Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 10, 2011

Kerajaan Selangor hormati titah Sultan


SHAH ALAM, 10 Okt: Kerajaan Negeri menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama yang telah diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


“Kerajaan negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya.
“Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu itu sebaliknya ia memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti.

Justeru, ujarnya kerajaan negeri akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk memperkasakan Standard Operating Procedure (SOP) di Jais agar jabatan itu dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.
Menurutnya, jawatan kuasa khas itu akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka akan diumumkan kelak.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami