Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, October 30, 2011

PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama


UMNO BIAR MCA HINA ISLAM , MCA ANTI ISLAM DI MALAYSIA BUKANYA DAP , DAP BERI LALUAN KEPADA PAS LAKSANA HUDUD TETAPI UMNO , MCA DAN BN TENTANG HUDUD HARI INI !!!
KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek(gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.
Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.
“Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau.
PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.
Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.
“Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.
“Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.
"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.
“Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.
“Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau.

DI MANA UMNO KETIKA ISLAM DIHINA?

UMNO "BERI LESEN" MCA HINA ISLAM!
KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.


"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus? 


"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?" soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.



Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.

"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.

"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.

Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.
Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.

"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.

"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. 

"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya

Aziz Bari terima peluru sebagai ugutan :Tidak mematahkan semangat saya!




Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.
Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Politik Islam beteraskan Iman ada Dosa dan pahala

Gagal Hayati Agama punca Zina


Keluarga, masyarakat sepatutnya mainkan peranan penting halang remaja lelaki, perempuan bersosial keterlaluan

REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan ‘ibu’ itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan. – Surah Al-Isra Ayat 32 Bukanlah tidak tahu hikmah larangan zina, malah akibat buruknya juga terzahir di mana-mana saja. Pembunuhan bayi bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah yang satu ini juga. Walaupun Islam telah menggariskan cara hidup yang sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan, ada segelintir yang mahu melanggarnya, maka timbullah pelbagai kejadian yang tidak diingini dan tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. Anak lahir tanpa bapa, tiada bimbingan yang sempurna daripada seorang yang bergelar pemimpin keluarga, malah hal ehwal ekonomi juga menjadi halangan dalam tarbiyyah mereka.
Zina ialah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan ke atas muka bumi dan ia boleh dilihat dalam perkembangan sosial hari ini, hubungan sulit berlainan jantina tidak lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden, menyebabkan janin digugurkan dan anak yang tidak syarie lahir tetapi keliru keturunan.
Berzina sehingga melahirkan anak tidak syarie juga meninggalkan implikasi lain yang bersifat jangka panjang ke atas anak itu seperti rosaknya nasab. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 32 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.”Buruknya akibat zina dapat dinilai melalui amaran Allah SWT dalam ayat itu supaya hamba-Nya tidak menghampiri sebarang perbuatan yang mendorong kepada perbuatan zina.
Kebanyakan pengamal zina hari ini tahu dan faham akan larangan itu tetapi tidak berusaha menjauhinya di samping ruang sosial yang terbuka luas menyebabkan perbuatan terlarang ini tidak berusaha dielakkan. Tipisnya ilmu dan iman juga menyebabkan pengamalnya tidak berfikir dua kali, malah bisa dosa juga menjadi alah dengan kebiasaan.
Di negara yang taraf pendidikan rakyatnya tinggi, kedangkalan ilmu tidak menjadi sebab perbuatan jahiliah ini semakin berleluasa. Apatah lagi ilmu agama hari ini mudah diperoleh dan disampaikan kepada setiap golongan masyarakat, secara langsung atau tidak langsung. Mungkin juga tarbiah hati yang kurang mencukupi menyebabkan nafsu tidak terhalang dari terus membuat kerosakan di bumi dan akal pula tidak boleh menjadi pedoman meskipun mampu berfikir.

Walau apa pun alasannya, mencari ruang kesalahan tidak cukup untuk membetulkan keadaan, sebaliknya setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang sepatutnya untuk tidak membenarkan perbuatan zina berlaku di mana-mana, baik di rumah sendiri, di bilik hotel, di asrama, di dalam semak atau di rumah tumpangan. Mengharapkan sehingga setiap individu mempunyai kesedaran tentulah tidak merancakkan langkah pencegahan, walaupun itulah yang terbaik untuk mengatasinya. Sekurang-kurangnya, jika zina boleh dianggap sebagai najis, jijik dan hina, tentulah manusia yang normal tidak akan menghampirinya, apatah lagi melakukannya kerana fitrah manusia tidak sukakan kotoran dan najis.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 104 bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” Sama ada lahir sebagai Muslim atau nekad menjadi Muslim, individu Islam tidak boleh menolak daripada berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan sunnah. Dengan berwiridkan kepada ajaran inilah setiap manusia tidak akan terpesong daripada kebenaran atau sesat akidahnya, sama ada melalui perkataan atau perbuatan.

