Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, November 2, 2012

Sultan mahu MAIK lebih agresif martabat Islam


02 Nov 2012

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seharusnya lebih agresif dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memartabatkan Islam di negeri itu tanpa adanya rasa puas hati dengan pencapaian yang telah diperolehi.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar)bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.

Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.

“Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,”ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.

Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.

Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.

Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.

Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.

Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami