatirie.



Justeru,untuk memudahkan pelajar yang berkeinginan melanjutkan pengajian di Rubat Tareem,maka dengan izin Habib Salim bin Abdullah As-Syatirie,Mudir Rubat Tareem,ditubuhkan Ma'had As-Syatirie di Alor Setar,Kedah di bawah jagaan Ustaz Zulkiflie bin Muhammad Suhaimi sebagai persediaan sebelum ke Rubat Tareem.

Ma'had ini dirasmikan sendiri oleh Habib Salim As-Syatirie pada Febuari 2009 yang lalu dan kini mempunyai 47 orang pelajar.Menyediakan pembelajaran berhalaqah,setiap pelajar yang mendaftarkan diri akan di letakkan di halaqah yang sesuai dengan tahap pengajian dan kemampuan pelajar tersebut.Bermula dengan pengajian umum pada Kuliah Subuh,pengajian diteruskan hingga jam 11.00 malam dengan diselangi waktu solat,rehat,murajaah,rehat dan riadhah.Kebanyakkan kitab yang digunakan adalah kitab yang sering diajar di pondok-pondok Malaysia(jawi dan arab)dan kitab dari Rubat Tareem.



Bagi pelajar terpilih yang akan dihantar ke Rubat Tareem akan mengikuti halaqah khusus untuk perbualan dan pemahaman bahasa arab.Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah pada Sya'ban/Julai ini seramai 11 orang(jumlah pelajar yang layak setakat ini).Bagi mereka yang berminat mengikuti pengajian disini boleh mendapat maklumat lebih lanjut dan terperinci dengan menghubungi 013-5336786(ana sendiri)/013-4377786(ustaz zulkifli)atau datang sendiri ke Ma-had As-Syatirie yang beralamat A-146 Kg Sg Dedap,Jalan Yan,Kota Sarang Semut,06800 Alor Setar,Kedah Darul Aman.



4 comments:

  1. update blog nie blik la.. skrang ma'had as-syatirie dh ad plajar hmpir 200 org lbih.. dn dlm msa 4thn, as-syatirie dh smakin naik, berkat kegigihan, kesabran dri TG Zulkiflie b. suhaimi bg mmberi tunjuk ajar kpada pelajar2. mudah-2han as-shatirie akan mnjadi tmpat yg akan mmbangkitkan ank muda untuk yg akan membankitkan islam serta mmperjuangkan agama dgn ilmu yg dajar oleh TG. iaitu tauhid,tasauf,tafsir,hadith fiqh dn sebagainya. rmailah menyabang dan berdoa agar as-syatirie akan mengeluarkan peljar yg akan mmbangkitkan rmai ulamak, suatu hari nnti. insya allah

    ReplyDelete
  2. Salam. Ap syarat kemasukan pelajar ke pondok ni?

    ReplyDelete
  3. Terbaik moga dirahmati segala perlaksanaan

    ReplyDelete
  4. Di mana ituu tempat nya ,kpn pendaftaran di bukq

    ReplyDelete

ampuni kami