Tanpa menolak bahawa perbuatan jijik ini adalah kerana perempuan hari ini terlalu bebas dalam pergaulan, yang paling penting ialah mentarbiah golongan lelaki agar memanfaatkan keperkasaan mental dan fizikal untuk melindungi perempuan daripada dizalimi sehingga mengakibatkan bertebarannya anak tanpa bapa, bukan menjadikan perempuan sebagai mangsa nafsu buas yang harus dilampias. Justeru, untuk membina masyarakat yang kalis zina, binalah peribadi lelaki agar mereka menjadi mulia dan terpelihara

Ijtima' Tarbawi 2011 , Mantapkan Tarbiah Perkasa Perjuangan

Mantapkan tarbiah, jadi orang berjuang yang beriman jangan jadi orang politik yang tidak faham agama !

TARBAWI KEBANGSAAN KE 2
Mantapkan Tarbiah dalam jiwa Perjuang



Adapun kita Pemuda-Pemuda PAS,kita bukan org politik,kita bukan org tarbiyyah,kita bukan pendakwah tetapi Pemuda-Pemuda PAS adalah Pemuda Rabbani,Pemuda Ansorullah yg merangkumi seluruh kepentingan Islam termasuklah politik,tarbiyyah,dakwah dan segala-galanya melengkapi kesyumulan Islam itu sendiri'
(Ucapan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Malaysia 28-30 Okt 2011 di Selangoq)


Semuanya selamat apabila al-Quran disanjung


GEORGETOWN, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.

Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.
Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.
"Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.
“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam," ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.
Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.
Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.
Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.
"Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya," kata beliau.
Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.
Tn Guru Bersama Yang Dipertua Negeri P . Pinang dan ketua Menteri P Pinang 
Semalam 29.10.2011

Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.
Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.
"Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja," tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.

Tarbawi Kebangsaan ke 2



















Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Saturday, October 29, 2011

HUDUD - PAS BIDAS TUDUHAN LIAR TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir  Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.


Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini.


TG Haji Hadi
 berkata kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud.

“Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.


“Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.


Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.


“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.


“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” tegasnya.

Thursday, October 27, 2011

Ikhlas dengan agama , jangan guna agama cari kepentingan dunia .

Nasihat kepada diri saya sendiri dan perkongsian bersama .
Jangan belajar agama untuk cari kepentingan dunia , jangan guna agama sebab ingin kedudukan ,harta dunia dan nama disis manusia . Imam Ghazali didalam kitab Minhajul Abiddin beliau menyatakan " Sesipa yang menuntut ilmu Akhirat bagi tujuan untuk mendapat habuan Dunia janan hendak masuk syurga , nak hidu wangian syurga pun tidak boleh  "


Nasihat ini buat diri Al Fakir dan saudara semua .
Ramai pendakwah kini berdakwah kerana nama , mahu mashur . Pelbagai gelaran digelarkan bagi menonjolkan diri mereka .

Murobbi saya yang saya sayangi Tn Guru Hj Salleh bin Musa menekankan tarbiah akhlak , keikhlasan dalam setiap amalan . Pastikan setiap amalan kerana Allah .

