Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, July 31, 2016

Kuliah kitab Aqidah / Tauhid bersiri setiap Isnin 9 pagi Masjid Sultanah

Kuliah Tauhid menyambung perjuangan dakwah almarhum Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Hafizohullah.

Setiap Isnin 9 pagi
Masjid Sultanah, Alor Setar Kedah
Bermula 1 Ogos 2016
Doakan agar berjalan lancar dengan pertolongan Allah
Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh bin Musa


Thursday, July 28, 2016

Kuliah mingguan Pondok Ar Rahmaniah pada 5 Ogos 2016 - kuliah pertama setelah kewafatan almarhum Tuan Guru Hj Salleh

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*Madrasah Ar Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Seberang Pekan Sik, 08200 Sik, Kedah.*
*Pengumuman Rasmi Kuliah Mingguan Hari Jumaat*
_Pihak Pengurusan Madrasah Ar Rahmaniah telah menetapkan tarikh berikut:_
*Jumaat 5.8.2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H*
*Kitab:*
_1. Tafsir Nurul Ehsan_
(Sambung tafsir Surah Al Isra' yang baba telah baca sebelum ini)
_2. Penawar Bagi Hati_
_3. Bakuratul Amani_
_4. Aqidatun Najin_
*Mula jam 8 pagi, InshAllah..
*Sila Sebarkan.*


Pusara Almaruh Tuan Guru Haji Salleh hari ke 6 masih diziarahi ulama dan murid .

27 julai 2016 Rabu
Penasihat persatuan ulama Fatani Darussalam
Tn Guru Baba Ahmad Mawi ziarah pusara almarhum TGH Salleh solat jenazah dan tahlil untuk almarhum.
Inilah persahabatan sejati akhlak ulama yang kita perlu contohi



 28 julai 2016. Khamis.
TG Hj Ghazali Sekam Fatani dan wakil muwashola KL ziarah pusara Almarhum TGH Salleh hari ini.
Moga Allah cucuri rahmat kepada almarhum tn guru.





Perjalanan Terakhir Murabbi Ummah TG Haji Salleh Musa 1929-2016

Kuliah Bakurah Al Amani - meneruskan perjuangan Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa

Kuliah Tauhid Kitab Bakurah al Amani karangan Almarhum al alim al alamah Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Fatani

Setiap Isnin 9 pagi di Masjid Sultanah Alor Setar


Sunday, July 24, 2016

Pemergian Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa satu pemergian yang dirasai oleh semua ummah - Helmi Assyafie

Pemergian seorang tokoh ulama besar , Tuan Guru Haji Salleh Musa adalah satu kehilangan permata yang amat bernilai ,dan seperti terpadamnya lampu yang sangat terang kepada masyarakat Kedah khusunya amnya Malaysia . Begitu juga dunia pondok , bukan sahaja pondok di Kedah Kelantan bahkan termasuk selatan Thailand. 18 Syawal 1437 Jumaat 8.15 malam adalah tarikh duka , ummah diuji oleh Allah dengan kehilangan permata ulama .
Seluruh penganut ahlus sunnah wal jamaah merasai pemergian Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Pemergian tuan guru hj Salleh Musa Sik kerahmatullah mendapat liputan luar biasa , dalam semua media RTM, Harakah , Metro, Utusan , Sinar Harian , Bernama dan lain lain lagi .
Kesedihan yang amat mendalam lebih dirasai bagi ahli keluarga , murid -murid dan para pecinta Ulama ahli sunnah wal jamaah.
Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan anak murid Syeikh Wan Ismail Fatani ( Pak Da Eil ) Ulama Makkah yang sangat disanjung ulama pondok tanah melayu .
Semasa hidup tuan guru tegas mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah .
Sikap tuan guru yang tegas dan displin amanah dalam bab ilmu menyebabkan masyarakat menghormati tuan guru .
Selain itu sikap tuan guru yang ramah mesra dan suka membantu orang juga menyebabkan orang sayangkan tuan guru.
Bagi kita yang hidup teruskan belajar ilmu agama sehingg faham , amalkan , hayati , dan kita sama sama meneruskan perjuangan TGH Salleh Musa, dan perjuangan agama ini bukan sahaja dari tuan guru kita bahkan ia dari Rasulullah SAW.
Oleh itu sama sama kita baiki diri kita supaya kita menjadi orang yang sidiqin dalam mengamalkan kehidupan Islam.



Pesan tuan guru yang selalu diulang -ulang
1.Belajar untuk Kenal Allah
 Belajar ilmu tauhid betui2 ( betul- betul ) sampai ( hingga ) faham , agar tidak tersalah aqidah.
2. Fikr sesuatu benda itu mudarat atau menafaat , barulah buat ( bertidak/ buat keputusan )
3. Fikiar keadaan kita setelah mati
    beramal untuk bekalan di akhirat

Tuan Guru berpesan agar kita sebagai murid banyak amalan hadiahkan kepada tuan guru seperti bacaan quran tahli .

Moga Allah selamatkan kita dan istiqomahkan kita atas jalan agama yang lurus sehingga kita meninggal dalam kalimah tauhid. Insha Allah ameen
25 julai 2016
Al Fakir Helmi Assyafie ( Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan)
4 pagi 

Tuan Guru Haji Salleh bin Musa pergi kerahmatullah pada 22 julai 2016 / 18 Syawal 1437 - Al Fatihah

Kewafatan Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa , tokoh ulama besar Kedah

1929 - 2016 
Tuan Guru Baba Hj Salleh bin Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah. 
Ulama yang gigih menyebar ilmu agama dan sentiasa memperjuang dan mempertahan aqidah ahli sunnah wal jamaah.
wafat pada hari jumaat 8.15 mlm 18 syawal 1437bersamaan 22 julai 2016 dan dikebumi pada 23 julai 2016 jam 1 tgh.






























Tuan Guru Haji Salleh bin Musa kembali Kerahmatullah Jumaat 22 julai 2016- Al Fatihah






Pesanan Akhir Tuan Guru Salleh Musa

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa - Siapakah Insan Ini? 1929-2016

TOKOH ULAMA KEDAH TUAN GRU HAJI SALLEH MUSA SELAMAT DIKEBUMIKAN [23 JULA...

SUASANA DI HARI PENGKEBUMIAN Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa

ampuni kami