Saya amat kagum dengan Tn Guru Hj Salleh kerana baru saya tahu kedudukan beliau lebih rapat apabila satu kejadian berlaku di pondok baru baru ini . Ceritanya begini . Serangga anai-anai membuat sarang disedikit bahgian rumah Tn Guru , hampir separuh kitab rujukkan baru di rumah Tn Guru termusnah disebabkan anai-anai . Tn Guru meminta rakan-rakan /pelajar pondok tolong kemaskan kitab dan asingkan kitab yang rosak dan yang masih baik . Kemudian Tn Guru meminta sebahagian pelajar pantau bilik rujukan beliau (mini perpustakaan di bahagian atas rumah beliau )
Pada hari itulah kami baru tahu rupanya Tn Guru Memiliki kitab Hadith Sunnah Sittah , termasuk Hadith Bukhari , Muslim yang Tn Guru sempat belajar dan bertalaqi sekaligus mendapat Sanad dari SYEIKH YASSIN AL FADHANI . SUBAHANALLAH , Tuan Guru sebunyikan kepada kami selama ini . Murid -murid rapat pun tidak tahu bahawa Tn Guru ada sanad Hadith Sunan Sittah . Tn Guru tidak menunjuk-nunjuk dan tidak suka dipuji dan digelar-gelar seperti ulama muda sekrang .Alhamdulillah kesemua kitab beliau yang beliau pelajari di Makkah kesemuanya terselamat dan terjaga rapai didalam mini pustaka milik Tn Guru dirumah beliau , Moga Allah berkati Tn Guru dan Ilmunya ameen

Tn Guru memang layak digelar MUFASIRIN , MUHADITHSIN , MUSNID , AL ALIM AL ALAMMAH , YANG MEMEGANG WILAYAH ,  TETAPI KAMI MURIDNYA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MEMUJI GURU MULIA DENGAN KETERLALUAN . Tetapi akhlak Ulama Akhlak Rasulullah , Tn Guru Hj Salleh amat merendahkan diri tidak suka menunjuk-nunjuk . Sijil Ali dari Darul Ulum Makkah tidak diletakkan didinding , sijil Tokoh Pendakwah Negeri Kedah 2009 Dari Sultan Kedah , Sijil Tokoh Ulama Pondok Negeri Kedah 2010 dari Mb  Kedah , Sijil Tokoh Ilmuan Daerah 2010 segalanya tidak dipaparkan didinding seperti orang sekarang , beliau hanya simpan didalam almari bilik yang tersembunyi dari mata manusia , gambar beliau menerima bintang dari Sultan diletakkan dilantai sahaja . Inilah ulama yang saya sayangi , sanjungi . Moga beliau ditambah keberkatan ameen . Tn Guru Hj Salleh tidak mementingkan dunia , beliau hari-hari mengajar kami di pondok tanpa meminta upah . Upah beliau hanya pahala dari Allah Insyallah.

Beliau memang layak digelar MUFASIRIN kerana Beliau mengajar Tafsir Quran setiap minggu di Pondok .
Setiap Jumaat ribuan murid yang turun ke Pondok dari serata tempat untuk bertalaki mendengar kuliah Tafsir . Tn Guru Malarang sama sekali tafsir Quran dengan fikiran kita sendiri , kata beliau n" Jikalau hendak baca tafsir mesti baca karangan ulama dan mesti alim nahu , bayan dan kaedah yang lain supaya tidak lari maksud huraian " Beliau belajar tafsir dengan Guru yang tahqid seperti Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Ismail Fathani .
Hampir 3000 ribu yang hadir setiap minggu di Pondok Ar Rahmaniah untuk 
menimba ilmu dari Tn Guru Hj Salleh 
Kuliah setiap Jummat , kitab tafsir bermula dari 8 pagi hingga 9.30


Beliau layak digelar MUHADISIN / MUSNID  kerana beliau sempat khatam Hadis Bukhari , Muslim dan Sunnan Sittah yang lain dari ulama mashur Makkah Seperti Syeikh Syed Alawi bin Abbas Al Maliki , Syeikh Yassin Fadani dan Syeikh Qadir Mandili .Beliau memiliki Ijazah Sanad dari Syeikh Yassin Al Fadani  Tetapi beliau sembunyikan semua ini kerana beliau adalah ulama yang rendah diri dan tisak suka dipuji dan dipuja .
gambar tengah : Syeikh Yassin guru Hadith Tn Guru Hj Salleh Musa ,
Syeikh Yassin Fadani makruf dengan pemegang HADITH sanad terbanyak didunia

Beliau layak digelar pemegang wilayah . Terbukti seluruh pelusuk negeri tak kira samada sebelah utara Malaysia atau selatan Malaysia siapa yang belajar aliran pondok dan minat pengajian agama mesti kenal Tn Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah .  Ulama dalam dan luar negeri makruf dengan Tn Guru Hj Salleh .
Diselatan Thailand Tn Guru Hj Salleh sangat dikenalai dengan BABA TAUHID dari kalangan pelajar Pondok Fatthani Yala dan Narathiwat . Di Arab pula Ramai Ulama Yaman , Makkah , Jorden , Lubnan yang ziarah Tn Guru . Seluruh Pimpinan termasuk Mb Kedah , pucuk pimpinan PAS Pusat dan termasuk Anwar Ibrahim akan rujuk segala masalah pada Tn Guru . Ramai kawan dan hatta dari golongan lawan akan tundduk dengan Tn Guru Hj Salleh .
Banyak karamah yang Allah zahirkan pada beliau tetpi kami murid-murid beliau tidak akan bukakan kepada umum kecuali apabila sanpai masanya ! Ini kerana ditakuti timbul fithnah dan taksub dikalangan masyarakat .
Demi Allah lebih dari 10 karamah yang kami murid-murid rapat beliau saksikan dengan mata kami . Insyallah satu hari anakan diketahuai segala yang berlaku luar biasa pada Tn Guru Hj Salleh dengan Kurnian Allah SWT .
Ada orang tanya saya Tn Guru Hj Salleh pernah mimpi Rasulullah atau tidak ?
Sebenarnya Tn Guru Hj Salleh pernah bermimpi Rasulullah dalam keadaan sangat Indah didalam mimpi itu , SUBAHANALLAH ...
Allahyarham PAK TEH KEROH BERWASIAT PADA MURID BELIAU
" jikalau saya tiada maka kamu semua( murid )  kena ( perlu) rujuk pendapat Tn Guru Hj Salleh Musa Sik "
TN Guru HJ Salleh imam solat jenazah PAK TEH KEROH 

Beliau sangat layat digelar Ulama Tauhid Abad Ini kerana sangat makruf beliau memang ahli ilmu tauhid , ini kerana beliau sangat banyak bertalaki kitab tauhid dengan tokoh ulung ilmu tauhid di Nusantara iaitu PAK DA EIL MAKKAH yang mengarang Kitab Bakurahtul Amani

Tetapi semua ini tidak penting bagi beliau , tiada apa dengan gelaran yang penting NAMANYA DIKENALI ALLAH dan PARA MALAIKIAT , didunia tiada nama dan gelaran pun tiada mengapa yang penting IKHLAS NENGAJAR , BERDAKWAH dan BERJUANG SEMATA MATA KERANA ALLAH.

Moga kita dapat mencontohi ulama seprti Tn Guru Hj Salleh ,tidak berpura-pura dengan nama , kedudukan dan gelaran .
Beliau mementingakan keikhlasan dan nilai ilmu serta keberkatan semata-mata . SUBAHANALLAH .
Telah berusia 84 Tahun , masih bertenaga berkhidmat menyebarkan dakwah , mendidik kami sebagai pelajar . Siang malam mentarbiah pelajar dengan Ilmu Agama tampa rasa jemua .

ULAMA MUDA PATUT CONTOHI TN GURU
Perjuangannya Jelas
Hidup dalam kebajikan
Hidup sentiasa mengingati Allah
Tiada sehari hidup beliau tanpa kebajikan dakwah dan perjuangan 

Remaja dan isu akidah


ISU akidah adalah perkara pokok bagi remaja Islam. Di tengah-tengah simpang siur aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja. Akidah diambil daripada akar kata aqa’id iaitu tautan atau ikatan diri terhadap Allah.
Akidah tauhid memberi landasan ikatan kepada Allah yang satu. Terdapat banyak aliran ideologi yang berkembang dalam hidup manusia sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pemikiran falsafah dan silang budaya yang terkait dengan isu akidah.
Fahaman liberal dan pluralis umpamanya mempunyai kesan langsung kepada isu akidah.
Usaha-usaha agama lain terutama Kristian melakukan pemurtadan adalah sesuatu yang bercanggah dengan akidah tauhid.
Akidah bukan sekadar pernyataan mengesakan Allah dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya. Sebaliknya, yang amat penting adalah pemahaman dan aplikasi terhadap Allah yang satu dalam keyakinan, kata-kata, amalan dan juga manifestasi ilmu.
Para remaja tidak sahaja menjadi penganut Islam berasaskan warisan keturunan tetapi hendaklah memahami ilmu tentang akidah tauhid, mengukuhkan ibadah, memahami jalur syariah dan fikah di samping memiliki akhlak yang mulia.
Asas ini sangat penting bagi remaja kerana keyakinan tanpa pemahaman boleh membawa jiwa remaja kepada kekosongan. Keyakinan tanpa didukung oleh ilmu tidak akan memberi kekuatan, memahami hakikat kewujudan dan kaitan dengan penciptaan.
Memahami Islam bukan sekadar memahami hal-hal yang nyata dan tampak, tetapi ia terhubung dengan faktor-faktor ghaibiyat. Di sini pentingnya para remaja memahami al-Quran sebagai sumber petunjuk kepada yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib.
Sekiranya para remaja diberi fahaman Islam dan tauhid secara ilmu, ia bakal memantapkan lagi keyakinan remaja terhadap perkara tauhid.
Berlakunya kelonggaran dan ketidakfahaman remaja terhadap isu akidah ini adalah akibat daripada kekosongan ilmu dan kelompangan keyakinan yang menyebabkan anutan terhadap agama menjadi tidak teguh dan kukuh.
Keteguhan dan kekukuhan akidah bersumberkan pemahaman yang jelas terhadap pencipta dan juga pemahaman yang nyata terhadap kaitan wahyu Allah dengan penciptaan-Nya sebagai contoh.
Al-Quran memberikan asas yang sangat jelas tentang faktor ghaibiyat yang terhubung dengan faktor yang nyata supaya keyakinan kita terhadap wujudnya Allah dan kaitannya dengan alam ini menjadi teguh.
Dalam surah Al-Alaq, Allah menyebutkan khalaqal insanamin alaq… membawa makna bahawa kejadian manusia itu bermula daripada seketul darah beku.
Dalam surah Al-Mukminun pula, Allah menyatakan bahawa punca kejadian manusia adalah daripada sari pati tanah. Apakah kaitannya sari pati tanah dengan pokok-pokok dan buah-buahan yang menyumbang terhadap kejadian air mani?
Ia adalah sesuatu yang saintifik. Apabila kromosom X dan kromosom Y bertemu, ia menghasilkan zigot. Ia disebut dalam bahasa al-Quran sebagai nutfah.
Apabila proses pembenihan itu subur menghasilkan susuk dan bentuk, Allah tiupkan roh ke dalam embrio tersebut. Ia menghasilkan manusia dalam rahim yang mempunyai kekuatan. Roh walaupun tidak nampak, tetapi bagi yang hidup merasakan ia ada.
Al-Quran menyebutkan roh itu adalah milik Allah dan yang diketahui oleh manusia hanyalah sedikit sekali. Adanya roh (yang ghaib) menyebabkan akal berfikir, hati merasa dan daya melakukan amal. Tanpa roh, seluruh jasad dan potensi yang ada pada manusia akan kaku dan tidak boleh berbuat apa-apa.
Asas berfikir seperti ini boleh menanamkan landasan akidah yang teguh di kalangan remaja. Mengkaji benda dan fenomena tidak terputus dengan hakikat Penciptaan. Daripadanya lahir hikmah yang tinggi memahami yang nyata dengan ghaib.
Pertimbangan saintifik tidak hanya dalam batas akal, uji kaji dan hasil tetapi merentasi terhadap hikmah di sebalik kejadian dan manfaatnya kepada manusia.
Kelemahan akidah remaja, kelonggaran pemahaman ilmu, kealpaan melakukan reflektif terhadap kekuatan tamadun silam menyebabkan para remaja mudah terpengaruh dengan fahaman popular Barat yang menyesatkan.
Apabila kekaguman terhadap Barat sifatnya melampaui, pemahaman secara ritual dan berkala terhadap Islam tidak boleh menyebabkan para remaja memiliki kekentalan akidah tauhid.
Keadaan seperti ini mendedahkan remaja kepada kerosakan akhlak, kemuflisan ilmu Islami dan akhirnya mudah terjebak kepada fahaman hedonisme (berpoya-poya), melupakan agama, terjebak dengan ajaran sesat dan juga boleh menjadi murtad.
Ilmu dan amal
Oleh itu, amat penting para remaja Islam memahami agamanya secara ilmu dan amal. Kadangkala para remaja memiliki kekuatan rohani yang tinggi, tetapi lemah dalam amal Islamnya. Islam sebagai sistem kepercayaan perlu diperlihatkan dengan kekuatan amal.
Keindahan Islam sejak dahulu zaman tamadunnya hingga kini terlihat daripada pekerti dan amal manusia. Ini yang menyebabkan orang lain tertarik dengan Islam bukan sahaja kerana kebenaran yang terdapat dalam al-Quran dan agama ini, tetapi keindahan peribadi pemeluknya memiliki daya tarik yang tinggi.
Cabaran yang mendatangi zaman ini memerlukan remaja untuk sentiasa mencari jalan mempertingkatkan ilmu dan pemantapan iman di samping keupayaan diri untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.
Pelbagai pergolakan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat ada kalanya menguji tahap ketahanan diri. Tanpa asas serta pemahaman yang betul terhadap akidah tauhid, remaja boleh terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat agama.
Justeru, para remaja harus bertitik tolak dengan pemahaman akidah yang mantap atas dokongan ilmu yang benar dan akhirnya bakal mampu menjadi agen perubahan terhadap kebaikan dan kesejahteraan umat manusia.
Menjadi pengagum kepada kemajuan Barat adalah tidak salah sekiranya remaja sendiri berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk umat Islam dan manusia.
Di Barat sendiri, krisis agama menjadi suatu yang meruncing. Fahaman liberal, pluralis serta fahaman tidak beragama juga menjadi pegangan hidup masyarakat Barat.
Hampir 700 tahun Barat membina tamadun kebendaan, ia memikat umat Islam dan setengahnya menjadi penciplak setia tanpa melihat keperluan manfaat berbanding.
Ada di kalangan umat membeku dalam lingkungan tradisi dan hilang keupayaan untuk melakukan perubahan yang mampu merintis perubahan dalam kerangka Islam.
Malah, wujud secara rakus melulu dalam menciplak Barat sehingga faktor jati diri tidak menjadi pertimbangan lagi.
Inilah krisis mendepani umat yang memerlukan kepemimpinan berkualiti, responsif dan kreatif pada segenap lapangan.
Remaja sewajarnya reflektif terhadap puncak kepemimpinan Islam tatkala Tamadun Andalusia berkembang di Sepanyol, di mana orang Kristian dan Yahudi berasa terlindung di bawah kepemimpinan Islam yang berasaskan kepada akidah tauhid.
Islam tidak hanya dilihat sebagai suatu agama, tetapi digarap hasilnya sebagai sumber tamadun. Islam mendukung risalah alamiah yang tidak saja menjadikan Islam dan umatnya sejahtera, tetapi pada masa sama memberi erti mengenai kemanusiaan itu sendiri.
Pemikiran dan tradisi keilmuan umat Islam menyumbang kepada kebangkitan Barat dan Eropah.
Justeru, para remaja dalam berfikir tidak harus berfikir secara ringan dan mudah terhadap Islam. Sebaliknya, pemikiran Islam harus ditunjangi dengan kefahaman ilmu Islami dan tamadunnya.

BONGKAR SIAPA Tuan Guru NIK AZIZ SEBENAR

Tolak Islam, ambil Nasionalis punca murtad



KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.
"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.
"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.
Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.

Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO. -

Tok Guru & nasi bungkus RM2.50


ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.
Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.
Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.
Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.
Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.
Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.
Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.
Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.
Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.
Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.
Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.
"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.
"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.
Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.
Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.
Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?
Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?
Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?
Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.
Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.
To Najib, please be yourself
ampuni kami